37 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

641 30 4
                                    

Mereka terus sahaja masuk ke dalam rumah apabila melihat Viu rancak berborak dengan bangla yang berpenyakit tidak waras.

"Dengan Bangla pun boleh terpikat. Lain lah kalau setan tu terpikat dengan aku, Haaa aku ni ada lah juga rupa. Agaknya mata setan tu nampak wajah bangla macam Louis partridge lah kut."

Ken bersuara dengan tangan masih mendukung Aivsya, lalu Ken duduk di atas sofa. Yelah, takkan nak duduk bawah sofa pula kan? Tak ke bodow namanya. AWOKAWOKAWOK

Aivsya mencuit bahu Ken. Ken memandang Aivsya dengan kening dijongket sebelah.

"Uncle sedar tak yang Uncle ni pun setan?"

Ken menggulingkan anak matanya.

"Aivsya, dalam peti tu ada kinder bueno." Mama memberitahu kerana Aivsya sangat suka kan coklat Kinder Bueno. Tetapi Aivsya tidak boleh makan selalu kerana Amiya tidak izinkan.

"Nak! Nak! Aivsya dah lama tak makan Kinder bueno..." Aivsya terus turun dari duduk di atas peha Ken, lalu Aivsya menghampiri Amiya yang duduk disebelah Ivan.

"Mamaaa...." Aivsya meleret memanggil Amiya dengan sengihan.

Amiya tersenyum dan mengangguk. "Disebabkan Aivsya dah lama tak makan, Mama izinkan Aivsya makan harini."

Mata Aivsya sudah bersinar. "TERIMA KASIH MAMA!! SAYANG MAMA!" Aivsya bersuara kuat lalu terus memeluk tubuh Amiya.

Ivan turut tersenyum.

"Patutlah Aivsya suka. Coklat ni memang sedap rupanya!"

Mereka serentak menoleh ke arah Ken yang sedang makan Kinder Bueno sambil duduk bersila di atas sofa.

Mata Aivsya sudah membulat.

"UNCLE!!!! J-JANGAN KATA TU KINDER BUENO DALAM PETI NENEK!!!" Aivsya memekik dengan mata sudah berkaca.

Ken mengunyah coklat kinder bueno itu dengan wajah tidak bersalah.

"AAAAAAAGHHHH!!! BENCI UNCLE!! SETAN TAK RETI NAK AMAN!" Aivsya terus berlari menuju ke bilik tetamu dan menghempas pintu dengan kuat.

Jelas sekali Aivsya sedang merajuk.

"Awak ni kenapa?! Suka sangat buat orang marah!" Amiya memarahi Ken.

"Ye, Ye, aku nak pergi beli baru lah ni." Ken bangun dari duduk dan terus menuju ke pintu utama.

"Dasar Telor. Dia ingat muka dia macam justin bieber ke?" Viu menyoal sendirian sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

Ken hanya berkerut memandang Viu.

Ken terus keluar dari rumah dan menghampiri pagar.

Kedai runcit yang mahu dituju Ken, dekat sahaja dengan rumah Mama. Jadi tidak perlu menaiki kereta.

Ken memandang ke arah Bangla yang sedang duduk di atas basikal dan bangla itu turut memandang Ken.

"Lawa basikal." Ken memuji dengan bibir diherot.

"Abang manis mahu pergi kemana?" Bangla itu menyoal.

"Aku nak pergi kedai. Kenapa? Nak tumpangkan aku?"

Bangla itu mengangguk laju.

"Mari duduk belakang saya abang manis." Bangla itu menepuk-nepuk tempat duduk yang berada di belakangnya.

Ken hanya menurut. Lagipun rasa malas mahu jalan kaki.

"Peluk saya abang manis."

"Kau ingat sweet ke?"

"Nanti abang manis jatuh."

"Siapa yang jatuh? Kau ke aku?"

"Abang manislah."

"Haa dah tu? Yang kau kisah sangat kalau aku jatuh apahal? Kau suka aku ke?"

"Abang manis jangan sampai saya bawa abang manis ke rumah saya. Haa disana, kita boleh berasmara bersama-sama."

PAK!!

Bangla itu menggosok kepalanya yang baru dipukul Ken.

"Cepatlah hantar aku ke kedai!"

Bangla itu hanya mengangguk.

"Peluk saya kuat-kuat ye abang manis."

"Kalau aku takna-?"

GEDEBUK!

Baru sahaja bangla itu menganyuh, Ken sudah jatuh terlentang kebelakang.

"WOY! KAU SAJA NAK BUNUH AKU KAN!" Ken pantas bangun berdiri dan mencengkam kolar baju Bangla itu.

Bangla itu menggeleng laju.

"Tadi saya dah suruh abang manis peluk saya, tetapi abang manis tidak mahu peluk saya."

Ken terdiam. Ken mendengus kasar dan kembali duduk di belakang Bangla.

"Cepatlah!!"

"Pe-"

"Ye, Ye aku peluk! Kalau bau masam ni melekat dekat baju aku, memang aku lenyek kau kasi lumat!"

"Okey abang manis. Mari, kita menuju ke kedai!"

Bangla mula menganyuh basikal dengan laju. Sangat laju sampaikan punggung Ken hampir mahu terjatuh dari tempat duduk.

"WOYYY!!! KAU NI NAK MATI AWAL KE HAH?!!!"

"PELUK SAYA KETAT-KETAT ABANG MANIS!! KITA AKAN TURUN BUKIT!!"

Apabila sedang menuruni bukit, tayar basikal itu laju berpusing.

Punggung Ken sudah melorot hingga hampir terkena jalan tar. Tangan Ken masih memeluk erat perut Bangla.

"ABANG MANIS! JANGAN TARIK SAYA, ABANG MANIS! NANTI SAYA TERJATUH!"

"MASALAHNYA SEKARANG NI AKU YANG AKAN TERJATUH!! NI MACAM MANA AKU NA-NA-NA-NA-NA-"

Terbantut Ken mahu meneruskan percakapannya apabila batu-batu kecil di jalan menyebabkan basikal itu terenjut-enjut.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now