Bab 36

643 24 0
                                    

"Masuk."

"Assalamualaikum, Encik Haz.." Ucap Kak Hus selepas melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Encik Haz.

"Waalaikumussalam.. Ada apa, Kak Hus?" Jawabnya tetapi dengan mata yang masih tekun menilik segala fail di hadapannya.

"Encik Haz ingat tak, semalam saya ada bagitahu tentang pekerja baru yang akan masuk harini?" Tanya Kak Hus.

"Hm." Jawab Encik Haz ringkas.

Aku terkejut.

'What? Inilah lelaki yang aku jumpa dalam lif tadi! Aduh, Thea.. Dia bos kau, Thea.. Dah lah kau macam sombong dengan dia tadi!'

"Ini saya kenalkan, Nur Athea Izara."

Encik Haz kemudiannya mengangkat wajah untuk melihatku. Setelah mata kami bertembung, aku hanya berikan senyuman segaris padanya.

"So, you're Miss Athea?" Tanya dia.

"Yes, Encik Haz." Jawabku ringkas.

"Okeylah. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dululah ya, Encik Haz? Nanti saya masuk balik untuk bagitahu tentang jadual Encik Haz harini."

"Alright.. Thank you, Kak Hus."

"Sama-sama, Encik Haz.."

Beberapa saat selepas Kak Hus keluar, dia bersuara.

"Please have a seat." Ucapnya.

Aku duduk, "Thank you, Encik Haz."

"So, first time bekerja?"

"Ya, betul."

"Apa yang you buat lepas setahun you habiskan your Master?"

"I ambil masa untuk berehat."

"Sebab?"

"Sebab I sambung belajar from diploma to master without a break. Jadi, sebab itulah I ambil masa setahun untuk berehat sebelum ambil keputusan untuk bekerja."

"Oh, I see. So, why Afra Holdings?"

"Wow, interesting question! But is it okay if I explain to Mr. Haz before I answer the question?"

"Sure."

"I memang minat kerjaya arkitek ni sejak I kecil. I like to see buildings and the work of an architect. Dan apa yang menguatkan lagi keinginan I untuk menjadi seorang arkitek adalah kerana abang I. He's also an architect.. Dan jawapan untuk soalan Encik Haz tadi adalah, I minat dengan hasil kerja syarikat Encik Haz yang juga menepati citarasa I, jadi sebab itulah I nak jadi sebahagian daripada syarikat ni."

"Oh.. So, your brother is also an architect? Dekat syarikat mana?"

"Dekat sebuah syarikat di Johor."

"Oh.. Boleh I tahu siapa nama abang you?"

"Why?" Tanyaku.

"Sebab muka you macam familiar. Maybe I kenal abang you?" Ucapnya.

"Sorry, Encik Haz. Tapi I nak cuba untuk berdikari. Kalau Encik Haz kenal abang I pun, itu antara Encik Haz dan dia sebab I tak ada kena mengena. Dia lain, dia hebat. I pula baru dalam bidang ni, jadi I takut kalau Encik Haz bandingkan kemampuan I dan abang I. I minta maaf sekali lagi. I harap Encik Haz faham."

"I suka cara you, Athea. I tahu you seorang yang berdikari dan tak suka bergantung harap pada seseorang. You suka buat semua benda sendiri, right? I boleh nampak semua tu dalam diri you. But, you know what?"

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now