26 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

836 43 0
                                    

Viu masuk ke dalam bilik Ivan dan Amiya tanpa mengetuk pintu, apabila Viu ternampak adegan yang tidak patut makhluk single sepertinya melihat, Viu terus memejamkan mata.

"Viu!! Kenapa masuk tak ketuk pintu?!" Ivan menyoal dengan suara ditinggikan.

Wajah Amiya sudah membahang. Aagh! Jangan kata Viu nampak!

"Jangan risau, aku nampak sikit je." Viu berkata dengan mata masih tertutup dan masih statik berdiri di pintu.

"Awak bawa apa tu, Viu?" Amiya menyoal mahu mengalih topik.

Viu kembali membuka mata dengan senyuman lebar. "Ni aku ada buatkan makanan speacial untuk kau! Ikan goreng MELETOPS!"

Terkejut Amiya apabila Viu secara tiba-tiba berkata ayat MELETOPS dengan suara kuat.

"Wah! Nak! Nak!" Amiya membetulkan kedudukannya.

Viu menghampiri Amiya lalu menunjukkan ikan yang berada di dalam pinggan itu di hadapan Amiya.

Terbuntang mata Amiya serta Ivan.

"KAU NAK ISTERI AKU MATI KE?!" Ivan memekik kuat. Lalu pantas Ivan mengambil pinggan yang berada di pegangan Viu.

"Hey! Aku penat-penat buat untuk Miya, lepastu kau tuduh aku nak bunuh Miya pula! Kalau kau nak tu, kau cakap ajelah! Padahal kau dah terliur tengok masakan aku tu."

Amiya menelan air liur. Ikan hangus tu, kalau makan memang akan rasa....shsishishsj!

"Miya, kalau kau nak tambah, kau bagitahu aku ye? Bila-bila masa aje aku boleh gorengkan untuk kau!" Viu berkata dengan senyuman lebar.

Ivan menjeling Viu tajam. "Sebelum aku yang goreng kau, lebih baik kau keluar dari bilik aku."

Viu memandang Ivan sambil mencekak pinggang. "Tak boleh nak ehe ehe malam nanti ke?"

Ivan dan Amiya berkerut. Ehe ehe?

"MAAAAASSSSSIIIIIIINNNNNNN!!!!! PAAAAAAAAHHHHHIIIIITTTTTT!"

Jeritan Ken kedengaran. Ivan dan Amiya berpandangan lalu Ivan dengan pantas turun dari katil dan menghampiri tingkap. Ivan membaling ikan hangus itu ke luar tingkap.

Viu sudah melopong.

"MY IKAN!!!!! OH MAI GAD!!!!! AAAAAGHHH!" Viu mencengkam rambutnya dan jatuh terjelepuk di atas lantai. Viu menepuk-nepuk dadanya dengan penuh dramatik.

"Viu! Awak jangan lah sedih! Saya bukannya taknak makan, tetapi ikan tu....errr terlampau...err.."

"STOP! I DAH TAKNAK DENGAR APA-APA LAGI! AKU NAK BROKEN!!" Viu bangun berdiri tegak dan terus keluar dari bilik itu dengan tangisan kuat.

Amiya menelan air liur. Amiya memandang Ivan yang sudah duduk disebelahnya.

"Abang, saya rasa bersalah lah pula..."

Ivan menarik lengan Amiya dan memeluk Amiya erat. "Drama lebih aje dia tu. Macam lah abang tak kenal dengan perangai drama queen dia tu."

Amiya ketawa dan mengangguk perlahan.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now