Bab 106

691 31 9
                                    

2 bulan kemudian...

Alhamdulillah... Tempoh berpantangku sudahpun tamat akhirnya. Syukurlah ada ibu yang menjaga sepanjang tempoh itu, begitu juga dengan mommy.

Sekarang, aku sudah mula bekerja seperti biasa. Izaira pula kami hantar ke rumah Dato' Idzrin kerana Datin Zurin yang mewakilkan dirinya untuk menjaga Izaira. Aku dan Faiq pula hanya bersetuju.

5:30 petang

Aku sudah berada di atas jalan raya untuk pulang ke rumah. Sepanjang di pejabat tadi, semua pekerja gembira. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepadaku atas kelahiran puteri sulungku.

Setelah tiba di rumah, aku lihat kereta milik Faiq sudahpun berada di dalam kawasan rumah. Kebiasaannya, dia akan pulang ke rumah lebih awal untuk mengambil Izaira di rumah Dato' Idzrin.

"Assalamualaikum..." Ucapku sambil melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah.

Sunyi.

Lalu, langkah terusku atur untuk naik ke bilik. Mungkin Faiq dan Izaira berada di dalam bilik kut?

"Assalamualaikum..." Aku memberi salam sambil membuka pintu bilik.

Aku tersenyum tatkala melihat Izaira yang sedang disiapkan oleh Faiq di atas katil. Si comel itu baru lepas mandi barangkali.

"Waalaikumussalam, mama!" Jawab Faiq.

"Hubby balik pukul berapa tadi?" Tanyaku selepas melabuhkan duduk di birai katil.

"Pukul 3."

"Oh..."

"Sayang pergilah mandi dulu. Biar hubby siapkan makan malam untuk kita."

"Okey. Lepas sayang mandi, sayang turun bawah tolong hubby eh?"

"Tak payahlah.. Sayang kan baru balik kerja, mesti penat kan?"

"Taklah.. Nanti sayang turun, okey?"

"Hubby nak susukan Izaira ni dulu. Nanti dia dah tidur, baru hubby turun," Ucap Faiq.

"Okey!" Balasku lalu terus meloloskan diri masuk ke dalam tandas.

Aku turun ke tingkat bawah bersama Izaira di dalam dakapan. Kemudian, Izaira aku letakkan ke atas sofa memandangkan dia sedang tidur. Setelah itu, dapur aku tuju untuk membantu Faiq menyediakan makan malam.

"Bah!" Sergahku.

Faiq menoleh ke arahku dengan reaksi yang biasa.

"Tak terkejut ke?" Soalku.

"Tak pun.."

"Kenapa tak terkejut?" Soalku lagi.

"Sebab hubby dah boleh rasa cinta hati hubby ni nak datang."

Aku ketawa, "Poyonya jawapan!"

Faiq turut ketawa.

"Hubby, weekend ni kita pergi jalan-jalan nak tak?"

"Pergi mana?"

"Bawa girl jalan-jalanlah. Bagi dia rasa udara segar." Balasku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now