Bab 17

751 32 0
                                    

"Assalamualaikum, Mr Adzrin." Ucapku selepas masuk ke dalam perut kereta.

"Waalaikumussalam, sayang.. Harini happy nampak?"

"Mestilah! Nak pergi makan nasi ayam penyet kan? Hehe.."

"You're so cute.. Let's go! Pergi dating!" Ucap Faiq.

"Jom!" Jawabku semangat.

Anggun's Town

Faiq keluar terlebih dahulu untuk membukakan pintu kereta untukku.

"Silakan, Miss Athea.." Ucapnya.

"Thank you.." Balasku sambil tersenyum.

"Lain kali tak perlu bukakan pintu kereta untuk saya. Saya boleh buka sendiri." Ucapku sambil berjalan beriringan dengannya untuk masuk ke dalam restoran.

"Kenapa pula? Saya tahu awak dah biasa hidup sendiri, jadi awak kurang selesa bila ada orang layan awak macam tu kan? Tapi awak kena biasakan diri tau lepas ni sebab saya akan mula layan awak macam princess." Jawabnya.

"Ikut awaklah. Saya tak minta okey. Nanti jangan nak cakap saya ni manjalah, nak kena bukakan pintu kereta apa semua. Kalau awak cakap macam tu, memang saya ketuk kepala awak eh. Psycho kan? Trylah buat.." Ujarku sambil membuat muka psychoku.

Harap-haraplah muka psycho aku menjadi. Kalau muka tak semenggah yang jadi, buat malu je!

"Awak tengah buat muka psycho ke tu? Kalau macam tu lah gaya awak, tak ada orang yang akan takut tau. Silap-silap diorang yang psycho awak balik." Bisiknya.

Aku memandangnya sekilas sambil membuat gaya muka 'what ever'.

"Saya lapar." Ucapku.

"Okey okey, jom cari tempat duduk dulu. Kita duduk dekat hujung sana, nak?" Tanya Faiq.

Aku tidak membalas sebaliknya terus bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh Faiq sebentar tadi.

"Sayang nak makan apa?" Tanya Faiq.

"Saya nak order nasi ayam penyet." Jawabku.

"Okey.. Sayang nak tambah apa-apa lagi tak? Do you want any dessert?"

"It's okay. Saya cuma nak nasi ayam penyet. Errr.. Dengan milo ais! Saya nak milo ais."

"Okey.." Jawabnya sambil tersenyum.

"For me two sets of nasi ayam penyet and hot espresso. And milo ice for my sweetheart. Thankyou." Ucapnya kepada pelayan yang sedang mengambil pesanan.

Setelah selesai mengambil pesanan, pelayan itu pun pergi meninggalkan kami berdua.

"Kenapa awak cepat sangat panggil saya 'sayang'?" Tanyaku.

"Why? Sayang tak suka ke? Sayang nak saya panggil sayang apa?"

"Bukan tu maksud saya. Kita baru je nak kenal-kenal kan? Tapi awak dah buat macam-macam untuk saya. Awak bawa saya pergi makan, awak panggil saya sayang. Tapi apa yang awak suka pun saya masih lagi tak tahu."

"Tak apa.. Macam yang saya cakap semalam, awak ada banyak lagi masa untuk kenal dengan saya. Saya tak nak kita rush, okey?"

"Okey." Jawabku.

Aku kehilangan topik untuk berbual. Aku lihat dia masih lagi memandang ke arahku dengan wajah yang masih tidak lekang dengan senyuman.

"Awak ingat tak masa kita jumpa dekat wedding Violet haritu?" Faiq bersuara.

"Ingat.." Jawabku lambat-lambat.

"Awak nak tahu tak apa sebenarnya yang jadi?" Tanya Faiq.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Tanyaku pula.

"Saya suka bila awak cakap 'apa yang jadi sebenarnya?' instead of 'apa dia?'. Awak memang lain dari yang lain, Athea."

Aku hanya membuat muka berlagak sambil mengangkat keningku beberapa kali. Aku lihat dia tersenyum sambil menggeleng.

