Bab 101

490 38 2
                                    

12 tengahari

"Faz tak bosan ke duduk rumah ni? Kalau Faz nak keluar, pergilah. Kak Athea boleh je duduk rumah sorang-sorang." Beritahuku kepada Fazrin yang sedang duduk di sebuah sofa.

Fazrin menoleh, "Mana ada bosan, Kak Athea. Faz pun dah boring asyik keluar. Ni tengah cuti bolehlah rehat-rehat dekat rumah."

"Sorrylah, Kak Athea baru turun. Sejak mengandung ni, Kak Athea asyik rasa mengantuk aje." Ucapku.

"Eh, tak apa.. Faz faham. Kak Athea lapar ke? Nak makan?"

"Haahlah, Faz nak makan apa? Kak Athea nak pergi masak."

"Masak? Abang kata abang dah siap masak untuk kita berdua. Cuma tinggal panaskan aje. Sekejap, Faz pergi panaskan lauk. Kak Athea tunggu sini."

"Eh, tak apa. Faz duduk, biar Kak Athea yang panaskan."

"Tak ap..."

"Faz, Kak Athea okey. Lagipun, dah lama Kak Athea tak masuk dapur tu. Rindu pula nak memasak." Ujarku.

"Betul ni?" Soal Fazrin.

Aku mengangguk bagi meyakinkannya.

Setelah tiba di dapur. Aku terpempan seketika.

'Bersihnya! Biar betul Faiq ni?'

Sedang aku leka memanaskan lauk sambil memegang perut yang bulat, tiba-tiba ada tangan yang melingkar di pinggangku sebelum beralih mengusap perutku pula.

'Takkanlah Faz kut?'

Baru sahaja aku mahu berpaling untuk memandang, dia bersuara.

"Buat apa ni? Siapa izinkan sayang masuk dapur ni, hm?" Perlahan saja suara garaunya kedengaran di tepi telingaku.

Terhinjut bahuku dek kerana terkejut.

Aku menoleh, "Bila hubby balik?"

"Baru aje. Hubby balik sekejap aje ni sebab nak lunch dengan my babies. Sayang tak jawab lagi soalan hubby, siapa izinkan sayang masuk dapur ni?"

"Sayang rindulah nak masuk dapur. Rindu nak memasak."

"Degil juga sayang ni rupanya.."

Aku sengih, "Thank you sebab masakkan lauk sebelum pergi kerja tadi. And, sorry sebab hubby pergi kerja tadi pun, sayang masih tidur."

Di dapur ini ada satu pintu yang dapat menghalang dapur dari dilihat oleh orang yang berada di ruang tamu. Sebab itulah Faiq berani memelukku. Kalau depan orang, jangan mimpilah!

"Sama-sama, cinta hati. Dah, sayang duduk. Biar hubby yang panaskan and hidang atas meja." Ucap Faiq sambil menolak tubuhku ke belakang.

Aku akur. Tersenyum aku apabila melihat belakang tubuh Faiq yang sedang leka memanaskan lauk.

"Hubby tengah banyak kerja ke sekarang?" Tanyaku bagi menghilangkan bosan.

"Tak ada lah, sayang. Hubby dah inform dekat Karl yang hubby akan cuti beberapa minggu start hari esok. Kan due date sayang lagi dua hari? Hubby nak jaga sayang dalam pantang." Balas Faiq sambil sekali-sekala menoleh ke arahku.

"Hubby nak sayang berpantang dekat mana?" Tanyaku lagi.

"Mana-mana pun hubby tak kisah. Asalkan sayang dengan baby selamat."

"Sayang ada tanya pendapat ibu, ibu kata lebih baik sayang berpantang dekat rumah kita. Sebab nanti susah pula mommy dengan daddy nak datang melawat kalau berpantang dekat rumah ibu." Beritahuku.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now