Bab 38

666 27 0
                                    

"Y-Ya.."

Faiq ketawa, "Awak janganlah takut, saya tak gila lagi. I'll never speak or treat you rudely like I treat other people. Why? Because you're mijn blanke lieafde. Awak akan sentiasa dapat layanan yang istimewa daripada saya, okey? I love you so much, mijn blanke liefde." Tuturnya.

Aku senyum, "Janji?"

"Janji!" Jawab Faiq.

"Okey.. Thank you tau sebab hantar saya balik office. Bye, jumpa awak nanti!" Ucapku lalu bersedia untuk membuka pintu kereta.

"Macam tu aje?" Faiq bersuara.

Aku memusing untuk memandangnya, "Apa?"

"Awak tak balas pun ' I love you' saya." Ucap Faiq bersama muka cemberutnya.

"Oh, saya tak balas lagi ke? Ala, sorry.. Saya tak sengaja. Saya minta maaf okey, cinta hati pengarang jantung saya? I love you so much too!"

Dia tersenyum lebar, "Cinta hati pengarang jantung? Sayang ni memang jiwa melayulah!"

"Mestilah!"

9 malam

"Lagu mana first day hang, Thea? Okey ka?" Tanya Zaza selepas beberapa minit kami hanya diam sambil menonton drama di kaca televisyen.

"Okey! Seronoklah, Za.. Semua orang baik sangat dengan aku. Orang zaman sekarang kata 'tak select' eh? Ha, diorang semua memang tak select dengan aku. Even aku ni staff baru, tak ada pengalaman pun lagi tapi diorang tetap layan aku macam staff yang dah lama bekerja. Aku bersyukurlah sebab first time bekerja, terus dapat layanan macam tu. Bos pun baik!" Terujaku bercerita.

"Sungguh ka? Eloklah tu, Thea! Aku tumpang gembira untuk hang tau! Esok pi qeja, siapa hantaq? Faiq lagi ka? Kalau hang nak aku hantaq pun buleh ja."

"Haahlah.. Aku pun tak tahu aku pergi kerja naik apa esok. Aku ingat, aku nak drive sendiri je. Senang aku nak bergerak pergi mana-mana."

"Dah tu? Pi lah WhatsApp Faiq, tanya dia." Ucap Zaza.

"Ha? Ala, nantilah. Aku nak tengok drama ni dulu." Jawabku.

"Thea, ni dah malam. Baik hang WhatsApp dia lekaih.. Satgi dia tidoq, baru padan muka hang."

"Kalau dia tidur pun, aku drive sendiri ajelah esok. Apa susah?" Gurauku.

"Malaih aku bertekak dengan hang aih. Asyik nak menang ja." Jawab Zaza lalu menyandarkan dirinya di sofa.

Aku hanya memandangnya sekilas sambil ketawa halus. Betul apa? Kalau Faiq tak boleh hantar aku esok, aku drive sendiri ajelah.

10:15 malam

Aku masuk ke dalam bilik tidurku dan terus merebahkan diriku di atas katil. Aku mencapai telefonku yang berada di atas sisi meja.

Aku lihat skrin, ada kiriman WhatsApp daripada Faiq. Dia menghantar kiriman itu sekitar pukul 9 malam. Aku sedang menonton drama bersama Zaza ketika itu.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now