Bab 95

591 45 7
                                    

"Assalamualaikum.." Faiq memberi salam.

Aku yang sedang berada di dalam rumah, kini segera mengatur langkah untuk ke luar rumah. Nak jumpa cinta hati pengarang jantung.

Aku lihat, dia sedang leka bersembang dengan Pak Lang sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Kacak!

Dia mungkin memberi salam kepada orang di luar rumah tadi. Tapi, tak tahu kenapa, telinga aku terlebih sensitif ketika mendengar suaranya memberi salam sebentar tadi.

'Mungkin aku terlalu rindukan dia kut?'

Baru sahaja aku mahu menghampirinya, tiba-tiba langkahku terhenti. Tiba-tiba rasa malu pula nak tegur dia. Macam kelakar, tapi ya. Aku malu.

Jadi, aku kembali memusingkan badan untuk naik ke atas, namun tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.

"Nak pergi mana tu? Tak nak jumpa hubby ke?" Tegur Faiq.

Aku tersentak. Perlahan-lahan aku memusingkan badan semula.

Aku senyum hambar, "Sorry, sayang tak perasan pula hubby dah sampai."

"Eleh, tipu." Dia mengusik.

"Iyalah! Hubby dah makan ke ni? Kalau belum makan, hubby pergilah ambil makanan dekat sana tu." Ucapku sambil jari menunjuk ke arah khemah.

"Kalau hubby nak isteri hubby temankan, boleh ke?"

"Makanan dekat situ aje, Faiq Adzrin.." Sengaja aku bermain tarik tali dengannya. Walhal, dalam hati rasa macam nak aje tarik tangannya ke arah khemah untuk menemaninya menikmati hidangan. Rindu!

"Kesian hubby.. Daripada KL kita tak jamah apa-apa sebab nak makan dengan orang tu. Tapi, orang tu pula suruh kita makan sorang-sorang."

Aku ketawa halus, "Yalah, yalah.."

Faiq menghulurkan tangannya kepadaku.

Aku mengangkat kening, "What?"

"Rindu." Balasnya manja.

Aku senyum lalu menyambut tangannya dan kami berjalan beriringan menuju ke arah khemah.

"Tak apa ke hubby datang Kedah ni? Maksud sayang, meeting hubby tu macam mana?"

"Semuanya dah selesai. Kebetulan client nak awalkan date meeting and ada juga yang masih nak tunda lagi. Lagipun, tak bolehlah berjauhan lama-lama dengan isteri hubby ni.."

"Oh, sayang ada benda nak bagitahu hubby ni." Terbit idea untuk mengusik.

"Apa dia?" Tanya Faiq.

"Hubby kena tidur luar tau. Maksud sayang, tidur dekat ruang tamu rumah umi."

Jelas terkejut riak wajahnya, "Baby, kenapa pula? Kan hubby dah jumpa sayang ni? Hubby ada buat salah ke sampai kena halau tidur dekat ruang tamu?"

Aku menahan tawa, "Bukanlah.. Bilik dekat rumah umi dah penuh. Sayang kena kongsi bilik dengan Zaza. Takkanlah hubby nak suruh Zaza tidur luar pula kan?"

"Kalau macam tu, kita berdua tidur dekat hotel ajelah.." Faiq cuba memberi cadangan.

"Mana boleh. Nanti apa pula kata umi dengan walid." Balasku.

"Then, sayang sanggup biarkan hubby tidur dekat ruang tamu? Sorang-sorang? Sampainya hati, sayang.."

"Habis tu, nak buat macam mana? Dah tak cukup bilik.."

"Sayang, are you kidding me? 2 hari hubby tak jumpa sayang tau..."

"I don't know..."

Faiq kini diam membisu sambil meneruskan suapannya. Sekali-sekala, dia menoleh ke arahku.

His Sayang with White LoveUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum