Bab 61

580 24 0
                                    

Fazrin meletakkan beberapa buah pinggan ke dalam sinki, "Meh Faz basuh, Kak Athea pergi duduk dekat depan.."

Aku tidak bergerak, "Tak apalah.. Dah, Faz letak aje pinggan tu dalam sinki ni. Biar Kak Athea yang basuh."

"Nanti abang dengan mommy marah.."

Aku ketawa, "Kalau ada orang marah, bagitahu Kak Athea.."

Fazrin tersenyum lebar, "Okey.. Thank you, Kak Athea yang cantik!"

Fazrin kemudiannya pergi meninggalkan aku seorang diri di dapur. Daripada aku sampai, aku tak nampak langsung pembantu rumah. Mungkin Datin Zurin memang tak nak ada pembantu rumah kut.

Tiba-tiba seseorang berdiri di sisiku.

"Dah pakai cantik-cantik, tapi sayang, kena cuci pinggan pula. Dah, meh sini saya cuci.. Fazrin mana? Berani betul dia suruh sayang saya ni cuci pinggan!" Ucap Faiq.

Aku menoleh, "Saya yang nak cuci, bukan salah Faz.. Janganlah layan saya macam tetamu, awkwardlah!"

"Siapa yang anggap awak macam tetamu?"

"Awaklah!" Jawabku.

"Bila pula?" Tanya Faiq.

'Eh dia main tanya-tanya pula.'

"Bila-bila ajelah." Jawabku mendatar.

"Schat, awak bakal isteri saya. Tempat awak bukan dekat dapur ni. Awak boleh masuk dapur, tapi bila ada saya sahaja."

"Habistu, saya tak boleh nak memasak ke?"

"Itu kerja siapa?" Tanya Faiq.

"Kerja pembantu rumah!" Gurauku.

Faiq ketawa, "Sayang boleh memasak, tapi kena ada sayalah. Sebab memasak tu kan tugas saya?"

"Entah.. Nantilah saya fikir."

Faiq kemudiannya mengambil span pencuci pinggan dari tanganku dan bertukar posisi denganku. Kini, dia yang berdiri di hadapan sinki.

"Okeylah, saya pergi depan dulu ya?" Ucapku.

"Eh, temanlah saya.."

"Eleh, awak takut eh? Siang-siang pun nak takut, buat malu aje!" Usikku.

"Saya takut rindu!" Usik Faiq pula.

Aku menggeleng kepala sambil tersenyum.

"Sayang nak pembantu rumah ke?" Tanya Faiq.

Aku mengangguk, "Saya nak 5 orang."

"Sikitnya?" Ucap Faiq.

Faiq masih lagi berbual sambil tangan ligat mencuci pinggan mangkuk yang berada di dalam sinki.

Segak sungguh! Berbaju kemeja hitam dengan lengan baju yang sudah dilipat sehingga ke paras siku.

"Oh, sikit ke? Hm, berapa-berapa ajelah.. 10 orang pun okey juga."

"Baby, seriuslah.."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now