"Sebenarnya, saya memang nak ke tandas masa tu dan tiba-tiba saya terlanggar dengan perempuan yang awak nampak haritu. Saya tak layan dia sebab she's very annoying, saya tahu dia cuba nak try saya. Mula-mula memang dia marah sebab saya tumpahkan air dia tapi bila dia angkat muka untuk pandang saya, dia terus tersenyum sambil cuba untuk pegang-pegang saya."

Aku hanya diam untuk menanti ceritanya.

"Lepastu bila dia nampak awak keluar daripada tandas, dia terus pura-pura marah saya balik." Sambungnya lagi.

"Saya adalah pandang sekilas muka dia haritu.. Tapi dia boleh tahan cantik jugak. Kenapa awak tak layan je dia haritu?" Tanyaku.

"Kalau saya layan dia haritu, tak dapatlah saya kenal dengan awak sekarang ni. Lagipun saya tak pernah berminat untuk berkawan dengan mana-mana perempuan kecuali awak, Athea." Jawabnya.

"Ada-ada ajelah awak ni." Ucapku. Aku sudah kehilangan kata-kata.

"By the way, lagi dua hari saya nak balik Kuala Lumpur dah. Awak balik bila?" Tanyaku.

"Oh, iya ke. Saya ada a few things lagi yang nak kena settlekan sebelum balik Kuala Lumpur. Saya balik dalam 4 atau 5 hari lagi kut. Nanti saya dah balik Kuala Lumpur, saya whatsApp awak lepastu kita keluar okey?"

"Awak tahu ke location rumah saya?"

"Saya tahu semuanya tentang awak, Athea."

"Mesti abah yang bagitahu kan?"

"Hehe.. Kantoi dah modal saya selama ni."

"Saya dah agak dah.."

Faiq hanya tersenyum manis kepadaku.

Kemudian pelayan menghampiri kami untuk menghantar pesanan yang telah kami pesan. Dia memandangku dan Faiq silih berganti sambil tersenyum.

"Awak kerja apa, Adzrin?" Tanyaku selepas pelayan itu pergi.

"Saya owner kepada V'Derns Cafe dan CEO di sebuah syarikat."

"C-CEO?" Tanyaku dengan reaksi terkejut.

"Yes."

"CEO di sebuah syarikat apa?"

"CEO di sebuah syarikat yang sedang mengusahakan resort dan saya sebenarnya owner kepada V'Dzrin Resort. Dah lama saya usahakan resort tu, Alhamdulillah masih bertahan sampai sekarang."

"V'Dzrin Resort?!" Tanyaku dengan reaksi yang terkejut.

"Iya, sayang.."

V'Dzrin Resort memang antara resort yang terkenal di Malaysia. Mereka terkenal kerana tema resort yang masih mengekalkan konsep dan suasana kampung.

Jika betul Faiq adalah owner kepada V'Derns Cafe dan V'Dzrin Resort, sungguh jauh perbezaan aku dan Faiq.

Dia seorang yang mandiri dan mampu untuk membangunkan sebuah syarikat. Aku? Aku ada apa?

"Adzrin.. Awak ada cafe dan resort. Saya tak ada apa-apa, jadi tentang apa yang awak cakap semalam t...."

"Sayang..." Dengan pantas Faiq memotong kata-kataku.

"Saya dah agak awak akan jawab macam ni bila saya bagitahu tentang pekerjaan saya. Tapi sayang, percayalah keperibadian awak dah tunjukkan segalanya tentang diri awak. Awak percayakan saya untuk jadi kawan awak. Awak terima saya jadi kekasih hati awak walaupun awak masih tak tahu saya kerja apa. Saya tahu awak bukan jenis perempuan yang pentingkan harta." Jelasnya.

"Tapi kita jauh beza, Faiq. Awak anak Dato' sedangkan saya hanya anak orang biasa."

"Sayang, please.. Saya tak suka awak panggil saya Faiq. Tolong panggil saya Adzrin macam yang awak selalu panggil...." Tuturnya lembut.

"Okay, look.. Kalau saya anak Dato' sekalipun, saya tak boleh nak berkawan dengan orang yang bukan anak Dato' ke? Kalau macam tu, kenapa kita dalam satu dunia yang sama? Kenapa kita tak diasingkan mengikut pangkat?"

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now