32 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

720 30 0
                                    

Mama menuruni tangga menghampiri dapur. Di malam pertama mama di rumah Ivan dan Amiya, Mama mahu memasak.

Mama membuka peti ais.

"Mama buat apa tu?" Viu datang ke dapur lalu berdiri di sebelah Mama.

"Mama nak masak makanan malam. Viu pandai masak?" Mama menyoal sambil mengeluarkan bahan-bahan dari peti.

Viu mengangguk laju. "Semestinyalah pandai! Viu pandai goreng ikan!" Viu berkata dengan yakin.

Mama tersenyum. "Boleh dah tu. Nanti cuba lah masak makanan lain pula."

"Boleh ke kalau Mama yang ajar Viu memasak?" Viu meminta izin. Viu sudah nekad mahu masak makanan yang sangat lazat sampaikan mereka mahu menambah!

Viu sudah terbayang-bayang wajah mereka yang gembira kerana masakannya sedap.

"Eh mestilah boleh! Okey jom. Kita masak tomyam." Mama meletakkan bahan-bahan di atas meja.

"Dulu Viu pernah makan Tomyam, tetapi tak sedap." Viu cerita pengalamannya makan Tomyam yang dimasak oleh dirinya sendiri.

"Harini, pasti sedap Tomyam yang kita akan buat!" Mama meyakinkan Viu. Viu mengangguk dengan senyuman lebar.

"Okey, Viu potong ayam ni kecil-kecil, Mama nak masukkan air dalam periuk."

Viu mengangguk lalu mula memotong ayam seperti yang diminta Mama.

Apabila mama sudah memasukkan air ke dalam periuk, Mama menghampiri Viu yang sedang memotong Ayam.

Terbuntang mata Mama melihat ayam itu seperti pasir di tanah. Sangat kecil! Ini macam mana nak makan?

"Eh, Kecil sangat tu. Macam mana nak kenyang kalau kecil macam tu." Mama mengambil pisau di tangan Viu lalu mama menunjuk contoh memotong ayam.

Viu terangguk-angguk.

"Haaa kamu hiris bawang pula." Mama meletakkan sebiji bawang besar di atas meja berhadapan Viu.

Viu menelan air liurnya. "Errr, tak sad ending ke Mama?" Viu menyoal dengan perasaan berdebar. Berdebar mahu menghiris bawang besar ini.

"Sad ending apanya. Happy ending lah sebab nanti kita juga yang rasa puas sebab masakan kita sedap."

Viu terangguk-angguk lagi.

"Haa cepat hiris bawang tu. Mama nak masukkan ayam dekat dalam air tadi. Rasanya dah mendidih tu."

Viu mengangguk lagi sambil tangan terketar-ketar menghiris bawang.

Tiba-tiba hujung matanya terasa gatal. Viu menggaru hujung matanya dengan tangan yang memegang bawang tadi.

"Adududududududuhhhhhh! Pedih!!! AAAAAAAGHH! PEDIH!!!!!" Viu menjauh dari meja makan itu lalu tangan Viu terketar-ketar memegang bawah mata.

"Yaallah, Viu! Mama selalu hiris bawang, takdelah pula pedih macam kamu ni." Mama menghampiri Viu.

"Mari, kita basahkan dengan air."

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now