28 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

804 34 0
                                    

"UWERRKKK UWERKKKK"

Kedengaran suara bayi menangis di dalam wad Amiya.

"Alololo..bucuk-bucuk, jangan lah menangis. Nak susu ye? Minta dengan momo, Momo...Aivsya nak cucu popo.." Ken bercakap dengan Aivsya yang sedang menangis di dalam stroller bayi.

Amiya memandang Ken dengan pandangan tajam. "Boleh tak awak jangan ajar dia cakap benda pelik-pelik. Kalau dia dah pandai bercakap nanti, lepastu dia panggil saya dengan gelaran momo, macam mana?" Amiya menyoal dengan kening diangkat tinggi.

"Macam tu lah."

Hanya itu yang dibalas Ken.

Ivan keluar dari tandas lalu menghampiri Amiya, Ken, dan Aivsya. Ivan duduk bersebelahan Amiya.

"Abang, saya keliru lah. Anak kita ni setan ke manusia?"

Ivan berkerut memandang Amiya, manakala Ken sudah menekup mulut mahu menahan diri dari melepaskan tawa.

"Sayang, tak baik lah kata anak kita setan." Ivan menegur dengan kepala digeleng.

"Tetapi mungkin anak kau ni keturunan setan, sebab kau kan setan." Ken bersuara dengan kening diangkat berkali-kali.

"Boleh tak jangan kata setan? Tak macho. Kalau kata hantu, haa macho lah sikit." Ivan bersuara tidak puas hati.

Ken mengangguk setuju. Ken mencuit pipi Aivsya. "Kesian kau dik, lahir-lahir dah jadi anak jin."

PAK!!!

.
.
.
.
.
.

Beberapa minggu kemudian.

Sesampai sahaja di hadapan rumah mereka, Mama dan Ivan turun dari kereta dan membuka langkah masuk ke dalam rumah.

"Mama, Beg mama biar Ivan ambilkan ye?" Ivan meminta izin kepada Mama. Mama hanya mengangguk dengan senyuman.

Apabila mama membuka pintu rumah,

"Ku ingaaatt kamuu eyhh! Ku rinduuuu kamuu eyh! Wajah mu~ senyummu~ terbayaaaaaaanngg~"

Tercengang Mama melihat seorang wanita sedang menyapu rumah sambil menggerakkan pinggul kekiri dan kekanan sambil bernyanyi lagu cintaku 100% by Mas Idayu.

"Eh Mama! Annyeong haseyo!" Viu menunduk hormat dengan senyuman lebar.

Mama tersengih kelat. Teragak-agak mama mahu masuk ke dalam rumah ini. Perempuan mana pula dalam rumah ni? Miya dah ada madu ke?

"Eh Mama!!! Mama dah saammpaaaiiii.." Ken yang baru keluar dari dapur, terus menghampiri Mama dengan tangan didepakan.

"Ken! Kau ambil beg ni, lepastu letak dekat bilik tetamu." Ivan meletakkan beg milik Mama di sebelah kaki Ken. Ken berkerut dan dengan kasar Ken mengambil beg itu. Ken memberi jelingan tajam ke arah Ivan lalu Ken terus membuka langkah menuju ke bilik tetamu yang berada di tingkat atas. Wajahnya masih lagi cemberut.

"Siapa ni, Ivan?" Mama menyoal sambil memandang Viu yang sedang menghampiri mereka dengan batang penyapu di tangan.

"Nama saya Viu. Mama boleh panggil saya Viu!" Viu memperkenalkan dirinya lalu menunduk hormat.

"Eh jangan lah tunduk macam tu, kita berpelukan aje." Mama bersuara. Rasa janggal pula apabila Viu terlampau hormatkannya.

"P-peluk?" Viu menyoal dengan mata sudah bersinar. Dari dulu dia tidak pernah dapat pelukan dari mummy.

"Boleh ke Viu peluk mama?" Viu menyoal ingin kepastian. Mama tersenyum dan mengangguk. "Mestilah boleh."

Apabila mereka sudah berpelukan, Viu tersenyum bahagia. Mama meleraikan pelukan lalu menepuk perlahan bahu Viu yang terdedah.

"AAAAAAAGHH! IVAN!! AKU DAPAT PELUKAN DARI MAMA!!! AKU DAPAT PELUKAN DARI MAMA!! WWOHHOO!!" Viu menghampiri tangga, mahu menceritakan kepada Ken pula.

"Seratus persen~ Ahcintakuuuuu~ Eh oh Eh oh!" Sambil menaiki tangga, Viu sambung bernyanyi.

Mama hanya tersenyum melihat gelagat Viu.

"Jom, Mama. Kita naik atas. Amiya dengan cucu Mama ada dekat atas."

Mama mengangguk dan mengekori langkah Ivan.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now