3

2.4K 102 3
                                    

"Aku minta maaf, Miya! Kalau tak disebabkan aku, kau tak akan kena culik!" Liwiya memegang lengan Amiya lalu menggoncangkan berkali-kali.

Kini, mereka berempat sedang berada di dalam rumah Amiya. Nasib mama sudah keluar awal pagi untuk pergi ke pasar. Jadi memang mudah untuk mereka berbual fasal kejadian semalam.

"Aku okey aje lah. Lagi pun penculik tu dia tak buat apa-apa pun dekat aku." Ujar Amiya dengan senyuman. Tiba-tiba dia teringat pula dekat lelaki misteri itu. Perasaan angau mula hadir di dalam diri.

"Jadi, rumah yang viral tu, rumah dia?" Lucas menyoal. Amiya mengangguk.

"Dia pun pelik kenapa rumah dia boleh viral." Kata Amiya lagi.

"Rumah dia tu sunyi sangat. Dah lah dekat dalam hutan. Memang orang lain akan fikir itu rumah berhantu lah." Liwiya bersuara bersungguh.

"Apa kata kalau malam ni kita pergi rumah tu lagi?" Cadangan Adam itu membuatkan Amiya mengerutkan kening.

"Kau gila ke? Itu rumah orang lah. Lagipun dia tu kaya tau, haa jadi bila-bila masa aje dia boleh hantar kita ke balai." Amiya menggelengkan kepalanya. Ada ke patut pergi rumah orang sesuka hati aje.

"Tetapi lelaki yang kau cerita tu macam misteri aje. Kau kata muka dia tak nampak sebab dia tutup dengan hoodie?" Liwiya menyoal Amiya.

Amiya mengangguk.

"Memang lelaki itu misteri. Jadi, kita kena siasat!." Lucas bersuara bersemangat.

"Betul! Aku setuju!" Liwiya bangun dari duduknya dengan sebelah tangannya di angkat ke udara.

"Entah-entah dia macam dalam novel yang aku baca tu." Sambung Liwiya lagi.

Amiya pantas menggeleng kepala.

"Hantu? Tak mungkin lah."

Tak akan lah dia bercakap dengan hantu malam tadi? Haih meremang jadinya.

"Jadi malam ni kita kena siasat!" Adam juga bersuara semangat.

.

.

.

.

.

Mereka berempat hadir lagi di hadapan rumah viral itu. Mereka masih tidak serik dengan apa yang berlaku semalam.

"Dia memang suka dekat tempat sunyi ke? Habistu macam mana dia kerja?" Adam menyoal dengan kening dijongket sebelah.

"Itu lah tu. Aku tengok lelaki itu pun macam dingin dan dia jenis tak banyak cakap." Amiya bersuara dengan mata masih memerhati rumah itu. Apa perasaan lelaki itu kalau kitorang datang lagi ke rumah dia? Pasti dia berasa tidak selesa.

"Jom lah kita masuk." Ajak Lucas.

"Kalau kita terkurung lagi macam mana?" Amiya menyoal dengan alasan begitu. Padahal semalam Adam memulas tombol pintu di arah yang salah.

Sebenarnya Amiya tidak rasa cara mereka masuk ke rumah orang dengan sesuka hati itu adalah cara baik.

"Alah, Jangan risau. Dekat dalam rumah tu kan ada dia. Jadi, kita minta tolong dia aje lah buka kan." Liwiya bersuara untuk menyedapkan hati Amiya. Di tangan Liwiya, Liwiya memegang sebekas yang berisi nasi goreng. Tak akan lah nak datang rumah orang dengan tangan kosong?

Amiya hanya mengangguk perlahan.

Mereka berempat masuk ke dalam rumah itu. Suasana di ruang tamu itu masih sama macam semalam. Dalam rumah itu gelap hanya dihiasi cahaya bulan. Aircond pula hanya dibiarkan terpasang di ruang tamu dan menyebabkan mereka berasa seram sejuk.

