17

1.3K 52 1
                                    

Amiya sedar dirinya sudah gila. Petang tadi, Amiya sudah sah menjadi isteri Ivan. Dan selepas sahaja makan malam bersama Ivan dan mama, mama memberitahu yang Tok kadi demam panas.

Amiya hanya tersengih. Pasti petang tadi tangan Tok kadi ketar-ketar sahaja menyalam tangan Ivan.

Pelik, tapi benar.

Selesai solat isya', Amiya duduk bersebelahan Ivan. Ivan memandang Amiya dengan renungan lama.

Amiya sudah tidak senang duduk. "Kenapa?" Amiya menyoal.

"Mesti seronok kalau kita ada anak."

Amiya sudah terkebil-kebil. Haih, hantu pun ada nafsu nak anak ke?

"Cuba awak straight to the point aje. Awak sebenarnya nak apa? Meh bagitahu saya. Mana tahu saya boleh bagi." Amiya mengedipkan matanya berkali-kali.

Ivan mengherotkan bibirnya.

"If I say, I want you..will you be mine?" Ivan menyoal dengan kening dijongket sebelah. Amiya mengangguk perlahan sebelum Amiya pula menyoal.

"Bukan ke saya memang dah jadi milik awak?"

Ivan masih merenung Amiya. Amiya masih terpinga-pinga sebelum Amiya baru teringat.

"Mesti seronok kalau kita ada anak."

Amiya menekup mulutnya. Gulp!

"Yes, sayang. I want you!"

Amiya terjerit kecil apabila Ivan menarik lengannya. Namun tiba-tiba kepala Amiya terhantuk di kepala katil.

BUK!

Membulat mata Ivan apabila bunyi hantukan itu kedengaran kuat. Amiya sudah memegang belakang kepalanya dengan mata dipejam rapat. Pedih!

"S-sayang! Abang tak sengaja! Meh sini abang tiup." Ivan memegang belakang kepala Amiya lalu Amiya pantas menepis tangan Ivan.

"Awak ingat kepala saya ni belon ke nak tiup?" Amiya mencebik geram. Sudah lah kepalanya sakit!

"Sayang, abang minta maaf! Abang tak tahu pula yang kepala sayang boleh terhantuk."

Amiya menjeling tajam. Pura pura merajuk lah hokhokhok.

Ivan mengerutkan kening apabila Amiya hanya diamkan diri.

"Sayang?"

Amiya masih diam dengan mata merenung cadar katil.

"Sayang....Nooooo....Jangan lah merajuk sayang.....abang betul-betul tak sengajaaaaa..." Ivan sudah merengek dengan tangannya menggoncang lengan Amiya.

"Bising lah awak ni. Saya tengah tahan sakit ni! Jangan sampai saya hantukkan kepala saya dekat kepala awak!" Amiya memandang Ivan dengan reaksi wajah sengaja dibuat garang.

"Okey, Okey. Abang minta maaf ye? Ni kita boleh teruskan tak?"

Amiya berkerut memandang Ivan. "Teruskan apa?"

Ivan sudah tersenyum penuh makna.

.

.

.

.

.

.

.

Selesai makan tengah hari, mama dan Amiya berpelukan. Harini Amiya akan berpindah ke rumah Ivan. Pagi tadi, Ivan kata rumahnya berada jauh sedikit dengan rumah yang sebelum ini.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum