8

1.8K 71 3
                                    

Tiga minggu sudah berlalu.

Dalam masa tiga minggu itu, Amiya hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Amiya masih tidak dapat menerima yang kawan-kawannya masih tidak dijumpai. Kata orang, mungkin mereka sudah meninggal dunia.

Dan dalam masa tiga minggu juga, Amiya menjauhkan diri dari Ivan. Setiap jam Ivan menelefon Amiya tetapi Amiya hanya abaikan.

Tiba-tiba hari ini, perasaan bersalah muncul dalam diri Amiya. Amiya tidak patut menghiraukan Ivan yang tidak bersalah itu. Amiya teringat janjinya bersama Ivan. Amiya berjanji tidak akan meninggalkan Ivan.

Amiya terasa ingin menangis. Menangis kerana sekarang dia terlampau rindukan Ivan.

Pasti manusia lain akan fikir Amiya gila kerana merindui lelaki yang baru kenal.

Amiya pantas turun dari katil dan memakai tudung sarung di kepalanya. Dia memandang jam di dinding yang menunjukkan sudah pukul 1 pagi.

Amiya keluar dari bilik dan terus menghampiri pintu utama. Selesai memakai selipar, Amiya terus berlari laju meninggalkan rumahnya.

Sekarang ini Amiya hanya mahu berjumpa Ivan!

Sesampai sahaja di hadapan rumah Ivan, jantung Amiya berdegup laju. Mungkin kerana sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke dalam rumah itu. Perasaan berdebar mula hadir seperti pertama kali Amiya masuk ke dalam rumah itu.

Amiya masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Amiya terus menaiki tangga dan menuju ke bilik yang pernah ditidurnya haritu.

Sesampai sahaja di dalam bilik, Amiya terus mengukir senyuman ke arah Ivan yang sedang bersandar di kepala katil dengan mata terpejam rapat.

Ivan mengenakan baju t-shirt berwarna hitam. Amiya lagi suka apabila Ivan berpakaian santai begitu.

Amiya menghampiri katil lalu Amiya melabuhkan punggung di sebelah Ivan.

Ivan terus membuka mata apabila terasa ruang di sebelahnya dihenyak.

Ivan terus menoleh memandang Amiya. Ivan tergamam. Mungkin kerana Ivan terkejut dengan kehadiran Amiya. Ivan memandang lama wajah Amiya.

"Hai." Amiya mengukir senyuman.

Ivan tidak membalas sapaan Amiya. Anak mata yang berwarna merah gelap itu hanya menatap lama wajah Amiya.

"Saya minta maaf sebab saya abaikan panggilan awak. Saya sedih..." Luah Amiya dengan nada serba salah.

"Tetapi kau dah janji tak akan tinggalkan aku." Ivan bersuara lirih. Anak matanya itu tidak lepas dari merenung Amiya.

"Ye saya tahu. Sebab tu saya nak minta maaf." Ujar Amiya dengan kepala menunduk ke bawah. Amiya bermain dengan jari-jarinya untuk hilangkan rasa berdebar. Mana tak berdebar? Lelaki kacak tenung macam nak terkam.

"Kenapa kau tak balik lagi?" Soalan Ivan itu membuatkan Amiya terpinga-pinga. Dia halau aku ke ni?

Amiya menggigit bibirnya sedikit. Terasa kecewa pula apabila Ivan seperti menghalaunya. Tetapi salah Amiya juga kerana tidak menepati janji. Pasti lah Ivan sedang merajuk sekarang ini.

"Awak jangan lah merajuk. Elele...muka hijau-hijau tu nak cendol?" Seloroh Amiya dengan sengihan. Ivan mengerutkan keningnya.

"Mana ada aku merajuk." Nafi Ivan dengan reaksi wajah dikawal macho. Amiya ketawa kecil.

Ivan membaringkan tubuhnya di atas katil lalu Ivan menutup rapat matanya. Malas mahu melayan Amiya. Karang tak fasal-fasal telinganya pula bertukar warna kemerahan.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now