43 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

2.4K 59 7
                                    

"Miyaaaa.....kau tak bangun lagi?? Aku punyalah tunggu kau dekat luar. Aku ingatkan kau tengah bersiap!"

Apabila Amiya membuka sahaja mata, Aminya mendengar suara Liwiya. Amiya berkerut dan perlahan-lahan Amiya bangun dari pembaringan.

"Haa..tu lah kau, aku dah kata jangan tidur lepas Asar. Tengok lah sekarang ni, kau dah macam orang mamai." Liwiya menggelengkan kepalanya lalu Liwiya mengambil tuala yang tersangkut di belakang pintu.

Liwiya melemparkan ke wajah Amiya. Amiya memandang Liwiya dengan wajah berkerut.

"Miya! Kau termenung apa lagi tu? Cantik sangat ke aku malam ni sampaikan kau tak berkelip tengok aku?" Liwiya memusingkan tubuhnya yang mengenakan baju kurung berwarna merah dan tudung shawlnya berwarna hitam.

Amiya melilau sekeliling. Amiya sekarang berada di dalam bilik.

"AMIYA! YAALLAH BUDAK NI! KITA DAH LAMBAT LAH MIYA! KAU DAH KENAPA MACAM ORANG KENA SAMPUK AJE?" Liwiya menghampiri Amiya lalu menarik lengan Amiya supaya Amiya turun dari katil.

"Sekejap." Amiya bersuara.

"Dah berapa lama aku tidur?" Amiya menyoal.

Liwiya mencekak pinggang. "Lepas asar tadi kau terus tidur. Lepastu ni kau baru bangun dah macam orang kena sampuk pun ada."

Amiya berkerut lagi. Sekejap aje aku tidur, tetapi kenapa mimpi aku sampai bertahun-tahun? Aku siap ada anak lagi. Kejap, mengarut betul mimpi aku harini.

"Oh ya. Tadi kau mimpi apa? Tiba-tiba aje kau menangis? Lepastu sengih-sengih. Seram pula aku menengoknya."

Amiya menghela nafas berat.

"Dah! Dah! Cepat bersiap! Sekarang ni, kita nak pergi makan dengan diorang."

Amiya mengangguk lalu Amiya memandang kembali baju yang dipakai Liwiya.

"Kenapa kau pakai baju kurung?"

Liwiya tersengih. "Saja."

Amiya mengangguk lagi lalu Amiya terus masuk ke dalam bilik air. Amiya merenung dirinya di cermin singki.

Amiya ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya. Gila lah aku. Boleh pula aku mimpi kahwin dengan hantu. Siap ada anak lagi. Lepastu stress dengan perangai Ken dan Viu. Lepastu rupanya aku setahun koma tapi yang sebenarnya aku hanya bermimpi. Sangat pelik!

Tetapi..rasa rindu lah pula dekat Ivan dan yang lain.

Amiya terus mengerutkan wajahnya apabila teringat dalam mimpi itu, ada arwah mama. Dan dalam mimpi itu, Amiya berumur 22 tahun. Maksudnya empat tahun yang lepas.

Macam mana aku boleh bermimpi kisah yang pelik tu? Oh ya. Nama pun mimpi..mestilah pelik.

"MIYA!! CEPATLAH MANDI TU!!! KITA DAH LAMBAT!!"

Kedengaran suara Liwiya yang memekik dari luar bilik air. Amiya terus membasuh muka terlebih dahulu.

Selesai sahaja mandi, Amiya keluar dari bilik air dan menghampiri Almari. Amiya memilih baju yang sesuai untuk dipakai. Pakai simple ajelah, tak rajin aku nak pakai baju kurung.

.
.
.
.
.

Amiya dan Liwiya masuk ke dalam kereta Honda Civic milik Liwiya. Liwiya memulakan memandu.

"Miya. Kau tak cerita pun." Liwiya bersuara dengan mata masih memandang ke hadapan.

"Cerita apa?" Amiya berkerut.

"Pasal mimpi kau lah. Yelah, sebab kau tersengih, lepastu menangis. Risau pula aku."

Amiya ketawa. Kalau Amiya ceritakan mimpinya dekat Liwiya, pasti Liwiya juga akan ketawa.

Yelah. Celah mana hantu boleh kahwin dengan manusia?

"Miya. Lebih baik kau ceritakan sekarang. Aku rasa macam menarik aje mimpi kau tu."

"Panjang mimpinya.." Amiya berkata dengan senyuman.

"Panjang? Maksud kau?" Liwiya menyoal.

Amiya mula bercerita dimana Liwiya mula mengajak mereka ke rumah viral, lalu Amiya terjumpa Ivan yang sedang bermain piano, selepas itu Ivan menghantar Amiya ke rumah, Selepas itu mereka datang lagi ke rumah Ivan dengan membawa nasi goreng, lepastu Ivan menyuruh Amiya datang kerumah hanya disebabkan mahu tidur dengan Amiya. Selepas itu Liwiya, Lucas, dan Adam mati di tangan Ivan, Selepas itu Amiya menepuk kuat belakang tengkuk Ivan semata-mata mahu Ivan keluarkan kulit arnab, selepas itu Amiya meraung apabila kononnya Ivan sudah pergi, selepas itu Ivan muncul kembali dan mereka berkahwin, selepas itu Amiya dipertemukan dengan Ken dan Viu, Selepas itu Amiya yang hampir mahu terberanak dan tiga-tiga setan itu gelabah, dan sehinggalah Amiya terjaga dari mimpi.

STRREEEEEETTT!

Dengan secara mengejut, Liwiya parking keretanya di tepi jalan dengan mata terbutang memandang Amiya.

"TIGA TAHUN LEBIH?! LAMANYA!"

Amiya mengangguk.

"Waw! Mimpi kau memang lain dari yang lain."

"Nama pun mimpi. Dah, kau sambunglah memandu. Kang lambat pula sampai. Haa lepastu Adam dengan Lucas tu mula lah kata perempuan kan, kalau boleh tahun depan baru sampai."

Liwiya ketawa dan mengangguk setuju. Liwiya mula memandu.

Sesampai sahaja di hadapan Kafe, Liwiya dan Amiya keluar dari kereta. Apabila Amiya mahu melintas, Amiya tidak ingat mahu melihat kiri dan kanan.

PIIINNN!

"Amiya!!" Liwiya pantas menarik lengan Amiya dan Amiya terdorong kebalakang lalu Amiya terjelepuk di atas jalan tar.

Amiya mengaduh apabila punggungnya berasa pedih.

Lelaki itu terus keluar dari kereta dan menghampiri Amiya yang sudah terduduk di atas jalan tar.

"Maaf, Kau okey?"

Amiya mengangkat wajah memandang lelaki yang hampir mahu melanggarnya.

Serta merta mata Amiya membulat memandang wajah lelaki itu.

"A-abang?" Tergagap-gagap Amiya bersuara kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Lelaki itu berkerut tidak faham. "Siapa abang kau?"

.
.
.
.
.

Bersambung
.
.
.

STORY NI ADA SAMBUNGAN DI 'OBSESSED S2' BUT BELUM COMPLETE LAGI!

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now