Bab 80

708 32 1
                                    

"Awak tahu tak? Saya tak pernah terfikir yang saya akan duduk serapat ni dengan seorang lelaki. Dan saya tak pernah sangka pun yang saya akan berkahwin pada usia saya sekarang. Saya tak tahu sama ada ini adalah waktu yang tepat atau tidak, tapi apa yang pasti saya tahu awak adalah lelaki yang saya cari selama ni. Betullah orang kata, tempoh perkenalan tu tak menjanjikan apa-apa pun sebenarnya."

"Awak matang, Athea. Sangat matang. Saya tahu ada sesuatu yang pernah jadi sehingga membuatkan awak jadi Athea yang sekarang. Tapi, saya nak bagitahu awak sesuatu.."

Aku hanya diam menanti kata-katanya yang seterusnya.

"Saya tak tahu apa yang dah jadi atau mungkin awak ada trauma daripada masa lalu. Tapi, awak kena tahu, kalau benda tu tak jadi dulu, mungkin awak tak akan jadi macam sekarang. Mungkin sekarang ni awak masih lagi seorang perempuan yang lemah. Percayalah, sesulit apapun ujian yang Dia bagi, pasti ada hikmah disebaliknya. Saya minta maaf sebab tak ada dengan sayang semasa benda tu terjadi. Tapi, In Syaa Allah saya akan ada dengan sayang pada hari-hari yang seterusnya. Saya janji."

Faiq mencapai kedua-dua belah tanganku dan digenggamnya erat, "I love you so much, baby."

Aku senyum, "I love you too, cinta hati."

"Sayang kenal Lily?" Tanya Faiq tiba-tiba.

Aku menoleh, "Kenapa awak tanya?"

"Saya saja nak tahu."

"Tapi kenapa tiba-tiba?"

Faiq mengangkat bahu, "Tapi kalau sayang tak nak cerita pun tak apa."

"Kenal." Jawabku.

"Dia kawan sayang?" Tanya Faiq.

"Kawan? Dari cara layanan dia dekat saya, awak rasa saya dengan dia kawan ke?"

Faiq sengih, "Oh, tak eh?"

"Tak."

Faiq hanya mengangguk.

"Saya dengan dia belajar sama-sama dulu. Satu Universiti." Beritahuku.

"Oh.."

"Nak kata rapat tu memang taklah. Saya tak nak burukkan sesiapa. Cukup awak tahu itu aje setakat ni. Saya perlukan masa untuk ceritakan semuanya pada awak. Kalau awak nak buat andaian awak sendiri, itu terpulang pada awaklah." Ucapku.

"Eh, tak adalah. Apa yang sayang cakap tadi, sedikit sebanyak dah kurangkan persoalan saya. At least, saya tahu sayang pun kenal Lily tu. Dahlah, tak nak cerita pasal ni lagi dah. Nanti sayang tak ada mood pula."

Aku senyum, "Adzrin?"

"Yes, baby?"

"Aw..."

"Tak ada apalah.." Sambungku.

"Why? Sayang nak cakap apa?"

"Saya dah lupalah.."

"Jangan tipu. Nak cakap apa sebenarnya ni?"

Aku mengeluh perlahan sebelum menjawab, "Awak okey ke?"

Faiq mengerutkan kening, "Saya okey. Kenapa?"

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now