Bab 83

564 40 3
                                    

Setelah selesai membeli jam dan tali leher di kedai tadi, aku kini berdiri di hadapan sebuah butik pakaian, menunggu Faiq tiba.

Beg kertas yang berisi jam dan juga tali leher sudah aku simpan ke dalam beg tanganku. Mahu membuat kejutan untuk Faiq pada malam nanti.

Aku tidak menelefonnya kembali kerana sangkaanku, dia akan jumpa aku dalam hanya beberapa minit. Tapi sudah hampir 10 minit berlalu dan Faiq masih lagi tidak menjumpaiku.

Baru sahaja aku mahu mendail nombor Faiq, tiba-tiba seseorang menegurku.

"Hai."

Aku mengangkat wajah, "Ya?"

"Athea kan?" Tanya lelaki itu.

Aku tersentak apabila namaku disebut, "You siapa?"

"Seriously, you lupa I?"

Aku mengerutkan kening. Dah kenapa mamat ni? Dahlah tiba-tiba tegur aku, lepas tu sebut nama aku pula!

"I Ahmadlah!" Beritahu lelaki yang menggelar dirinya Ahmad itu.

Otakku masih memproses sebelum..

"Oh, Ahmad." Aku akhirnya ingat akan lelaki di hadapanku ini.

Ya. Reaksi aku memang tak gembira. Siapa aje yang nak gembira bila jumpa seseorang yang pernah disukai dulu kan?

"You sorang je ke?" Tanya Ahmad.

"Nope, I dengan..."

"Sayang." Faiq tiba-tiba muncul di sebelahku. Pinggangku dirangkul erat.

"I dengan husband I." Jawabku sekali lagi kerana dipotong oleh Faiq sebentar tadi.

"Oh, dengan husband you. Sorry, I tak tahu pula you datang dengan your husband."

"Tak kisahlah tahu ke tak tahu. Yang penting, kau tahu dia dah kahwin kan? Kalau dia tak datang dengan aku pun, kau nak buat apa? Ajak dia pergi makan?" Mata Faiq tajam menikam anak mata lelaki itu.

Aku hanya diam membisu tatkala melihat Faiq yang sememangnya lain dari biasa. Aku pun takut kalau macam ni!

Lain dari biasa? Biasa, maksudnya?

Ah sudah! Lupakan! Sekarang ada benda yang lagi penting daripada 'biasa' tu.

"Aku tak bermaksud macam tu pun. Maaflah aku ganggu korang berdua."

Baru sahaja Ahmad mahu membuka langkah, Faiq menjawab.

"Tadi aku tengok kau ni macam banyak betul benda nak borak dengan isteri aku. Apahal tiba-tiba nak gerak pula? Relakslah, cerita bertiga baru best. Aku pun nak dengar cerita kau juga. Eh, daripada tadi sembang-sembang, aku pun tak tahu nama kau kan? Apa nama kau?"

"Ahmad. Nama aku Ahmad."

"Ahmad?" Sebut Faiq kembali.

"Aku macam pern... Oh, Ahmad! Okey, sekarang aku dah ingat. Sayang, don't worry. Sayang tak perlu menyesal because I'm totally better than him. And you deserve me, not him." Ringkas saja kata-kata Faiq namun cukup pedas untuk didengar.

Aku lihat Ahmad, jelas terkejut riak wajahnya setelah mendengar kata-kata Faiq sebentar tadi. Tak kurang juga riak gentar yang semakin terlihat di wajahnya.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now