7

2K 74 5
                                    


           Tiga hari sudah berlalu, mereka  hanya menunggu berita dari pihak polis tentang kehilangan Liwiya.

Di dalam bilik Amiya, kedengaran esakan yang keluar dari mulut Amiya. Amiya mengesat air matanya sebelum dia kembali memandang gambarnya bersama Liwiya yang sedang tersenyum lebar.

Perasaan rindu terhadap kawan baiknya itu membuatkan Amiya tiada semangat. Sudah lama Amiya dan Liwiya berkawan baik. Memang tipu lah kalau Amiya langsung tidak rasa sedih dengan kehilangan Liwiya.

Amiya meletakkan telefonnya di sisi. Amiya termenung jauh ke hadapan. Amiya juga rindukan kepada seseorang yang sudah tiga hari tidak bertemu.

Amiya pelik mengapa perasaan rindu itu perlu ada padahal lelaki itu bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

Amiya terus mengambil keputusan untuk pergi ke rumah lelaki itu.

Sesampai sahaja di hadapan rumah Ivan, Amiya masuk ke dalam rumah. Ivan macam biasa tidak akan mengunci pintu.

Amiya berjalan menaiki tangga. Sebaik sahaja Amiya terdengar bunyi piano dimainkan, Amiya tersenyum dan Amiya terus menuju ke bilik piano.

Ivan mengangkat kepalanya apabila mendengar pintu bilik itu diketuk. Ivan menatap wajah Amiya. Rindu.

Amiya mengukir senyuman manis. "Awak okey? Dah tiga hari saya tak jumpa awak. Awak pun dah lama tak telefon saya."

Ivan bangkit dari kerusi bangku itu. Ivan menghampiri Amiya. Apabila Ivan sudah berada di hadapan Amiya, Ivan menarik perlahan lengan kanan Amiya. Ivan menolak perlahan bahu Amiya Amiya dan menyebabkan badan Amiya terhempap di dinding.

Amiya sudah tidak keruan apabila wajah Ivan sangat dekat dengan wajanya.

"Kau tak takut dengan aku?" Soal Ivan dengan nada lembut.

Amiya berkerut tidak faham. Ivan mengukir senyuman senget lalu Ivan menjauhkan tubuhnya dari Amiya.

Ivan menuju kembali ke arah piano lalu Ivan melabuhkan punggung di atas bangku berhadapan piano itu.

Amiya pula hanya statik berdiri tegak di tepi dinding.

"Kau tak takut dengan aku?" Ivan menyoal lagi dengan soalan sama. Amiya tidak teragak-agak untuk menggelengkan kepala.

"Buat apa saya nak takut dengan awak?"

Mula-mula itu memanglah Amiya rasa takut tetapi entah mengapa, Amiya sudah tidak rasa takut apabila dia kerap datang ke rumah itu seorang diri. Malah, Amiya berasa suka berada dekat dengan Ivan.

"Kau tak akan menyesal kalau duduk dengan aku buat selama-lamanya?" Soalan Ivan membuatkan Amiya terpinga-pinga.

"Apa maksud awak? Kenapa saya kena menyesal?" Amiya menyoal tidak mengerti.

Ivan menatap wajah Amiya lalu bibirnya mengukir senyuman manis.

Senyuman manis.

Amiya terkedu melihat senyuman itu. Ini kali pertama Amiya melihat Ivan tersenyum ikhlas.

"Kau janji ye. Jangan tinggalkan aku." Lirih Ivan dengan pandangan redup.

Amiya menganggukkan kepala dengan laju.

"Amiya?! Kau buat apa dekat sini?"

Amiya dan Ivan pantas menoleh ke arah Adam dan Lucas yang berada di ambang pintu bilik. Amiya terkejut dengan kehadiran dua sahabatnya yang datang secara tiba-tiba.

"Jadi ini lah kerja kau?" Lucas menyoal Amiya dengan senyuman sinis.

Amiya berkerut tidak faham. "Kerja apa?"

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now