"Mana lelaki yang kau cakap kan tu?" Adam menyoal Amiya.

"Semalam aku jumpa dia dekat tingkat atas." Ujar Amiya sambil menghalakan jari ke arah tangga.

"Jom lah kita pergi tingkat atas." Liwiya terlebih dahulu menaiki tangga diikuti Lucas, Adam dan Amiya dari belakang.

Sampai sahaja di tingkat atas.

TING! TING! TING!

"Hah, Bunyi ini lah yang aku dengar." Amiya bersuara teruja.

Liwiya sudah ternganga kerana musik itu dimainkan dengan alunan yang sangat merdu. Pasti lelaki itu memang berbakat bermain alat musik piano.

Mereka berempat berjalan menghampiri bilik yang pintu terbuka luas itu. Sampai sahaja di dalam bilik itu, mereka berempat menghentikan langkah di hadapan lelaki yang sedang bermain piano dengan tangannya sungguh lincah menekan key piano.

Entah mengapa, hari ini jantung Amiya bagaikan berdegup laju apabila melihat lelaki itu bermain piano. Ya tuhan, macam mana agaknya wajah lelaki itu?

Lelaki itu terus menghentikan tangannya dari menekan key piano. Lelaki itu mengangkat kepalanya. Anak matanya tajam memandang ke arah empat manusia yang berdiri di hadapan.

"Buat apa dekat sini?" Lelaki itu menyoal dingin.

Mereka berpandangan dengan air liur ditelan. Takut pula dengan soalan dingin lelaki itu.

"Err, kami ingat nak melawat kau. Iyelah, sebab..sebab kau kan duduk sorang." Lucas memberi alasan sambil tersengih. Dia menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Kami ada bawa kan nasi goreng, nah makan lah." Liwiya menghulurkan sebekas nasi goreng itu ke hadapan.

"Korang tak kenal aku, lepastu tiba-tiba aje nak melawat aku. Ke korang ni nak ambil kesempatan? Sebab apa? Sebab aku misteri?" Lelaki itu bersuara dengan nada masih dingin.

"Err, kau..kau memang duduk sorang aje ke dekat sini? Kenapa kau tak buka lampu? Takde elektrik erk?" Adam menyoal. Erk, Takde elektrik apanya kalau aircond terpasang.

"Suka hati aku lah." Balas lelaki itu mendatar.

"Awak, jom lah kita makan nasi goreng ni sama-sama." Amiya pula bersuara. Agaknya lelaki ini makan apa aje? Macam mana lelaki ini beli makanan di kedai dengan wajah yang ditutup hoodie itu? Orang tak pandang pelik ke?

"Aku tak lapar." Balas lelaki itu. Disebalik hoodie yang dipakai, anak mata lelaki itu tidak lepas dari menatap wajah cantik Amiya.

"Kalau macam tu, kitorang letak nasi goreng atas meja. Nanti awak makan tau." Kata Liwiya.

Mereka bertiga keluar dari bilik itu manakala Amiya masih tercegat di dalam bilik itu.

Amiya masih berdiri statik di situ. Anak matanya menatap lama ke arah lelaki itu. Perlahan-lahan Amiya mengukir senyuman sebelum Amiya turut keluar dari bilik.

Beberapa minit sudah kemudian, lelaki itu keluar dari bilik lalu dia menuju ke dapur. Dia memandang ke arah bekas yang berisi nasi goreng yang berada di atas meja. Lelaki itu terus mengambil bekas itu lalu membuang bekas itu ke dalam tong sampah.

"Gila apa bagi nasi goreng dekat aku." Dia bersuara sinis.

Lelaki itu menuju ke arah kabinet yang berada di tepi peti ais. Di atas kabinet itu, kelihatan satu sangkar tikus yang separa besar saiznya. Di dalam sangkar itu ada dua ekor tikus yang besar.

Anak mata lelaki itu memandang tajam ke arah dua ekor tikus berwarna kelabu itu. Senyuman senget terukir di bibirnya.

"I met someone, i fall in love."

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now