Bab 93

542 39 1
                                    

Beberapa hari telahpun berlalu. Kini, aku dan Faiq sudahpun masuk kerja seperti biasa. Banyak perkara yang perlu aku lakukan memandangkan sudah hampir 4 minggu aku bercuti.

"Selamat pengantin baru, Athea." Sapa Kak Hus daripada muka pintu.

Aku mengangkat wajah lalu tersenyum, "Thank you, Kak Hus. Masuklah.."

"Macam mana kehidupan selepas berkahwin?" Tanya Kak Hus setelah melabuhkan duduk pada kerusi di hadapanku.

"Alhamdulillah. Semuanya okey.."

"Athea ni, diam-diam terus aje berkahwin. Bertunang pun sekejap. Dan paling Kak Hus tak percaya, suami Athea adalah Encik Faiq pula tu!"

"Kak Hus, Athea dah pun kenal dia sebelum meeting dengan dia hari tu tau. Athea tak naklah Kak Hus ingat yang Athea ni tackle dia masa meeting hari tu."

"Eh, tak ada lah. Kak Hus tak fikir macam tu pun. Encik Faiq tu seorang yang tegas. Dia tak suka buang masa dengan benda-benda yang tak penting. Dia bekerjasama dengan Afra Holdings ni pun dah kira rezeki tau. Sebab dia tu tak mudah untuk letakkan kepercayaan pada syarikat-syarikat yang tak berpotensi. Bagi dia." Panjang lebar Kak Hus berkata.

"Ish, sampai macam tu eh, Kak Hus?"

Kak Hus hanya mengangguk.

"So, how's your honeymoon, Athea?" Tanya Encik Haz.

Aku diberitahu oleh Kak Hus untuk masuk ke bilik pejabat Encik Haz selepas lunch. Mungkin ada projek baru yang Encik Haz nak beritahu kut?

"Semuanya okey, Encik Haz. Ada apa Encik Haz panggil I ni? Nak cakap pasal cuti I ke? Maaflah Encik Haz sebab I bercuti panjang."

"No lah, Athea. I yang bagi you cuti 4 minggu, kan? I panggil you masuk ni just to say congrats to you. Congrats, Athea. You berjaya luluhkan hati seorang Faiq Adzrin."

Aku senyum, "Thank you, Encik Haz. I pun tak tahu macam mana I boleh kahwin dengan dia lepas dengar khabar angin pasal dia dari orang-orang di pejabat ni."

Aku ketawa halus.

"Faiq tu taklah seteruk yang diperkatakan. Dia cuma tegas dan tak mudah untuk didekati. Jadi, mungkin sebab itulah banyak rumors yang katakan dia tu sombong. Tapi, memang itulah hakikat dia." Encik Haz turut ketawa halus.

"I yang kenal dengan dia pun tak pernah lepak sekali. Berjumpa pun atas dasar kerja sahaja. Oh, anyway.. About meeting you dengan Faiq hari tu, you akan ada second meeting to attend tau. Dengan Faiq juga. Is it okay with you, Athea?" Sambung Encik Haz.

"Encik Haz percayakan I untuk handle meeting tu nanti?" Tanyaku.

"Yeah. I believe you're a professional."

Aku senyum lalu mengangguk, "Baiklah, kalau Encik Haz dah cakap macam tu. I akan handle meeting tu nanti. Tapi, Encik Haz tak nak turut serta ke?"

Dari reaksinya, aku tahu dia seperti mahu menolak. Namun, dengan pantas aku membalas.

"Encik Haz, I dengan Faiq nanti berjumpa atas dasar kerja. I tahu Encik Haz rasa macam mengganggu kami kan? Tapi, sebenarnya tak pun. Encik Haz turut serta sekali ya nanti?" Aku masih mencuba nasib.

Lama Encik Haz diam membisu sebelum memberikan kata putus.

"Okey. I akan join meeting tu nanti."

Aku senyum, "Baik! Kalau tak ada apa-apa, I keluar dululah ya, Encik Haz?"

Encik Haz hanya mengangguk.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now