21 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

1K 49 0
                                    

Hari ini, Ivan menemani Amiya untuk membuat check up bayi di dalam kandungan Amiya. Haaa setan OKU tu pun ikut sekali. Katanya mahu lindungi bayi dari ancaman makhluk kecil seperti semut.

Amiya masuk ke dalam bilik bersama Ivan dan Ken. Amiya duduk di atas katil yang sudah tersedia disitu.

Doktor perempuan yang bernama Saleha memandang ke arah Ivan dan Ken. "Err, mana satu suami Cik Amiya?"

Ivan mengangkat sebelah tangannya. Ken pula hanya diam berdiri tegak di tepi dinding.

"Ouh okey. Encik yang berdiri di tepi dinding, boleh tak encik keluar dari bilik ni?" Doktor Saleha menghalakan jari telunjuknya ke arah Pintu.

Ken masih tidak berganjak.

"Encik. Encik ada masalah pendengaran ke?" Doktor Saleha bertanya lagi dengan wajah dikawal supaya nampak tenang.

Ken masih diam membisu.

Amiya sudah menepuk dahi. Setan ni jangan sampai aku jadi singa.

"Encik. Saya ulang sekali lagi. Boleh tak kalau Encik keluar? Ramai lagi yang dekat luar sana tengah tunggu untuk check up."

"Eh. Kau ni boleh tak kalau kau buat aje kerja kau? Aku berdiri sini aje pun! Bukannya aku bergayut dekat bahu kau!" Ken bersuara geram.

Doktor Saleha menghela nafas berat.

"MASALAHNYA ENCIK TU TAKDE KAITAN DENGAN CIK AMIYA!!! ENCIK NI ADA MASALAH MENTAL KE? ENCIK SILA TUNGGU DI LUAR! NANTI SAYA PANGGIL ENCIK UNTUK MEMBUAT PEMERIKSAAN OTAK!"

Selesai Doktor Saleha membebel, Doktor Saleha menghela nafas lega. Lega kerana dapat marah lelaki itu.

"KAU TU YANG PATUT BUAT PEMERIKSAAN OTAK! DAH LAH PAKAI BAJU WARNA PUTIH! DAH MACAM KAIN KAFAN AJE AKU TENGOK! TAK SABAR NAK MAMPOS KE?" Ken membalas kembali.

Doktor Saleha mendengus.

Doktor Saleha menghampiri Ken lalu telinga Ken ditarik kuat.

Ken meraung kepedihan.

"IKUT SAYA KELUAR SEKARANG!" Doktor Saleha menarik telinga Ken sehingga tiba di pintu.

Ken ditolak kasar sehingga Ken terjelepuk di atas lantai. Orang ramai yang berada disitu sudah menelan air liur melihat sikap garang Doktor Saleha.

"TUNGGU DEKAT SINI!"

BAM!!!

Ken mencebik dan bangun berdiri tegak. Ken memandang ke arah manusia-manusia yang sedang memandangnya.

"APA?! NAK KENA RASUK KE?!"

Ken menengking kuat lalu Ken duduk di atas kerusi dengan dengusan kasar.

Acah je minah tu. Kau tunggu ye minah, suatu hari nanti kalau aku sudah berbini, aku tak akan bawa isteri aku check up dekat sini!

"Encik, ini tempat duduk suami saya."

Ken menjeling tajam wanita mengandung yang duduk disebelahnya. Wanita itu seperti berumur 29 atau 30.

"Mana suami kau?" Ken menyoal. Tiada masa mahu menggunakan bahasa sopan. Hatinya sedang menggelegak sekarang.

"Suami saya pergi ke kedai." Balas wanita itu lembut.

"So? Suka hati aku lah nak duduk sini. Ada nama suami kau ke dekat kerusi ni?" Ken menyoal kasar.

Wanita itu menggeleng. "Tetapi saya nak duduk sebelah suami saya. Saya taknak duduk sebelah Encik."

"Eh apahal kau taknak duduk sebelah aku? Kau ingat aku ni setan ke?" Ken menyoal dengan nada masih kasar.

"Saya nak duduk sebelah suami saya." Wanita itu sudah mengalirkan air mata.

Ken Berkerut. "Kau ni dah nak jadi ibu orang pun masih cengeng. Kau ingat aku nak sangat ke duduk sebelah kau? Setakat perempuan macam kau ni, aku tak pandang pun lah!"

Ken bangun dari duduknya lalu duduk bersila di atas lantai.

Mata wanita itu sudah terbutang melihat Ken duduk di atas lantai. Tiba-tiba wanita itu rasa bersalah.

"Eh Encik, kenapa encik duduk atas lantai?" Wanita itu menyoal.

"Apa masalah kau?! Aku duduk sebelah kau, salah! Aku duduk atas lantai pun salah ke?!" Ken menguatkan suaranya.

"B-bukan macam tu maksud saya. Tetapi kan banyak lagi kerusi yang kosong."

"Haa pandai pun. Dah tu tadi kau tak reti ke nak duduk tempat lain? Sibuk nak halau-halau aku."

Wanita itu berkerut. "Encik, sepatutnya encik yang kena duduk tempat lain. Sebab tempat ni, saya dengan suami saya dah cop dulu."

Ken menggulingkan anak matanya.

"Assalamualaikum Encik."

Ken dan Wanita itu memandang ke arah Doktor perempuan yang baru tiba disitu.

"Encik ada masalah sakit mental ye? Sebab tadi Doktor Saleha beritahu saya yang ada pesakit mental dekat sini." Doktor wanita itu berkata dengan senyuman.

Ken mendengus. "AKU TAK GILA LAH!! AAAGHH! DASAR MANUSIA! JANGAN SAMPAI AKU BAKAR TEMPAT NI!!" Ken sudah berdiri tegak lalu terus berlalu dari situ.

"Encik!!! Kalau Otak Encik ada masalah, Encik terus ke hospital sakit mental ye!!!!" Sempat lagi Doktor wanita itu melaung kuat sambil melambaikan tangannya ke arah Ken yang sudah menjauh.


[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now