27 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

845 42 0
                                    

Ken baring di atas sofa dengan mata memandang ke arah Amiya yang terkial-kial turun tangga. Haihh, dah tahu dah nak nazak, tak payah lah nak turun.

Apabila Amiya sudah sampai ke tingkat bawah, Amiya melepaskan nafas lelah. Amiya menghampiri sofa yang berlainan lalu duduk di atas sofa.

"Kau ni bila nak bersalin? Aku tengok kau ni macam orang dah nak mati. Dengan muka pucat. Kau pergi naik atas! Karang kau pengsan dekat sini, aku taknak bertangg-"

"ISH DIAM LAH! TAK RETI NAK DIAM KE?!"

Terus terdiam Ken apabila ditengking Amiya.

Amiya mendengus lalu wajahnya berkerut memegang perutnya.

"Sayaaangggg..berapa kali abang nak cakap jangan tuuuuurrrruuuunnnnn..." Ivan yang baru keluar dari dapur, terus menghantuk-hantukkan kepalanya di dinding.

"Bro! Aku rasa Amiya dah nak terberanak tu!" Ken menjerit kuat dengan tubuh sudah berdiri tegak.

Ivan pantas menoleh ke arah Amiya.

Amiya berkerut memegang perutnya. "S-sakitt..."

Ivan segera menghampiri Amiya. "Sayang! Kenapa ni sayang?!"

"ISTERI KAU NAK TERBERANAK LAH SETAN!! KAU TANYA LAGI APASAL!!" Ken menjerit kuat dengan wajahnya turut berkerut melihat Amiya menahan sakit.

"ABANG!!! SAKIT!!!!" Amiya meraung kuat dengan tangan mencengkam lengan Ivan.

"SAYANG! TAHAN SAYANG! TAHAN!" Ivan sudah gelabah tidak tahu mahu buat apa. Air mata Ivan juga turut menitis melihat kesakitan yang dialami Amiya.

"KEPALA HOTAK KAU NAK SURUH DIA TAHAN! KAU FIKIR ANAK DALAM PERUT TU DAPAT DITAHAN?"

"AAAGH! HABISTU AKU NAK BUAT APA?! ISTERI AKU TENGAH SAKIT NI!!!" Ivan menengking kuat ke arah Ken.

"OMAIGAD! ADAKAH MIYA SEDANG TERBERANAK?!" Viu yang baru muncul di ruang tamu, terus menghampiri Amiya.

"VIU! KAU PEREMPUAN! MESTI KAU TAHU APE YANG PERLU BUAT!" Ivan menoleh ke arah Viu dengan air mata meleleh laju. Kesakitan di lengan kerana dicengkam Amiya, hanya diabaikan. Kesakitan yang Amiya alami lagi sakit berbanding cengkaman di lengannya.

"KAU INGAT AKU PERNAH BERSALIN KE?!! BAGILAH AKU FIKIR DULU!!"

Ketiga-tiga setan itu sudah gelabah. Amiya mengetap bibirnya. Bawak aku ke hospital lah bengap!!

"AMIYA! KAU KENA BERTENANG...TARIK NAFAS...HEMBUS..." Ken cuba menenangkan Amiya. Amiya hanya menurut.

"OKEY BAGUS, LEPASTU NANANANANA GANU KITE..." Ken bernyanyi dengan kepala diangguk-angguk.

"AAAGHH!!!!!!!!" Amiya meraung lagi dengan kuat.

"AAAAGHHHHHH!!" Ken dan Viu juga turut meraung.

"PUSSHHH!!!!" Ken dan Viu serentak berkata.

Ivan berkerut dengan air mata masih mengalir . "Kenapa sebut ayat tu?"

"Entah. Aku selalu tengok dekat TV, orang sebut ayat tu." Ken menjawab dengan wajah tenang.

Ivan masih berkerut. "Lepastu apa jadi?"

"Lepastu anak tu keluar lah." Dengan yakin Ken menjawab.

"PUSSHHH!!!!!" Ivan menjerit kuat.

"B-BAWAK SAYA PERGI HOSPITAL!!!!!!!!"

.
.
.
.
.
.

Setelah berjam-jam mereka menunggu Amiya yang sedang bersalin di bilik Wad, mereka akhirnya dapat masuk ke dalam bilik.

Ivan menghampiri Amiya yang separa baring di atas katil. Ivan memeluk erat tubuh Amiya. "Sayang okey? Masih sakit?" Ivan menyoal dengan tangan mengusap lembut pipi Amiya.

Amiya menganggukkan kepalanya dengan senyuman. Sebenarnya masih rasa sakit dibahagian perut yang terjahit. Tetapi Amiya rasa gembira kerana anaknya dan Ivan lahir dengan selamat.

"Alahai, Comel nyeeee..." Viu tersenyum melihat bayi di dalam stroller itu. Ken juga turut tersenyum memandang bayi itu. Dalam hatinya, sudah tidak sabar mahu mengajar bayi itu menari gelek.

"Abang nak namakan anak kita dengan nama apa?" Amiya menyoal memandang Ivan.

Ivan berfikir sejenak. "Disebabkan anak kita perempuan, abang nak namakan dia Miya Aivsya."

Amiya mengangguk setuju. Sedap nama itu!

"Pembetulan. Kau sepatutnya kena letak pangkat setan dekat depan nama anak kau." Ken bersuara sambil mencekak pinggang memandang Ivan dan Amiya.

"Setan Miya Aivsya binti Setan Ivan. Haa kan perfect tu! Nanti kawan-kawan dekat sekolah, mesti terharu dengan aku, sebab aku yang bagi nama gempak tu dekat anak korang berdua." Ken berkata dengan senyuman bangga.

"Apa kata kalau awak letak pangkat setan tu dekat anak awak aje." Amiya bersuara.

Ken yang mendengar, terus memandang Viu yang masih leka berbual dengan Aivsya.

"Baby cayang! Ucuk acam! Kuku kaka! Kuku kaka!"

Ken berkerut. Ken baru ingat mahu jadikan Viu isterinya, tetapi kalau perangai Viu ni pun dah macam setan OKU, lebih baik Ken terus aje membujang.

Ken memandang kembali ke arah Aivsya.

"Eh bentuk muka dia ada iras aku lah." Ken tersenyum bangga. Baru perasan yang bentuk muka Aivsya ada irasnya. Padahal bentuk wajah Ken sama sahaja dengan bentuk wajah Ivan.

Ivan hanya berkerut memandang Ken.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now