Bab 48

590 27 1
                                    

"Hai.." Tiba-tiba seseorang bersuara.

Aku mengangkat wajah untuk memandang si pemilik suara. Dengan serta-merta aku rasa badanku seperti menggigil apabila mata kami bersatu.

'D-Dia buat apa dekat sini?'

Zaza kemudiannya bangun dan berdiri disebelahku, "Kau nak apa?" Tanya Zaza.

Seseorang itu ketawa, "Eh, sombongnya korang berdua ni. Well, kita kan dah lama tak jumpa.. Boleh aku duduk?"

Zaza dengan pantas menolak seseorang itu sebelum sempat dia melabuhkan punggungnya.

"Wo wo.. Apa yang kau marah sangat ni, Zaza?" Tanya seseorang itu.

Aku yang sejak tadi hanya diam kerana sedang berlawan dengan perasaanku, mencuba untuk mengawal diri sendiri.

'Aku rasa aku dah tak boleh lari lagi dan sudah tiba masanya untuk aku berhadapan dengan masalah yang selama ni aku elak.'

'Sampai bila kau nak macam ni, Athea?'

"Kau buat apa dekat sini?" Aku bersuara akhirnya. Namun di dalam sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Athea Izara? Wah, lamanya aku tak dengar suara kau.. Suara tak berubah, muka pun tak berubah. Dari dulu memang tak pernah cantik eh kau ni?"

Baru sahaja Zaza mahu membalas, dengan pantas aku menarik Zaza ke belakangku. Aku kemudiannya memandang tepat ke dalam anak mata seseorang itu.

Kini, aku sedang berhadapan dengan seorang manusia yang pernah hancurkan hidup aku suatu masa dulu sehingga terlahirnya seorang Athea Izara yang baharu. Dan sekarang aku nekad untuk bangkit dan buktikan yang aku sebenarnya tak lemah!

"Kau nak apa ni?" Tanyaku mendatar namun masih tenang.

'Relax, Thea.. You've to play it cool.'

"Aku dengar cerita, kau dah bertunang. Siapalah yang malang sangat dapat kau ni, kan?" Ucapnya.

"So?" Ringkasku menjawab.

Dari dalam mata itu, aku tahu ada sedikit gentar dalam dirinya ketika ini.

"Kau ingat dia ikhlas ke dengan kau? Dia nak dekat kau pun mungkin sebab kesian je, Athea.. Iyalah, dah 26 tahun tapi masih tak laku." Ucapnya lagi lalu ketawa.

Apa yang kelakar? Haha! Kau sabar jap, kau nak ketawa sangat kan?

"Really? Aduh.. To be honest kan, aku jijiklah dengar nama aku keluar daripada mulut longkang kau ni. Jijik gila. And yeah, aku dah 26 tahun dan masih belum kahwin. So, what? Kau lupa ke yang kau tu dah 28 tahun pun masih tak laku, Lily.. Oh, aku tahu! Kau ada cita-cita nak jadi andartu sebenarnya kan? Patutlah.. Eh, tapi tak apa.. Sebab muka kau ni memang sesuai jadi andartu pun." Jawabku penuh sinis.

"Kau ingat kau akan bahagia ke?" Tanya Lily juga sinis.

"Aku bahagia atau tidak, itu bukan urusan kau. Aku rasa kan, kau yang tak bahagia tau sekarang ni. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis nak ganggu hidup aku, merendah-rendahkan aku. Well, dulu yes, aku lemah, aku diam bila kau fitnah aku macam-macam. Tapi 'Athea' yang tu dah lama mati, Lily Afina. Aku tak tahulah apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku, dan aku tak nak ambil tahu pun."

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now