40 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

697 33 0
                                    

Amiya keluar dari tandas selepas mencuci muka.

"Aaagh!"

Amiya terus menjerit apabila secara tiba-tiba tubuhnya dicempung oleh Ivan.

"Ish abang ni! Terkejut saya!" Amiya menumbuk dada bidang Ivan dengan kuat tetapi Ivan hanya mempamerkan riak biasa.

Ivan membaringkan tubuh Amiya di atas katil.

Ivan duduk bersandar di kepala katil lalu mengusap lembut rambut Amiya.

Amiya mendongak memandang Ivan. Amiya juga turut duduk bersandar di kepala katil.

"Kenapa abang macam lain harini?" Amiya menyoal.

Ivan memandang Amiya dengan wajah berkerut.

"Lain, maksudnya?" Ivan menyoal.

Amiya mengeluh perlahan.

"Entahlah. Rasa macam..lain. Miya tak tahu macam mana nak explain."

Ivan tersenyum dan memeluk erat bahu Amiya.

"Abang.."

"Ye sayang.."

"Abang akan selama-lamanya ada dengan Miya kan?" Amiya menyoal dengan senyuman berharap.

Ivan hanya merenung Amiya dengan pandangan redup. Senyuman Amiya pula perlahan-lahan mati.

"Kenapa sayang tanya soalan macam tu?" Ivan menyoal.

Amiya memandang ke arah lain beberapa saat lalu Amiya memandang kembali ke wajah Ivan.

"Entah lah..sejak dalam kereta tadi, Miya rasa macam tak sedap hati aje."

Ivan mengedipkan matanya perlahan lalu Ivan mengelus lembut pipi Amiya.

"Kenapa ni, sayang? Sayang jangan buat abang risau.."

Amiya menggelengkan kepalanya dengan mata sudah berkaca. "Sepatutnya abang tu yang jangan buat Miya risau. Boleh tak abang bagitahu jawapan sekarang. Abang akan selamanya-lamanya ada dengan Miya kan? And..anak kita?"

Ivan mengangguk. "Ye, abang akan selama-lamanya ada dengan sayang dan anak kita."

Jawapan Ivan tidak dapat melegakan hati Amiya. Tetapi Amiya hanya mengangguk.

"Jom. Kita tidur ye sayang." Ivan dan Amiya baring di atas katil. Mereka berdua baring dengan badan mengiring memandang satu sama lain.

"Abang. Janji dengan Miya. Bila Miya bangun tidur, Miya nak abang ada sebelah Miya."

Ivan tersenyum dan mengangguk. Ivan menarik pinggang ramping Amiya dan menyebabkan tubuh Amiya semakin rapat dengan tubuh Ivan. Amiya memeluk Ivan dengan mata tertutup.

Semoga lelap sayang malam ni menjadi lena yang paling tenang supaya bangunmu di esok hari dengan semangat yang paling utuh.

.
.
.
.
.

Amiya membuka perlahan matanya. Amiya bangun dari pembaringan dan Amiya menoleh memandang ruang yang kosong disebelah.

Jantung Amiya sudah mula berdetak laju apabila Ivan tiada disebelahnya.

"Sayang."

Amiya pantas menoleh ke arah pintu bilik. Amiya melepaskan nafas lega.

"Abang pergi mana?" Amiya menyoal.

Ivan tidak menjawab. Ivan menghampiri Amiya lalu Ivan duduk disebelah Amiya. Ivan mengusap lembut pipi Amiya.

"Bangun lah sayang. Bangun dari mimpi ni."

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now