Bab 46

644 26 0
                                    

"Awak tak pakai kereta ke?" Tanyaku.

"Tak.. Esok pun saya tak tahu saya boleh masuk office ke tak. Sebab saya jarang demam, tapi kalau dah demam memang akan terbaring ajelah sampai seminggu."

"Iya ke? Tak apalah.. Nanti saya hantarkan makanan dekat awak kalau awak masih tak sihat, okey?"

"Okey, love. Thank you, baby."

"You're welcome, Encik Tunang."

"Adzrin?" Panggilku semula.

"Yes, sayang?" Jawab Faiq.

"Location rumah awak? Saya tak tahu jalan.." Ucapku.

Faiq tersengih, "Oh, haahlah.. Saya terlupa pula."

Faiq kemudiannya bangun dari baringnya.

"Kenapa awak bangun?" Tanyaku hairan.

"Saya nak tunjuk jalanlah, love.."

"Bagi saya location, awak baring je." Tegasku berkata.

"Biarlah saya yang t..."

"Baring dan bagi saya location cepat." Potongku.

Faiq baring semula.

Dia mengambil telefon miliknya daripada dalam poket seluar lalu mula menekan-nekan pada skrin telefon.

"Here.. Awak ikut je maps ni, okey? Sayang ni, saya nak tunjuk jalan, sayang tak bagi."

"Tak apa. Awak baring je, okey?"

"Okey.. Love, saya nak tidur boleh?" Tanya Faiq.

"Okey. Nanti saya kejut awak."

"Meceh, love!"

10:20 malam

Aku akhirnya tiba di kondominium dimana terletaknya rumah Faiq. Ambil masa hanya lebih kurang 20 minit sahaja kerana jalan tak sesak pada waktu malam.

Aku melihat Faiq disebelahku. Dia masih lena. Tak sampai hati pula nak kejut, tapi tak mungkinlah aku nak duduk sini lama-lama, kan?

Akhirnya aku memutuskan untuk mengejut Faiq dari tidurnya.

"Adzrin? Adzrin? Hei.. Bangun, kita dah sampai ni." Kejutku.

Faiq mula membuka matanya perlahan-lahan.

Dahinya tiba-tiba berkerut, "Kepala saya pening, love.." Ucapnya.

Ha sudah! Jangan cakap aku kena hantar dia sampai atas pula!

"Awak larat nak jalan ke tak ni?" Tanyaku.

"Boleh, boleh.. Nanti saya suruh guard tu hantar saya sampai atas. Sayang drive elok-elok, okey? Saya masuk dulu. Thank you, love sebab hantar saya balik. Saya minta maaf sebab susahkan sayang." Tutur Faiq.

"Susah apanya? Dah, pergi naik atas lepas tu jangan lupa mandi sebelum tidur, okey? Basahkan badan biar segar sikit."

"Okey, sayang."

His Sayang with White LoveOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz