Bab 21

790 27 0
                                    

"Kenapa tak balas WhatsApp saya?"

Setelah beberapa minit kami hanya diam untuk menikmati hidangan makan malam, Faiq akhirnya bersuara.

"Saya minta maaf. Saya keliru masa tu, jadi sebab itulah saya tak balas. Awak marah saya?"

"Oh, I see.. it's okay, sayang. Kan saya dah cakap, awak boleh ambil masa awak dulu. Tapi sekarang awak dah boleh terima saya ke?"

Aku tersenyum, "Sekarang saya dah yakin bahawa awaklah lelaki yang ditakdirkan untuk saya."

"Really? Awak yang awak rasa sekarang?"

"Rasa apa?" Ringkasku bertanya.

"Awak gembira tak?" Tanya Faiq.

"Saya pun dah buat solat Istikharah, dan saya bersyukur bila Allah temukan saya dan awak semula. And of course, saya gembira sangat sekarang ni." Aku memandang tepat ke dalam anak matanya.

"Jadi, bila saya boleh masuk meminang awak?"

Aku yang sedang menelan makanan tiba-tiba tersedak. Faiq kemudiannya menghulurkan air kepadaku.

"Sayang okey? Saya minta maaf.."

Aku berdehem untuk membetulkan suaraku, "Tak apa.. Saya cuma terkejut aje.."

"Awak cakap awak nak masuk meminang saya? Awak serius ke? Awak tak rasa cepat sangat?" Tanyaku.

"Cepat? Taklah.. Kalau ikutkan saya, malam ni juga saya nak ajak awak nikah tau."

Aku memandangnya dengan mata yang terbeliak.

Dia ketawa, "Saya gurau aje.. Yang saya nak kahwin ni dengan manusia bukan dengan anak patung, jadi saya tahu akan ada prosesnya.."

"Adzrin.. Awak okey ke? Saya masih belum bersedia untuk panggil awak dengan panggilan yang istimewa.." Ucapku.

"Tak apa.. Awak boleh mula panggil saya dengan panggilan yang istimewa lepas kita kahwin, okey? Simple as that, sayang."

Aku hanya tersenyum.

"So, awak plan semua ni dengan Zaza?" Tanyaku.

"Nope. I plan this with all members of your family, including Zaza. Hehe.."

"Wow.. Dah jadi geng, I guess?"

"Wanna join, huh? Well, you can join this club if you want, but as my love. Then you are officially members of this club."

"So, if I don't join the club, then I'm not your love?" Ujiku.

"You'll still be my love, whether you join this club or not, sayang. Does it look like a psycho?"

"Well, at least saya tak psiko sorang-sorang?"

Dia ketawa, "You're right, sayang.."

"So.. Bila?" Aku bertanya.

Aku tak mahu tamatkan perbualan kami. Aku nak manfaatkan masa yang ada untuk berbual dengan dia. 3 hari kut tak jumpa!

"Hm?" Tanya Faiq semula.

"Jumpa keluarga saya?" Ucapku.

"Oh.. Kalau esok, boleh?"

"What? Mana sempat nak prepare.."

"Prepare what? I have prepared everything. Awak cuma perlu turun untuk sesi sarung cincin sahaja, sayang.."

"Esok? Maksudnya saya kena gerak balik rumah ibulah malam ni.." Ucapku.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now