5

2.2K 96 1
                                    

Sebaik sahaja Amiya menghabiskan ceritanya fasal malam tadi, kawan-kawan Amiya sudah melopong kerana terkejut.

"Kau tidur sebilik dengan lelaki tu?! Weh kau sedar tak apa yang kau buat ni?" Liwiya bersuara dengan nada kuat. Sungguh Liwiya terkejut.

"Iye aku sedar. Aku pun tak tahu lah kenapa aku percaya yang dia tak akan buat perkara bukan-bukan dekat aku. Tetapi memang dia tak buat benda bukan-bukan pun." Ujar Amiya sambil menundukkan kepala bermain jari-jarinya.

"Handsome sangat ke muka dia?" Adam menyoal. Amiya pantas mengangguk laju.

"Lebih kacak dari aku?" Lucas pula menyoal.

"Lebih kacak dari korang berdua!"

Lucas dan Adam mempamerkan reaksi menyampah.

"Jom kita pergi rumah dia sekarang." Bersungguh Liwiya mengajak dengan perasaan tidak sabar mahu melihat wajah Ivan.

"Itu rumah orang lah. Kau gila ke nak pergi rumah dia banyak kali?" Adam menghela nafas kecil.

"Aku tahu lah. Tetapi dia kan dah kenal kita. Lagipun kita berempat aje yang tahu rahsia dia." Ujar Liwiya.

"Dia tu tak ada keluarga ke?" Lucas menyoal.

"Sekarang juga kita kena pergi rumah dia, dan tanya." Liwiya terlebih dahulu berjalan meninggalkan mereka bertiga yang sudah terpinga-pinga.

"Apasal kau tak kata yang muka mamat tu cacat sebelah? Kalau tak mesti minah tu dah tak nak pergi." Bisik Adam kepada Amiya. Amiya mengangkat bahunya sebelum Amiya mengejar langkah Liwiya.

Lucas menepuk-nepuk bahu Adam.

"Entah-entah mamat tu ada sihir." Ujar Adam dengan nada sinis.

"Woy, kau agak-agak lah nak menuduh macam tu. Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh." Kata Lucas. Adam menggulingkan anak mata.

.

.

.

.

.

.

.

.

Mereka masuk ke dalam rumah Ivan. Apabila mereka melihat Ivan keluar dari ruang dapur tanpa menutup kepala dengan hoodie, mulut Liwiya terus ternganga luas. Ini manusia ke bidadara?

"Buat apa datang rumah aku?" Ivan menyoal dengan kening berkerut. Memang rumah aku ni ada nampak macam homestay ke?

"Err, kami saja nak lepak." Liwiya berkata dengan sengihan.

"Bro, aku nak pergi dapur kejap. Nak minum air." Lucas terus menuju ke dapur tanpa diizin Ivan. Ivan hanya memandang Lucas dengan jelingan tajam.

Amiya, Liwiya dan Adam melabuhkan di atas sofa. Cahaya matahari dari luar membuatkan rumah ini nampak terang. Tidak gelap seperti sebelum ini.

"Awak ni takde keluarga ke? Kitorang bukan apa, cuma awak kan duduk seorang, lepastu rumah ni pula sunyi, kalau jadi apa-apa macam mana?" Liwiya menyoal.

Ivan tidak sempat menjawab pertanyaan Liwiya kerana Lucas keluar dari ruang dapur dengan soalan.

"Kau suka tikus ke?"

Liwiya dan Adam sudah mengerutkan kening. Tikus?!

Sesungguhnya mereka benci tikus.

"Korang suka tikus?" Ivan menyoal pula mereka.

"Err, awak tak geli ke dengan tikus?" Liwiya rasa was-was mahu menyoal.

Ivan hanya diam memandang keempat-empat manusia itu. Anak matanya seperti tajam merenung mereka.

"Err korang. Jom lah kita balik. Aku rasa penat lah pula." Amiya memberi alasan mahu keluar dari rumah itu. Tiba-tiba pula suasana terasa dingin.

"Okey jom." Adam manusia paling bersemangat mahu keluar dari rumah itu.

"Nanti kami datang lagi ye." Liwiya mengukir senyuman lalu mereka berempat keluar dari rumah itu.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sesampai sahaja di dalam rumah, Amiya bertembung dengan mama di ruang tamu.

"Kamu ke mana Miya?" Mama menyoal.

"Err, Miya pergi rumah Wiya. Nak tengok koleksi novel dia." Amiya tersengih. Amiya rasa serba salah pula kerana menipu mamanya.

"Ouh okey. Makanan tengah hari mama dah sediakan atas meja. Jom kita makan sama-sama." Ajak mama. Amiya menganggukkan kepala lalu mereka menuju ke dapur untuk menikmati makanan tengah hari.

Sambil makan, Amiya terfikir fasal tikus yang berada di rumah Ivan.

Sebenarnya Amiya anti dengan tikus. Kalau nampak tikus aje, Amiya akan rasa mahu bunuh tikus itu kerana kes haritu. Di mana ada seekor tikus masuk ke dalam baju Amiya sewaktu dia sedang bermain sorok-sorok dengan kawan-kawannya.

Gile! Meremang bulu ketiak bila diingat kembali.

Malam semalam pun, Amiya ada niat mahu membunuh tikus itu. Tetapi niatnya terbantut apabila Ivan muncul.

Jadi hari ini Amiya mahu membunuh tikus itu.

Selesai makan, Amiya meminta izin mahu keluar berjumpa Liwiya padahal dia mahu pergi ke rumah Ivan. Mama sudah pelik dengan Amiya yang kerap keluar rumah pada hari ini.

Sesampai sahaja di rumah Ivan, Amiya masuk ke dalam rumah dan melilau sekeliling. Nampaknya Ivan seperti tiada di rumah.

Amiya masuk ke dalam ruang dapur lalu Amiya menghampiri sangkar tikus yang berada di atas meja. Amiya mengeluarkan racun tikus dari dalam poket seluarnya. Amiya meletakkan racun tikus itu di dalam sangkar itu.

Tanpa Amiya sedar, Ivan sedang memerhatikan Amiya dari belakang. Ivan terus berlalu keluar dari dapur apabila Amiya seperti sudah selesai membuat kerjanya.

Ivan menuju ke bilik piano dengan senyuman senget terukir di bibir.

"Kau bunuh haiwan aku, aku bunuh kawan kau. Aku tak akan bunuh kau, sebab kau milik aku." Ivan berkata dengan nada penuh sinis sebelum dia mula menekan key piano itu. Ivan memainkan lagu Animals by Maroon 5.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now