2

2.8K 111 4
                                    

               "Dia silap nombor kut." Lucas berkata untuk menyedapkan hati Amiya. Amiya menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan kata-kata Lucas.

"Dia telefon aku dua kali. Tak mungkin lah dia silap nombor." Ujar Amiya.

Liwiya memandang Amiya dengan mata mengecil. "Entah-entah dia...hantu..." Liwiya bersuara meleret dengan gaya tangannya beralun-alun.

Amiya mengangguk setuju dengan kata-kata Liwiya. Adam dan Lucas berpandangan sebelum mereka memandang Amiya.

"Malam tadi aku ada fikir juga pasal tu. Dia telefon aku malam-malam buta!"

"Habislah kau. Malam ni hantu tu kacau kau...AHAHAHAH!" Liwiya galak menyakat Amiya. Tahu sangat dengan ketakutan Amiya terhadap hantu.

Amiya mengecilkan matanya memandang Liwiya. Amiya memandang pula ke arah Adam yang dari tadi tidak bersuara.

"Ke kau!" Amiya menunding jari ke arah Adam.

Adam terkebil-kebil. "Aku?" Adam menunding jari ke arah dirinya sendiri.

"Kau kan yang kacau aku? Kau saja nak takutkan aku kan?" Amiya menyoal lagi dengan mata dijegil.

"Daripada aku kacau kau, lebih baik aku kacau si kuat berangan tu." Adam menjuih bibir.

"Apasal aku pula?" Liwiya pula menyoal apabila dia dapat mengagak yang Adam sedang tuju ayat itu kepadanya.

"Kau kan teringin nak jumpa hantu handsome." Perli Adam dengan anak mata diguling.

Liwiya tersengih. Setuju dengan kata-kata Adam.

"Dalam buku tu, memang best. Cuma sedih lah sebab nanti hantu tu akan tinggalkan kita."

Amiya berkerut tidak faham mengapa Liwiya tergilakan hantu. Hantu pun ada yang handsome ke?

"Daripada kau suka dekat jin, lebih baik kau suka dekat orang real ni ha.." Amiya bersuara.

"Hek eleh. Entah-entah nanti kau yang kahwin dengan hantu." Liwiya membidas.

Amiya hanya menggelengkan kepalanya. Memang perkara gila kalau dia berkahwin dengan hantu.

Erk. Ada ke orang kahwin dengan hantu?

.

.

.

.

.

              Di malam yang sunyi, mereka berempat berdiri di hadapan rumah banglo yang luarnya kelihatan usang. Seperti tidak berpenghuni sahaja rumah banglo itu.

Lucas menelan air liurnya. "Kau series ke ni, Wiya?" Lucas menyoal Liwiya dengan wajah pucat.

"Aku rasa ada benda yang tak kena dengan rumah ni." Liwiya bersuara dengan mata masih memerhati rumah usang di hadapan mata.

"Aku dengar cerita, manusia tak pernah lagi masuk." Adam bersuara tenang. Padahal di dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu. Tak akan lah aku nak jujur yang aku sedang takut? Nanti tak macho lah. Aku kena lah acah macho. Mana lah tahu hantu dekan dalam rumah tu ada adik perempuan. Hehe.

"Betul. Sebab diorang kata dari luar pun dah nampak menyeramkan." Ujar Liwiya. Liwiya yang melihat luaran rumah itu pun bulu romanya sudah meremang. Tetapi Liwiya hanya tepiskan aje perasaan takut itu.

"Err, Jadi kita pun tak payah masuk lah kan?" Amiya bersuara.

"Of course lah kita akan masuk." Liwiya bersuara teruja.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now