1

5.9K 146 2
                                    

Amiya yang sedang ralit menonton televisyen, terus menoleh ke arah mama apabila mama memanggilnya.

"Miya dah umur 22 ta-"

"Tahun? Kahwin? Ye ye Miya tahu. Tetapi Miya belum bersedia lagi. Kawan-kawan Miya pun belum kahwin lagi." Amiya memotong percakapan mama. Amiya memang sudah masak dengan topik kahwin yang mahu dibual mama.

Dari haritu lagi mama menyuruh Amiya kahwin tetapi Amiya masih belum bersedia. Kalau dah bersedia pun, dengan siapa Amiya mahu berkahwin?  Haih..

"Mama bukan apa Miya. Tetapi mama takut tak sempat nak tengok Miya kahwin."

Kata-kata Mama membuatkan Amiya pantas menggelengkan kepalanya. Kening Amiya berkerut tanda tidak suka dengan apa yang ditutur mama.

"Mama jangan lah cakap macam tu. Entah-entah nanti Miya yang pergi dulu.." Seloroh Amiya sambil menjongket sebelah keningnya. Sengaja mahu menyakat Mama. Mama menjegilkan mata ke arah Amiya, Amiya hanya tersengih.

"Miya jangan lah cakap macam itu. Miya memang nak tinggalkan mama sendirian ke?" Lirih mama menyoal.

Amiya menggeleng lagi.

"Miya gurau aje, mama. Mama pun jangan lah cakap macam tadi. Miya pun akan rasa sedih."

Mama memandang Amiya dengan senyuman kecil. Hanya Amiya keluarganya sekarang selepas suaminya meninggal beberapa tahun yang lepas.

.

.

.

.

.

Di perpustakaan,

"Kau kahwin ajelah. Settle!" Ujar Lucas dengan reaksi mendatar. Amiya mengecilkan mata memandang Lucas. Senang-senang aje Lucas menyuruh Amiya kahwin. Kahwin itu bukannya hal yang boleh dibuat main! Kalau kahwin itu hal yang main-main, memang sudah lama Amiya berkahwin dengan kambing.

"Aku nikahkah kaun dengan Amiya Sarah dengan mas kahwin RM1.30 sen tunai."

"Mbeekkk..."

Amiya mengeluh. Memang parah betul kalau begitu.

"Aku tak jumpa lagi lah lelaki type ideal aku." Amiya berkata sambil melentokkan kepala di atas bahu Liwiya.

Liwiya yang sedang membaca novel, hanya membiarkan aje Amiya melentokkan kepala. Liwiya sahabat Amiya dari kecil, manakala Lucas dan Adam sahabat Amiya dari zaman sekolah menengah.

"Apa type ideal kau? Botak? Sikat tepi?" Adam mula meneka entah apa-apa. Amiya hanya menjeling tajam. Hello! Ingat taste aku macam tu ke?!

"Isk..Isk.."

Kepala Amiya yang melentok di bahu Liwiya, terus diangkat. Mereka bertiga memandang ke arah Liwiya yang sedang tersedu-sedu merenung novel yang dipegang.

"Haa, monyet ni dah kenapa?" Lucas menyoal.

Liwiya mula menangis sekuat-kuatnya. Sudah tidak kisah dengan muka comot dipenuhi air mata.

Lucas dan Adam berpandangan sesama sendiri dengan reaksi wajah bosan. Mereka sudah lali dengan perangai Liwiya yang akan menangis setiap kali membaca novel.

"Kau kalau tak baca buku, lepastu menangis, memang tak sah erk?" Amiya menyoal sambil menepuk-nepuk perlahan belakang badan Liwiya.

"Isk..Isk..tetapi novel ni, yang ni...lagi sedih!!" Liwiya meraung lagi dengan kuat. Liwiya sudah tidak kisah dengan keberadaannya sekarang ini. Asalkan dia dapat melepaskan tangisan.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now