Bab 19

699 21 0
                                    

Sudah dua hari aku tak berhubung dengan Faiq. Dia ada juga menghantar kiriman menerusi aplikasi WhatsApp tetapi aku tidak membalas kerana aku masih perlukan masa untuk berfikir.

Selepas along menasihati aku dua hari yang lepas, sebenarnya aku dah boleh terima semuanya.

Bukan dia yang minta untuk dirahsiakan, tapi ini semua sudah diatur.

Hari ini aku sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana beberapa hari lagi, aku akan mula bekerja.

"Kau dah siap kemas ke, Za?" Tanyaku.

"Dah.. Semalam aku dah siap kemaih, ni tinggai nak lipat sikit-sikit ja lagi."

"Oh, iya ke. Okey, kalau macam tu aku turun dulu lah. Aku tunggu kau kat bawah eh?"

"Okey.. Satgi aku turun noh.."

"Okey.."

Aku menarik bagasiku turun ke bawah. Setelah sampai ke bawah, aku meletakkan bagasiku di sebelah sofa yang berada di ruang tamu lalu aku bergerak ke dapur untuk menolong ibu.

"Assalamualaikum dan selamat pagi syurga Thea! Eh, along pun ada? Awalnya bangun?" Sapaku riang kepada ibu dan kebetulan along pun sedang berada di dapur.

"Harini along jadi pembantu ibu dekat dapur" Jawab along sambil tersenyum.

"Jadi pembantu aje tau! Jangan nak tambah apa-apa dalam masakan ibu sebab masakan ibu dah sedap!" Gurauku.

"Eleh, adik ni.. Along pun tahu masak jugalah!" Jawab along sambil membuat muka merajuknya.

"Ish, kamu berdua ni, sudah-sudah lah tu. Thea boleh tolong ibu hidangkan makanan atas meja? Thea dah nak balik kan?" Ibu bersuara.

"Haah, bu. Thea nak balik dah. Okey, meh mangkuk tu biar Thea letakkan atas meja.

"Terima kasih anak-anak ibu sebab tolong ibu dekat dapur."

"Sama-sama, ibu!" Jawabku dan along serentak.

Setelah selesai menghidangkan makanan, aku duduk sebentar di meja makan sementara menunggu abah dan Zaza untuk turun.

"Awalnya adik nak balik? Adik duduklah sini dulu." Along yang datang dari arah dapur tiba-tiba bersuara.

"Adik dah nak masuk kerja dah beberapa hari lagi, jadi adik nak sediakan apa yang patut dulu."

"Along dah cakap tak payah kerja, along kan ada boleh bagi adik duit tiap bulan.. Kenapa? Duit yang along bagi kat adik tak cukup ke?" Tanya along lembut.

"Bukan macam tu.. Duit yang along bagi tu dah lebih dari cukup tau! Tapi adik nak rasa pengalaman bekerja, nak juga merasa beli apa-apa guna duit sendiri."

Along memang tak benarkan aku untuk bekerja kerana katanya, kehidupan bekerja ni tak seindah yang aku bayangkan.

Tapi takkanlah aku nak sia-siakan masa yang aku dah habiskan untuk dapatkan Master yang aku ada sekarang?

Along bukannya mengongkong pergerakanku. Tapi biasalah, aku satu-satunya adik yang dia ada. Mungkin sebab itulah dia sedikit bimbang denganku.

"Ha along ni pula, bila along balik?" Tanyaku untuk menukar topik perbualan.

"Along tak tahu lagi sebab along masih cuti."

"Oh, lamanya along cuti?"

"Hello! Along ni selalu perform tau dalam kerja jadi sebab itulah along minta cuti lebih sikit!" Jawabnya riak.

"Along.. Any tips untuk jadi pekerja kesayangan bos?" Gurauku.

"Tips? Adik tanya along ke? Wow! Okey tips dia adalah... Adik kena..." Sengaja along memberi nada suspens kepadaku.

His Sayang with White LoveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang