Bab 10

947 34 0
                                    

Aku melihat jam di tangan, ia menunjukkan pukul 4:30 petang.

Alhamdulillah, semua makanan cukup untuk semua jemaah yang hadir. Ibu juga sudah membungkuskan lauk lebihan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.

Sedang aku dan Zaza mahu bergerak ke parkir kereta. Aku terserempak dengan abah, along dan mamat tu sedang berbual di tepi pagar surau. Boleh dikatakan rancak juga mereka berbual, siap gelak-gelak lagi.

Aku membuat tidak endah dan terus berjalan tetapi tiba-tiba abah memanggilku.

"Thea.. Sini sekejap." Panggil abah.

Alaaaaa.. Kenapa abah panggil pulak? Malu aku dekat dia tak habis lagi ni! Oh nooooo...

"Ya, abah?" Jawabku sambil menarik tangan Zaza untuk menghampiri mereka yang sedang berbual tadi.

"Ni abah nak kenalkan. Inilah seseorang yang abah cakap dah beri sumbangan pada surau tu. Kenalkan, ini Faiq. Faiq, ini Athea dan itu pula Zaza." Ucap abah sambil memperkenalkan aku dan Zaza kepada mamat itu.

"Hai.." Balas Zaza.

Mamat itu hanya tersenyum segaris ke arah Zaza dan kemudian mengalihkan pandangannya semula ke arah abah.

Aku? Aku pula hanya memandangnya sekilas sambil tersenyum dan mengangguk.

"Nice to meet you, Mr Faiq. Okeylah, abah. Thea masuk kereta dulu ya. Jumpa abah dengan along dekat rumah!" Kataku sambil menyalami tangan abah dan along.

Aku dapat lihat dari sisi mataku, dia sedang merenung aku. Tetapi aku buat-buat tak nampak aje. Tak ada masalah nak layan, malu tadi pun belum habis lagi..

"Hati-hati drive tu, adik.." Ujar along pula yang sejak tadi hanya diam membisu.

"Okey, along! Bye.." Jawabku.

"Assalamualaikum." Ucap abah yang baru sahaja sampai ke rumah.

"Waalaikumussalam.." Jawab ibu.

Ibu, abah dan along duduk di ruang tamu.

"Esok Faiq nak datang rumah. Awak masak aje lah apa-apa ya? Abang yang ajak dia tadi masa kat surau supaya datang ke rumah kita esok." Kata abah.

"Iya ke abang? Baiklah kalau macamtu.. Nanti saya masakkan lah ya." Balas ibu.

Aku yang baru sahaja turun dari bilik bersama Zaza, tiba-tiba dipanggil oleh ibu.

"Kau pergilah dulu.. Aku nak pergi tandas sekejap." Ucapku.

"Okey.." Balasnya ringkas.

Pada waktu malam setelah menunaikan solat Isya', aku duduk di kaki katil. Fikiranku mula melayang pada kejadian petang tadi.

"Faiq?" Ucapku perlahan.

"Hah, dok pikiaq apa lagi tu? Jom turun makan. Semua orang dok tunggu hang dah kat bawah tu, lekaih." Tegur Zaza yang sedang berdiri di pintu bilik.

"Jom." Aku yang terkejut akan kedatangan Zaza itu dengan pantas melipat semula telekung dan terus turun ke tingkat bawah untuk makan malam.

Selepas selesai makan malam bersama ahli keluarga, aku meminta diri untuk naik ke bilik kerana tiba-tiba aku terasa kepalaku seperti pening.

"Ibu, Thea naik dulu lah. Thea pening kepala pula. Selamat malam ibu." Kataku kepada ibu yang sedang membasuh pinggan di sinki.

"Oh, iya ke. Okey.. Pergilah berehat ya.. Selamat malam." Jawab ibu sambil mencium ubun-ubunku.

Aku bergerak pula ke ruang tamu untuk menyalami tangan abah dan along.

"Abah, along.. Thea naik dulu ya. Thea nak rehat sebab tengah pening kepala ni." Ucapku sambil menyalami tangan mereka.

"Okey.. selamat malam anak abah. Rehat cukup-cukup ya." Jawab abah.

"Good night, adik!" Ucap along pula.

Aku hanya tersenyum sambil melambai ke arah along. Tak larat untuk menjawab.

Pagi ini aku bangun dengan kepala yang sangat berat. Kepalaku terasa amat sakit.

"Morning, Thea.. Sakit pala hang dah kurang ka? Nak aku bawak pi klinik dak ni?" Sapa Zaza.

"Tak apa lah.. Aku nak rehat je dalam bilik ni. Nanti kau turun, kau cakap dekat ibu dengan abah yang aku tak larat nak turun tau. Aku sakit kepala sangat ni." Jawabku.

"Okey.. Hang rehatlah dalam bilik. Satgi aku bawa sarapan naik ataih untuk hang noh." Ucapnya.

"Okey.." Jawabku sambil menarik selimut membaluti tubuhku.

Zaza menutup pintu bilik untuk turun ke bawah bagi menyediakan sarapan bersama ibu.

Aku membuka sedikit balutan selimut untuk mencapai telefon bimbitku yang terletak di atas sisi meja yang berada di sebelah katil.

Aku melihat jam di telefon bimbitku, ia menunjukkan pukul 9.30 pagi. Nak buat apa kalau dah pening macam ni? Tidur aje lah..

Aku meletakkan kembali telefon bimbitku ke atas sisi meja lalu menyelubungkan diri di dalam selimut. Selesanyaa..

Setelah hanpir 1 jam setengah aku terlena, aku terjaga dan terus mancapai telefon bimbitku.

11 pagi

Pantas aku bangun dari baringku dan terus menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri. Aku ni memang tak boleh tidur lama-lama kalau sakit, sebersalah dengan orang kalau asyik rehat aje dalam bilik.

Ketika aku sedang bersiap di hadapan cermin meja solek, tiba-tiba Zaza masuk ke dalam bilik.

"Eh hang dah bangun ka? Lapaq dak? Tadi aku dah bawa sarapan naik ataih tapi hang tidoq, tu yang aku bawa turun balik. Sat noh, aku pi turun bawah sat ambil makanan hang." Tegur Zaza kemudian berura-ura untuk menutup pintu.

"Tak apa lah Zaa.. Aku nak turun, bosanlah duduk dalam bilik ni lama-lama." Jawabku.

"Sungguh ka? Hang larat ka dak ni? Kalau hang nak turun, hang kena pakai tudung noh. Sebab kat bawah tu tengah ada tetamu abah. Aku lupa nak habaq kat hang semalam lepas hang balik dari tandas." Ucap Zaza.

"Ala.. Siapa pula yang datang? Aku dah lah pening kepala, malasnya nak pakai tudung.." Jawabku sambil membuat muka seperti mahu menangis.

"Ish, hang ni.. Pakai tudung sarung ja! Tetamu abah yang semalam abah kenalkan kat kita tu lah! Yang segak tu!"

"Hah? Ala.. Tak nak lah turun macam tu!"

"Awat? Betui-betuilah hang ni! Mau turun ka tak mau?"

"Nak.. Tapi malaslah nak pakai tudung.."

"Malaih aku layan hang aihh.. Dah lah aku nak pi turun bawah."

"Ish yalah, yalah! Bukannya nak pujuk aku! Sekejaplah, aku pergi ambil tudung sarung." Jawabku seakan merajuk.

"Merajuk ka? Takpa lah, kat bawah tu ada abang hensem yang boleh pujuk hang.. Satgi aku suruh dia tolong pujukkan hang, okey?" Laung Zaza sedikit kuat memandangkan aku sudah pun masuk ke dalam bilik wardrobe.

"DIAM ZAZA!" Jeritku.

Aku dengar Zaza sakan mengetawakan diriku di luar.

Aku menuruni anak tangga sambil berjalan di belakang Zaza. Aku bongkokkan diriku sedikit untuk melihat 'tetamu' yang dikatakan oleh Zaza semasa di dalam bilik tadi.

Tetapi kosong.. Tiada sesiapa yang berada di meja makan. Zaza yang mungkin tersedar akan kelakuanku itu terus bersuara,

"Dia ada dekat luaq, tengah bersembang dengan abah."

"Along mana?" Tanyaku.

"Along keluaq, pi jumpa kawan katanya."

Aku hanya meng'oh'kan sahaja kata-katanya.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now