Bab 102

647 49 3
                                    

"Amboi, relaksnya orang tu.." Tegur Faiq sambil mengambil tempat di sebelahku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Aku menoleh lalu tersengih.

"Tak takut ke nak bersalin ni?" Soal Faiq sambil mengusap perutku.

"Takut. Tapi, sayang tak nak fikir sangat. In Syaa Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar." Jawabku.

"Lepas ni dah tak ada dah perut bulat ni. Mesti hubby rindu nak peluk 'bonggol' ni nanti." Ucap Faiq terselit gurauan.

Aku ketawa, "Bonggol? Macam-macamlah hubby ni.."

"Tapi, tak apalah. Lagi 4 atau 5 bulan lagi, hubby akan buat perut sayang kembali bulat macam ni semula. Barulah comel."

Membuntang mataku, "Baby I ni pun belum keluar lagi. Jangan nak mengada. Lagi 4 atau 5 tahun baru boleh bagi baby I adik."

"What? Don't be silly, baby. 4 tahun tu lama. No. Kita mesti ada sekurang-kurangnya tiga orang anak sebelum umur hubby cecah 32 tahun. Okay, my baby Athea?"

Aku bangun, "Kalau macam tu, hubby buatlah sendiri. Sayang tak nak terlibat."

Pantas aku berjalan menuju ke arah tangga untuk naik ke bilik.

Faiq ketawa, "Baby, it takes two to tango."

Hospital

Kami sudah sampai di hospital tepat jam 2 petang tadi. Sekarang, aku sedang berbaring di atas katil sambil wayar antepartum fetal monitor disambungkan ke perutku.

Seorang jururawat masuk ke dalam bilik untuk memeriksa keadaanku.

Faiq setia di sebelahku sambil menggenggam tanganku erat tanda memberi semangat. Dari riak wajahnya, aku tahu dia sedang gementar.

Aku menahan tawa tatkala melihat wajahnya yang kelihatan seperti cacing sedang kepanasan itu.

"Hubby okey?" Tanyaku selepas jururawat tadi keluar daripada bilik.

"Sakit ke, sayang?" Soalan dibalas soalan.

"Ada sayang menangis ke sekarang ni? Tak ada kan? Sayang okeylah.." Jawabku.

"Love, hubby doakan semoga sayang diberikan kekuatan untuk lahirkan anak kita nanti. Hubby akan sentiasa ada di sisi sayang. Sentiasa dan selamanya, Athea Izara. Harapan hubby agar sayang dan baby kita selamat. Hubby nak kedua-duanya selamat. Sayang kuatkan diri, okey? Hubby akan sentiasa ada dengan sayang." Tuturnya.

Aku menarik tangannya dan aku kucup sekilas, "Thank you, Adzrin. Hubby doakan sayang dengan baby, okey? I love you, hubby."

"I love you too, baby."

"Sayang nak tidur sekejap, boleh? Mengantuklah.." Beritahuku.

"Mama ni asyik mengantuk aje.." Perli Faiq.

Aku ketawa halus.

"Okey, sayang tidurlah. Hubby duduk sini teman sayang."

Aku hanya tersenyum sebelum perlahan-lahan aku memejamkan mata.

30 minit kemudian, Dato' Idzrin dan Datin Zurin tiba di hospital untuk melawatku.

"Macam mana, Iq? Bila Athea boleh masuk labour room?" Soal Datin Zurin dalan nada berbisik memandangkan Athea sedang tidur.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now