Bab 62

578 27 1
                                    

Sehari sebelum nikah...

Semua orang sedang bertungkus-lumus untuk majlis yang bakal berlangsung esok. Aku sudah selamat tiba di rumah ibu beberapa hari yang lepas. Aku balik dengan along kerana dia yang mempelawa dirinya sendiri.

Katanya, "Nanti adik dah kahwin, naik satu kereta juga dengan Faiq. So, tak payahlah bawa kereta adik."

Aku duduk seorang diri di dalam bilik. Jauh aku termenung memikirkan kehidupan baharu aku yang bakal bermula esok. Segala kenangan bersama ibu, abah dan semua yang pernah ada dalam perjalanan hidupku, kembali terimbas.

Aku ketawa sendirian.

'Dulu aku pernah sendiri, sampai tahap orang tak nak berkawan dengan aku langsung. Aku sembuh sendiri, tanpa sokongan dari keluarga. Tapi Alhamdulillah, Allah hadirkan seorang sahabat yang sangat baik untuk aku, Zaza Qasdiera.'

'Zaza berjaya buktikan pada aku, manusia yang baik hati itu masih wujud. Dia jaga aku dan juga hubungan aku dengan Sang Pencipta.. Selalu ada dengan aku.'

3 tahun lepas...

"Hang dah okey ka ni?" Tanya Zaza.

Aku diam.

"Tak apa, kita berhak untuk ambil seberapa banyak pun masa yang kita mau. Tak ada orang yang akan paksa kita untuk berhenti layan perasaan kita sendiri." Ucap Zaza.

"Mungkin hang tak nampak lagi hikmah disebalik ujian yang Allah bagi kat hang sekarang ni, sebab hikmah tu tak akan mai direct lepas hang diuji. Tapi hang akan nampak hikmah tu nanti, bila hang dah lalui fasa sakit sampailah fasa hang sembuh. Journey hang.." Ucap Zaza lagi.

"Tapi aku mau hang tau yang aku akan sentiasa ada sepanjang proses tu nanti. Aku akan rasa sakit tu sama-sama dengan hang. Nasihat aku, benda pertama yang hang kena buat adalah jaga hubungan hang dengan Allah dulu. Yang lain-lain tu biaq Dia yang tentukan."

Zaza kemudiannya memelukku erat, "Kita tak buleh tutup mulut orang, Athea. Fitnah ni memang dah wujud sejak zaman Nabi lagi. Sayyidatina Aisyah R.A pun pernah difitnah, apatah lagi kita manusia biasa ni, kan?"

Sejak hari itu lah, hubungan aku dan Zaza jadi  semakin rapat. Dia sentiasa ada di saat aku perlukan seseorang untuk bercerita dan bahu untuk bersandar.

Aku bersyukur untuk segala hal yang Dia aturkan untukku. Aku tersenyum.

"Dok senyum-senyum apa lagi ni, Thea?" Tegur Zaza.

Aku tersedar dari lamunanku dan kemudiannya aku tersengih.

"Kenapa? Nak aku tolong apa-apa ke?" Tanyaku.

"Takdak aih.. Saja aku naik ataih tengok hang. Hang okey ka?"

"Okey.." Ucapku sambil menggentel-gentel cadar katil, sengaja aku membuat-buat gedik di hadapan Zaza.

"Eee.. Pasaipa hang ni? Urat hang ada yang putuih dah ka sampai jadi lagu ni? Jangan buat pasai, Thea. Esok hang nak nikah dah." Ucap Zaza.

Aku ketawa terbahak-bahak, "Biarlah! Kita nak belajar manja-manja."

"Eee, geli sungguh! Macam dia sorang yang ada bakai suami noh!"

"Oh, kau ada juga ke?" Tanyaku.

"Ada." Jawab Zaza, bangga.

Aku terkejut, "What? Siapa?!" Tanyaku teruja.

"Ramai sangat, Thea.. Tak tahu nak pilih mana satu." Jawab Zaza.

Aku mengerutkan kening, "Kenapa aku tak pernah tahu pun?"

His Sayang with White LoveDove le storie prendono vita. Scoprilo ora