Bab 90

643 39 0
                                    

"Sayang?" Panggil Faiq.

Aku yang sedang leka dengan keadaan sekeliling, segera menoleh untuk memandangnya. Kening diangkat sebagai tanda 'apa?'.

"Apa yang sayang buat masa 5 tahun yang lepas?" Faiq membuka topik perbualan.

"5 tahun lepas? Masa tu umur sayang 21 tahun. Kenapa?" Jawabku polos.

Faiq ketawa, "Baby, hubby tahulah awak 21 tahun masa tu. Maksud hubby, apa yang sayang buat pada umur sayang 21 tahun tu?"

"Sayang tengah study lagi masa tu. Oh, sayang lupa nak cerita dekat hubby. Daripada Diploma sampailah Master, sayang tak ambil break langsung. Not even a year. Sebab sayang suka belajar, sayang suka suasana dekat Universiti."

Faiq senyum, "Patutlah isteri hubby ni jadi seorang arkitek."

"Sayang bersyukur atas semua perkara yang dah diatur oleh Dia. Kadang-kadang, sayang terfikir apalah yang sayang dah buat sampai Dia bagi sayang kehidupan yang sekarang. Kehidupan yang sangat tenang dan bahagia. Dikelilingi dengan orang-orang yang baik, keluarga yang memahami, kawan yang jujur dan ikhlas. Juga dikurniakan seorang suami yang berjaya, pandai dalam bab agama, tegas dan banyak lagilah kalau nak bagitahu."

"Mungkin sesuatu yang sayang anggap biasa?" Balas Faiq.

Aku mengerutkan kening, "Maksud hubby?"

"Kadang-kadang, sesuatu yang kita anggap biasa itulah yang sebenarnya beri manfaat pada kita suatu hari nanti. Sebagai contoh, sedekah. Ada sesetengah manusia fikir sedekah tu perkara biasa je. Tapi lain pula bagi mereka yang menerima sedekah. Mungkin orang yang menerima sedekah tu betul-betul memerlukan duit untuk teruskan kehidupan, tapi tiada sesiapa pun yang bantu. Jadi, bila kita berkongsi rezeki dengan mereka, setidaknya kuranglah sedikit beban yang mereka tanggung. Kita mungkin tak dapat nak membantu banyak, tapi sekurang-kurangnya kita dapat tolong mana yang termampu. Dan, bila kita bantu orang, Allah akan bantu kita pula." Jelasnya panjang lebar.

"Apa yang hubby cuba sampaikan adalah kebaikan yang pernah sayang buat dulu yang mungkin menjadi asbab semua yang berlaku sekarang. Allah hadiahkan sayang seorang kawan yang baik, jujur dan ikhlas. Dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik. Dan tak lupa juga, sayang dikurniakan seorang suami yang ikhlas sayangkan sayang. Oh, yang paling penting sekali adalah handsome! Itupun rezeki tau!" Sambung Faiq. Sempat dia memuji dirinya sendiri.

Aku ketawa.

"Okey, so apa kena mengena dengan 5 tahun lepas?" Aku bertanya. Masih tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh si suami.

Faiq tersenyum dengan senyuman yang aku sendiri sukar untuk mentafsir. Apakah maksud disebalik senyuman itu?

"Alright! Next surprise for my baby!" Teruja Faiq bersuara.

Nafas dihela perlahan. 'Suka mengelak tau dia ni!'

Faiq tiba-tiba mengangkat tangannya pada seseorang. Aku menoleh untuk melihat.

Seorang pelayan datang menghampiri kami dengan sebuah iPad di tangannya.

"Thank you." Ucap Faiq sebelum pelayan itu berlalu pergi.

Kini, suasana sunyi tanpa sebarang bunyi.

"Baby." Faiq bersuara.

Aku hanya senyum seraya mengangkat kedua belah kening.

"iPad ni merupakan antara harta hubby yang paling berharga. Dalam ni ada segalanya. Tentang V'Dzrin Corporation, V'Dzrin Resort, V'Derns Cafe dan semua yang berkenaan dengan kehidupan hubby. Tak ada sesiapa pun yang pernah guna mahupun sentuh iPad ni. Not even Karl." Beritahu Faiq.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now