33 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

703 32 0
                                    

Tiga Tahun Kemudian,

"UNCLE!!" Aivsya turun dari tangga dan menghampiri Ken yang sedang ketuk ketampi di ruang tamu.

"UNCLE DENGAR KE TIDAK?!!" Aivsya bersuara kuat walaupun Aivsya sudah berdiri disebelah Ken yang masih ketuk ketampi.

Ken melepaskan nafas lelah dan memandang ke arah Aivsya. "Kau ni memang tak reti nak bagi aku hidup tenang ke?"

Aivsya menggelengkan kepalanya.

"Uncle kenapa joget macam tu? Turun naik, Turun naik, macam orang bodo je." Aivsya bersuara sambil mencebikkan bibirnya.

Ken mengecilkan mata memandang Aivsya. "Kalau kau nak tahu, ini namanya senaman denda."

Aivsya berkerut tidak faham. "Senaman denda tu apa?"

"Haaa kalau nak tahu, cuba Aivsya pergi dekat Mama. Lepastu Aivsya kata macam ni, Mama tolol ."

Ken sudah mula mengajar Aivsya ayat mengarut.

Aivsya terangguk-angguk.

"Tetapi, Apa maksud tolol tu?" Aivsya menyoal lagi.

"Tolol tu bermaksud I love you." Ken berkata dengan senyuman lebar supaya Aivsya percaya bulat-bulat.

"Tolol tu bahasa apa?" Aivsya menyoal lagi.

Ken menghela nafas. "Banyak tanya pula makhluk ni. Tolol tu bahasa Alien! Haa Uncle dulu, berkawan dengan Alien tau!"

Ken menepuk-nepuk dada bidangnya dengan senyuman bangga.

Aivsya melopong terkejut. "Waw!!! Uncle kawan dengan Alien? Aivsya pun nak kawan dengan Alien juga!"

Aivsya sudah melompat-lompat seperti tidak sabar mahu bertemu Alien.

"Boleh! Tetapi Aivsya kena buat apa yang Uncle suruh tadi."

Aivsya mengangguk dengan senyuman.

"Haa tunggu apa lagi, pergilah dekat Mama tu." Ken membuat tangan seperti menghalau.

Aivsya menggelengkan kepalanya. "Mama dengan Papa tak bagi Aivsya masuk bilik.."

"Kenapa pula?" Ken menyoal dengan kening sebelah dijongket.

"Papa kata, Papa dengan Mama nak buat adik. Tetapi Aivsya taknak Adik..." Aivsya mula merengek lalu menggoncang-goncangkan jari Ken.

"Ouh, sebab tu ke?" Ken menyoal tenang.

Aivsya mengangguk.

"Lepastu? Yang Aivsya goncang-goncangkan jari Uncle ni dah kenapa?"

Aivsya terkedip-kedip memandang Ken dengan kepalanya didongak kerana Ken sangat tinggi darinya.

"Uncle tolonglah bukakkan pintu.."

"Apasal aku pula? Kau yang nak masuk, kau lah pergi bukak pintu." Ken membantah dengan cara halus.

Tidak mahu Ken mengacau malam mereka yang bahagia itu. Karang tidak pasal-pasal Ken tidur luar malam ini.

"Tetapi Uncle yang suruh Aivsya cakap mama tolol dekat mama kan! Haa kalau Aivsya tak dapat masuk bilik, macam mana Aivsya nak cakap ayat tu! Uncle ni otak senget lah!"

Ken menjeling Aivsya tajam tetapi Aivsya hanya membuat wajah tidak bersalah.

"Uncle, Uncle.." Aivsya memanggil sambil mencuit pinggang Ken. Ken memandang Aivsya dengan kening dijongket.

"Macam mana Papa dengan Mama buat adik?" Aivsya menyoal.

Ken mengukir senyuman senget dan mencangkung supaya lebih mudah Aivsya mahu memandangnya.

Haa karang tak pasal-pasal kepala Aivsya cacat sebab asyik mendongak aje.

"Nak tahu macam mana?" Ken menyoal dengan senyuman nakal.

Aivsya hanya mengangguk.

"GOODMORNING!!!!!!"

Aivsya dan Ken menoleh memandang Viu yang sedang menuruni tangga dengan baju doraemon dan rambut pula berserabai.

"Morning? Auntie, sekarang ni baru pukul 11 malam! Bukannya 11 pagi!" Aivsya berkata sambil mencekak pinggang.

"Hah? Iyeke? Laaahh Auntie kena tidur lagi lah ni?"

Aivsya mengangguk.

"Goodnight Auntie!" Aivsya melambaikan tangannya ke arah Viu yang sedang menaiki tangga.

"Okey. Kita sambung topik kita tadi." Ken bersuara.

Aivsya memandang Ken.

"Uncle ni tak penat ke jadi bod*?"

Aivsya menyoal selamba lalu Aivsya terus berlalu meninggalkan Ken yang sudah terpinga-pinga.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now