4

2.3K 90 2
                                    

Dalam perjalan pulang ke rumah, mereka berempat masih berborak fasal lelaki misteri itu.

"Dia macam lelaki handsome! Tengok lah tubuh dia dengan suara dia tu!" Liwiya bersuara teruja.

Lucas dan Adam mengerutkan kening.

"Celah mana handsomenya? Muka dia pun kita tak nampak pun." Adam bersuara dengan nada tidak puas hati. Betul apa, muka dia pun tak nampak, macam mana pula dengan konfindennya minah ni kata muka dia handsome? Entah-entah berjambang satu muka.

"Besok kita pergi lagi nak? Tetapi kita pergi waktu siang." Liwiya mencadang lagi.

Amiya menghela nafas berat. "Gila ke apa? Itu rumah orang lah. Kau pun nampak kan dia macam tak selesa dengan kehadiran kita tadi."

"Kenapa dia tak kunci pintu?" Liwiya menyoal Amiya dengan kening di jongket. Amiya mengangkat bahu.

"Haa jadi maksudnya kedatangan kita diundang." Liwiya berkata lagi dengan yakin.

Amiya menepuk dahinya.

Sesampai sahaja di rumah, Amiya macam biasa akan masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Apabila sudah hampir sampai ke biliknya, Amiya terus pecut laju menuju ke bilik. Amiya menghela nafas lega. Tudung sarung di kepala, ditanggalkan lalu disangkut di tempat penyangkut yang berada di belakang pintu.

KRING! KRING!

Sebaik sahaja mendengar telefonnya berdering, Amiya pantas menuju ke katil lalu mengambil telefonnya yang berada di atas katil. Apabila Amiya melihat nombor lelaki misteri itu terpampang di skrin telefon, Amiya terus tersenyum gembira. Amiya lantas mengangkat panggilan itu.

"Kau dah sampai rumah?"

Amiya tersengih lalu melabuhkan punggung di birai katil.

"Saya baru aje sampai rumah. By the way awak dah makan ke nasi goreng tu?" Soal Amiya. Apabila lelaki itu hanya diam, Amiya memandang skrin telefonnya itu untuk pastikan lelaki itu masih berada di dalam talian atau tidak. Iya lah, selalunya lelaki itu akan menamatkan panggilan dengan begitu sahaja.

"Kau datang rumah aku."

Arahan lelaki itu membuatkan Amiya pantas berdiri tegak.

"Untuk apa?" Soal Amiya dengan rasa was-was.

"Aku suruh datang tu, datang aje lah. But kau datang seorang. Jangan ajak kawan kau."

Amiya sudah kehulur- kehilir di dalam bilik itu. Gila lah! Macam mana kalau lelaki itu mahu buat benda bukan-bukan dekat aku? Dah lah dia suruh aku datang sorang-sorang.

"Kau jangan risau. Aku takkan buat apa-apa dekat kau. Kalau aku nak buat, dari semalam aku buat." Ujar lelaki itu seperti dia sudah dapat mengagak yang Amiya akan fikir bukan-bukan.

"Okey."

.

.

.

.

.

.

.

.

Sesampai sahaja di hadapan rumah lelaki misteri itu, Amiya melangkah masuk ke dalam rumah dengan perasaan berdebar.

Iyelah, mana tidaknya berdebar. Sebelum ini Amiya datang bersama kawan-kawannya. Tetapi sekarang, Amiya perlu masuk ke dalam rumah itu seorang diri.

Amiya memandang ke arah tangga. Kelihatan satu susuk bertubuh tegap dan tinggi lampai sedang menuruni tangga. Hoodie hitam masih tersarung di tubuh lelaki itu.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now