39 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

616 25 0
                                    

Ken menghampiri dapur apabila terhidu bau yang membuatkan perutnya berkeroncong minta diisi.

"Mama masak apa?" Ken berdiri disebelah Mama dengan mata melihat ke arah nasi goreng yang berada di dalam kuali.

"Malam-malam ni kita makan nasi goreng aje lah ye. Ken tolong ambil pinggan ye, lepastu Ken susun atas meja." Mama meminta tolong sambil memperlahankan api gas

Ken mengangguk lalu menghampiri rak yang dipenuhi pinggan, mangkuk, dan sebagainya.

Selesai sahaja Mama memperlahankan api gas, Mama mengambil sudu yang berada tidak jauh dari kuali lalu Mama menyedok sedikit nasi goreng itu lalu disuakan ke dalam mulut.

Hurm! Sedap betul aku masak! Boleh dah ni cari papa baru untuk Amiya.

"Waw Ken, Rajin kau." Viu yang baru tiba di dapur terus memuji Ken. Ken tersenyum bangga dan menepuk-nepuk dada bidangnya.

"Salah tu kau susun. Meh sini aku susunkan." Viu mengubah kedudukan pinggan yang baru disusun Ken di atas meja.

"Eh Ken, kau ambil pinggan lagi. Tak cukup ni."

"Cukup lah tu enam pinggan." Ken bersuara sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku kata ambil tu ambil ajelah!"

Mama hanya biarkan mereka menyusun pinggan tanpa Mama menoleh ke arah mereka.

Mama menutup api gas lalu menoleh kebelakang.

Terbutang mata mama apabila melihat pinggan-pinggan di atas meja sudah seperti menara KLCC!

"Yaallah! Pecah pinggan mama tu nanti!" Mama terus menghampiri mereka lalu dengan perlahan mama mencapai satu-satu pinggan yang disusun secara meninggi.

"Biar Viu tolong."

Baru sahaja Viu mengambil satu pinggan, tiba-tiba..

PRANG!!!

Mama sudah melopong memandang pinggan kaca yang sudah pecah di atas lantai.

"Allahuakbar!!!"

.
.
.
.
.

Selesai makan malam, Ken, Viu, dan Aivsya melepak di ruang tamu. Ivan dan Amiya pula berada di dalam bilik. Mama berada di dapur.

Sedang leka Viu dan Aivsya menonton TV, tiba-tiba Ken mula bernyanyi lagu Malam Semakin Dingin by Tajul, Afieq Shazwan.

"Akuuuuu ingin kemesraaaannnn~"

Viu dan Aivsya menoleh ke arah Ken yang sedang berdiri di tengah-tengah ruang tamu dengan tangan menekap ke dada. Wajahnya juga seperti menghayati .

"Sertaaaa senyum keramahaaaan~ Biaaaar kekal berterusan~
Tak hilang di tengah jaalaaaaaan~"

Viu juga turut berdiri dan menyambung nyanyian Ken dengan bersungguh.

"Kau rahsiakan kedinginan~ menyelimuti hatiiiii~"

Ken pula menyambung.

"Aku juga kedinginan~ kerana sikapmu ituuuuuu~"

Aivsya hanya tersenyum melihat Ken dan Viu.

Viu menyambung nyanyian Ken.

"Walaupun setebal manaaaa~ selimut membalutiiii~"

Ken menyambung sambil menepuk-nepuk dadanya dengan mata terpejam.

"Aku masih kedinginan~ sepi tanpa berteman~"

Dan mereka berdua menyanyi bersama.

"Kedinginanmu kerana malam~
Yang masih lagi panjaaaang~
Kedinginanku jauh bandingaaaan~
Dengan dirimuuuuuu~"

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now