Bab 65

713 36 1
                                    

Setelah selesai membacakan bacaan doa selepas akad nikah, tok kadi meneruskan majlis dengan lafaz taklik yang akan dibacakan oleh Faiq sebentar lagi.

"Alhamdulillah, sempurna lafaz ijab dan kabul. Kemudian, kita akan terus kepada lafaz taklik yang akan dilafazkan oleh suami dan ustaz mohon kepada isteri untuk mendengar apa yang dilafazkan oleh suami." Ucap tok kadi.

"Bismillahirrahmanirrahim.. Adalah saya, Faiq Adzrin bin Dato' Idzrin dengan ini bertaklik bahawa jika saya tidak bermusyawarrah yang maa'ruf dengan isteri saya Nur Athea Izara binti Zakri, sama ada saya meninggalkan dia dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama 4 bulan qamariah, berturut-turut atau lebih, saya atau wakil saya tidak memberikan nafkah kepadanya selama 4 bulan qamariah, berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau penganiayaan terhadapnya. Dan apabila dia membuat aduan kepada mahkamah syariah, dan jika sabit aduannya di sisi mahkamah syariah dan dia memberikan kepada mahkamah syariah yang menerima dari pihak saya sebanyak RM10 atau senilai dengannya maka ketika itu, tertalaklah dia, Nur Athea Izara binti Zakri dengan talak khul."

Selesai sudah lafaz taklik oleh Faiq Adzrin, yang kini sudah bergelar imamku.

"Okey, ustaz mohon tandatangan suami." Beritahu ustaz.

Faiq kemudiannya menandatangani surat yang diberikan oleh tok kadi.

"Juga ustaz mohon tandatangan isteri ya." Beritahu ustaz lagi.

Faiq menyerahkan surat itu kepada seorang lelaki untuk diserahkan kepadaku pula.

Aku kemudiannya menandatangani surat itu dan apabila selesai, aku menyerahkan semula surat itu kepada lelaki tadi.

Aku lihat Faiq memandang ke arahku. Hari ini dia kelihatan sungguh tenang, wajahnya yang dingin tidak dipamerkan.

"Baik. Alhamdulillah, akhir daripada ustaz selaku pendaftar perkahwinan penceraian dan rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan juga mewakili pihak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengucapkan kepada saudara Faiq dan pasangan, Puan Athea. Tahniah, dah jadi suami isteri. Mudah-mudahan dengan majlis yang dilangsungkan pada malam ini, kami semua mendoakan, mudah-mudahan masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke Jannah. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Sekian daripada saya."

Majlis seterusnya menjemput pengantin lelaki untuk menunaikan solat sunat selepas nikah dan juga sujud syukur.

Beberapa ketika kemudian, Faiq kembali ke dalam dewan setelah selesai menunaikan solat sunat selepas nikah dan sujud syukur.

"Hadirin sekalian,

Anak Cina mengail patin,
Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di hati.

Seterusnya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan saudara Faiq Adzrin, ke pangkuan isteri tercinta bagi upacara batal air sembahyang. Dipersilakan.."

Faiq mula berjalan masuk ke dalam dewan sambil fokus memandang ke hadapan. Dari jauh, aku sudah nampak matanya memandang ke arahku.

Seketika, Faiq naik ke atas pelamin dan mengambil tempat di sebelahku. Tidak jauh dan tidak pula terlalu rapat kedudukannya denganku.

Beberapa orang jurugambar di bawah sudah mula melakukan tugas masing-masing.

"Hadirin sekalian, kita berikan tepukan yang gemuruh untuk kedua pasangan mempelai."

Semua tetamu kemudiannya memberikan tepukan yang gemuruh untuk kami berdua.

Datin Zurin naik ke atas pelamin untuk menyerahkan cincin kepada Faiq yang akan disarungkan pada jari manisku.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now