11

1.6K 63 1
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam tetapi Amiya masih tidak dapat melelapkan mata. Amiya teringat akan kawan-kawannya yang sudah meninggal dunia. Amiya rindu mahu bergelak tawa bersama mereka.

Amiya teringat novel yang dibaca Liwiya. Betul lah kata Liwiya, Amiya sekarang sudah jatuh cinta dengan hantu iaitu Ivan.

Perasaan cintanya terhadap Ivan memang tidak boleh dihapuskan. Walaupun Ivan itu berbeza...Amiya tetap cintakan Ivan.

Amiya mengatup matanya. Amiya sedaya upaya mencuba untuk melelapkan diri. Amiya harap, besok adalah hari yang lebih baik dari hari ini.

Keesokan hari, selesai sahaja Amiya membersihkan diri dan siap berpakaian, Amiya keluar dari bilik. Amiya menuju ke halaman rumah untuk melihat tikus yang ditangkapnya semalam. Senyuman lebar tidak lengkang di bibir Amiya.

Sampai sahaja di halaman rumah, Amiya melihat ke arah sangkar tikus itu. Senyuman Amiya terus mati apabila tikus itu masih berada di dalam sangkar. Amiya fikir, tikus itu pasti akan hilang kerana mungkin Ivan sudah makan. Tetapi malangnya, tikus itu masih berada elok di dalam sangkar.

Amiya masuk kembali ke dalam rumah dengan perasaan kecewa. Amiya melabuhkan punggung di atas sofa lalu menghela nafas berat.

Mama yang baru sahaja keluar dari bilik, terus menghampiri Amiya yang duduk termenung di atas sofa.

Apabila Mama mahu melabuhkan punggung di sebelah Amiya, Mama baru teringat yang di sebelah Amiya ada Ivan. Mama terus melabuhkan punggung di atas sofa berlainan.

"Miya, mama nak tanya ni. Miya nak buat apa ye dengan tikus dekat luar tu?"

Amiya memandang ke arah mama dengan keluhan hampa.

"Miya nak bagi Ivan makan."

Mama menelan air liur mendengar jawapan yang keluar dari mulut Amiya. Betul ke ni anak aku?

"Miya, hari ini Makcik Merry nak datang. Dia bermalam juga di sini." Berita yang diberitahu mama itu membuatkan mata Amiya bersinar.

"Betul ke, ma? Aini pun ikut ke mama?" Soal Amiya ingin tahu. Mama mengangguk dengan senyuman.

Makcik Merry itu ialah adik Mama. Makcik Merry ada tiga orang anak. Eddy yang sulung berumur 25 tahun. Aini pula sebaya dengannya, 22 tahun. Dan yang bongsu bernama Eiman yang berumur 19 tahun. Manakala suami Makcik Merry pula sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Petang sudah pun menjelma, Makcik Merry dan anak-anaknya sudah tiba di rumah Amiya. Mama dan Amiya berdiri di hadapan pintu menyambut kedatangan keluarga Makcik Merry. Mereka bersalaman dan berbalas senyuman.

"Lama aku tak jumpa kau, kau apa khahar? Sihat?" Soal mama dengan ramah.

"Alhamdulillah, sihat. Eh, bila kau nak sambung cerita dekat aku fasal anak kau tu?" Makcik Merry berbisik kepada mama supaya perbualan mereka tidak dapat didengar Amiya.

"Kita ke dapur lah. Miya, kamu borak-borak lah dulu dengan Aini. Kamu dah lama kan tak jumpa Aini. Mesti banyak topik yang kamu berdua mahu bualkan." Ujar mama kepada Amiya. Amiya menganggukkan kepala sebelum dia menarik lengan Aini menuju ke sofa ruang tamu.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now