Bab 57

657 30 1
                                    

"Aku tak sangka kau dengan dia sekarang. Kau baru nak bahagia ya? Jangan harap aku nak biarkan kau hidup bahagia, Athea!"

"Really? Aku wish good lucklah dekat kau ya, Lily? Aku percaya pada Faiq, dia bukan jenis yang mudah terpengaruh macam semua lelaki yang kau hasut masa zaman U dulu." Tenang aku bersuara.

Lily memandangku tajam.

"Aku nak tahu, apa hubungan kau dengan Faiq sebenarnya? Jangan nak cliche macam drama melayu, 'aku ni ex-girlfriend dia' and what so ever. Aku dah tahu semua cerita tentang Faiq sebelum aku decide untuk bertunang dengan dia, so lebih baik kau jujur." Ucapku lagi.

"Penting sangat ke untuk kau tahu?" Tanya Lily.

"Well, kalau tentang kau memang tak penting untuk aku tahu. Tapi, ini melibatkan Faiq." Jawabku.

"Aku sebenarnya kawan kepada sepupu Faiq, Qash. Aku rapat dengan Qash dan aku kenal Faiq pun melalui Qash."

"Then?" Tanyaku.

"Kenapa eh? Setiap orang yang aku suka, semuanya dapat dekat kau? Daripada zaman U, semua orang pandang kau baik gila! Apa yang diorang nampak dekat kau ni?" Marah Lily.

Aku ketawa.

"Aku ni lagi cantik daripada kaulah, Athea! Tapi, kenapa semua orang nampak kau je? Aku kenal Faiq tu dah lama, tapi kenapa kau yang dia pilih?" Ucap Lily lagi.

"Kau cakap kau dah kenal Faiq lama.. Then, kenapa kau tak try dia dari dulu? Dan bukan salah aku, korang berdua tak bersama."

"Tapi kau yang musnahkan segalanya, Athea. Kau hadir dalam hidup dia, buatkan aku tak ada peluang langsung dalam hati dia."

Aku mengerutkan kening, "Kau kata aku hadir dalam hidup dia, buatkan kau tak ada peluang langsung dalam hati dia? Kau cakap apa ni, Lily? Setahu aku, Faiq memang tak pernah ada perasaan dekat mana-mana perempuan sebelum aku muncul dalam hidup dia. Jadi, bukan salah aku pun kalau dia tak terima kau."

"Tolonglah bagi aku bahagia, Athea. Aku janji aku tak akan ganggu hidup kau lagi dah lepas ni." Rayu Lily.

Aku ketawa, "Bahagia? Kau nak cerita pasal bahagia dengan aku? Pernah ke kau fikir pasal kebahagiaan aku masa zaman U dulu? Kau fitnah aku dekat semua orang sampai aku dipulaukan, bukan setakat satu class tapi satu Universiti, Lily! Pernah ke kau fikir?" Sinisku berkata.

"Aku minta maaf, Athea! Tapi aku cintakan Faiq.."

"Dahlah, Lily. Aku tak nak ada kena mengena dengan kau lagi. Kau pergi dari sini sekarang, aku tak nak tengok muka kau lagi dah lepas ni." Aku bersuara mendatar.

"At..."

"Aku cakap pergi, Lily!" Ucapku dengan suara yang sudah dinaikkan satu oktaf.

Lily menunduk dan kemudiannya berlalu pergi. Jelas terpancar riak kecewa di wajahnya.

Aku kesal, 'Dia betul-betul cintakan Faiq ke? Aku ke yang salah dalam hubungan mereka ni?'

Tiba-tiba telefonku berbunyi, aku mengeluh perlahan sebelum menjawab panggilan itu.

"Helo." Aku bersuara.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now