Bab 51

740 33 2
                                    

"Saya tak suka awak paksa-paksa saya macam tadi." Ucapku mendatar.

Faiq tidak menjawab, dia masih fokus dengan telefon miliknya.

"Saya cakap dengan awak ni." Ucapku lagi.

Diam.

"Adzrin.. Kenapa awak tak nak bercakap dengan saya? Saya ada buat salah ke dengan awak? Bagilah tahu saya, please.."

Dia masih tidak menjawab sebaliknya hanya mengangkat tangan untuk membetulkan rambutnya.

"Faiq Adzrin, betul awak tak nak bercakap dengan saya ni? Awak tak menyesal eh?" Ucapku lagi.

Dia berdehem dan kemudiannya sambung fokus pada telefonnya kembali.

"Fine.." Aku kemudiannya memalingkan mukaku menghadap ke luar tingkap.

Kami akhirnya tiba di hadapan Butik Moda Edlyn.

Tanpa menunggu lama, aku terus membuka pintu kereta sendiri dan berjalan masuk ke dalam butik.

'Tak nak layan sangat kan. Okey!'

Aku duduk di sebuah meja yang disediakan di dalam butik itu. Dan tiba-tiba Ammara menghampiriku.

"Hai, Cik Athea.." Sapa Ammara.

Aku tersenyum, "Panggil Athea ajelah, Cik Ammara.. Kekok pula saya bila Cik Ammara panggil saya Cik..."

"Okey.. Then, awak pun kena panggil saya Ammara ajelah.." Jawab Ammara.

"Okey, Ammara." Ucapku sambil tersenyum.

Faiq masuk dan melabuhkan duduk disebelahku dan sengaja aku tidak menghiraukan dia.

"Sekejap ya, Athea? Saya pergi ambilkan baju awak."

"Okey, Ammara."

Aku melihat ke kiriku dan berpura-pura mahu melihat sekeliling. Dan aku pandang Faiq sekilas, dia sibuk bermain dengan telefon bimbitnya sambil kaki disilangkan.

Aku kembali menghadapkan mukaku ke hadapan.

Beberapa minit kemudian, Ammara datang ke arah kami semula.

"Athea.. Baju awak dah siap, jom saya bawa awak ke fitting room?" Ucap Ammara.

"Buat apa?" Tanyaku blur.

"Untuk try baju awaklah.. Jom?"

Aku pandang Faiq.

Akhirnya Faiq mengangkat muka dan memandangku sekilas lalu berpaling.

Aku kemudiannya bangun dan mengekori langkah Ammara untuk ke fitting room.

"Nah.. Awak pergi masuk, try dulu. Saya tunggu dekat sini." Ucap Ammara.

"Okey.." Teragak-agakku mengambil baju itu.

Aku kemudiannya masuk dan mencuba baju yang diberikan oleh Ammara sebentar tadi.

Setelah siap, aku membelek diriku di hadapan cermin.

His Sayang with White LoveWhere stories live. Discover now