35 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

710 28 0
                                    

Ivan memandu kereta Audi r8 di jalan kecil yang sekeliling dipenuhi pokok. Amiya pula hanya memandang ke hadapan. Ken, Viu, dan Aivsya duduk di bahagian belakang sambil berborak kosong.

"Uncle! Cuba Uncle nyanyi." Pinta Aivsya sambil menggoncang-goncangkan lengan Ken.

"Suara aku ni terlampau sedap untuk didengar. Jadi, kena bayar lah kalau nak dengar aku nyanyi."

Aivsya membuat wajah menyampah dengan pakej hidung dikembang. Aivsya menoleh memandang Viu yang dari tadi hanya memandang luar tingkap.

"Auntie, cuba Auntie nyanyi.." Aivsya meminta Viu pula yang bernyanyi.

Viu memandang wajah comel Aivsya.

"Aivsya nak auntie nyanyikan lagu apa?"

"Errrmmmm...apa entah tajuk lagu yang mama selalu menyanyi tu. Tetapi nama penyanyi tu Lemon Timon!"

Ivan yang sedang memandu terus menoleh sekilas ke arah Amiya yang duduk disebelahnya.

"Sayang selalu nyanyi lagu apa? Abang tak pernah dengar pun.."

Amiya hanya tersengih. Memang Ivan tidak pernah dengar kerana Amiya akan nyanyi lagu tu sewaktu Ivan tiada dekat dengannya.

Risau kalau Ivan terasa.

"Okey. Cuba Aivsya nyanyi sikit. Haa mana tahu kan kalau auntie tahu lagu tu." Viu berkata.

"Okey kejap. Ekhem ekhem!" Aivsya berdehem seperti mahu mengeluarkan segala kahak yang melekat di kerongkong.

Ken berkerut memandang Aivsya.

"Menghiiiiiituuung~ menunggu matiii~" Aivsya nyanyi dengan bersungguh dan kedua-dua belah tapak tangan ditekap ke dada.

"Ouh lagu tu! Okey, Auntie nyanyikan pula."

Viu tahu lagu yang dinyanyi Aivsya. Iaitu lagu Ku Rela Dibenci by Aiman Tino.

Aivsya tersenyum lebar menanti Viu nyanyi.

"Menghiiiiituuung~ menunggu matiii~ Aaaiiivvsyaaaa tak sabar nak mati~"

Senyuman Aivsya terus mati. Wajah Aivsya yang tadinya teruja, terus bertukar cemberut.

"Viu, Boleh tak nyanyi lagu yang sesuai untuk budak-budak? Awak menyanyi lagu mati tu, awak ingat sesuai ke dengan budak-budak sebaya Aivsya?" Amiya menggelengkan kepalanya. Pasrah dengan Viu yang sama kepala dengan Ken.

Nasib baik Ken tidak banyak suara harini.

"Dddddddora~ dddddddora~ dora dora dora dora explora~" Ken pula bernyanyi dengan badan digerakkan kekiri dan kekanan.

Okey nampaknya bukan Ken lah kalau mulut tak reti senyap.

Aivsya tersenyum lebar memandang Ken.

"Lagu lain please." Amiya bersuara lagi.

Aivsya mengalih pandangan ke arah Amiya dengan wajah tidak puas hati.

"Alaaa mama ni. Lagu ni lagi best daripada lagu Lemon Timon mama tu.."

Amiya mencebik dan menyilangkan tangannya. Ivan memandang Amiya sekilas lalu ketawa.

"Haihhh sayang. Takkan lah merajuk?" Ivan menyoal dengan senyuman tidak lengkang dibibir.

"Anak kita tu banyak akal lah, abang. Kadang saya sentap juga dengar ayat yang keluar dari mulut kecik dia tu." Amiya berkata dengan nada berbisik.

Belum sempat Ivan mahu bersuara, Ken mula menyanyi.

"Mungkin bila naaanti~ kita kan bertemu laaagi~ satu pintaku jangan~ kaauuuu cuba tanyaakan kembaaalii~" Ken bernyanyi lagu Mungkin nanti by Noah.

Amiya berkerut. "Awak ada maksudkan apa-apa ke dengan lagu tu?" Amiya menyoal Ken.

"Maksud kan apa?" Ken menyoal kembali.

Amiya menghembus nafas pasrah. "Lagu lain please."

"Bilaaa yang tertulis untukku~ aaadalah yang terbaik untukmu~ kan ku jadikan kau kenangan~ yang terindah dalam hidupku~ namun~ takkan muudah baaagiku~ meninggalkan jejak hidupmu~ yang telah terukir abadi~ sebagai kenangan yaaangg teeeeriiiinnndaaah~"

Ken bernyanyi pula lagu Kenangan terindah dengan badannya digerakkan kekiri dan kekanan. Aivsya juga turut menggerakkan badan kekiri dan kekanan.

"Kenapa awak nyanyi lagu sedih ni?" Amiya menyoal dengan mata masih memandang kehadapan.

Ken menjongketkan bahu. "Kalau macam tu, kau ajelah yang nyanyi."

Ivan yang sedang memandu hanya mendengar sahaja perbualan mereka.

"Laangit takkan cerah~ tanpaaa kaaamuu~ awan takkan mendung bersaaamaaamuuu~ biar ada lakaran indah kitaaaa~ lakaran indah kitaaaa~"

Amiya pula bernyanyi Lagu Langit by Daiyan Trisha.

Ken mengerutkan wajah. "Itu bukan lagu sedih juga ke?"

Amiya tersengih.

"Aivsya mengantuk lah..." Aivsya bersuara lalu menguap.

"Meh sini..Tidur atas riba uncle." Ken menepuk-nepuk pehanya.

Aivsya terus melentokkan kepalanya di atas peha Ken lalu Aivsya dengan mudahnya terlelap.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now