12

1.6K 62 2
                                    


Amiya bersandar di dahan pokok itu. Amiya menundukkan kepala. Jari Amiya menguis-nguis tanah. Amiya melihat bayang-bayangnya yang berada di atas tanah itu. Malam ini bulan mengembang. Hutan yang gelap itu disinari cahaya bulan.

Sedang ralit Amiya menguis tanah, tiba-tiba ada tiga kaki berhenti di hadapannya. Amiya mengerutkan kening sebelum Amiya mendongakkan kepala untuk melihat gerangan tiga manusia tersebut.

"Ko..korang?" Terbeliak luas mata Amiya apabila melihat Liwiya, Adam dan Lucas berdiri di hadapannya.

Liwiya mencangkung di hadapan Amiya. Amiya hanya memandang wajah Liwiya dengan mata tidak berkelip. Amiya terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Miya, kenapa kau sedih?" Soal Liwiya sambil memegang tangan Amiya. Amiya dapat rasakan kesejukan tangan Liwiya itu.

"Miya, kau kena kuat teruskan hidup. Kami tahu, kau rindu Ivan. Tetapi dia dah bahagia. Kau sepatutnya bahagia lah kalau dia bahagia." Adam pula bersuara lalu turut bercangkung di tepi Liwiya.

Amiya perlahan-lahan menggelengkan kepalanya. Bibirnya terketar-ketar menahan esakan.

"Aku..aku nak jumpa dia...aku sayang sangat dekat dia.." Rintih Amiya sambil menggenggam erat tangan sejuk Liwiya.

"Miya, kau balik lah. Kau tak sepatutnya duduk dekat dalam hutan ni. Hutan ni bukannya ada penghuni. Kawasan perumahan memang jauh dari hutan ni. Nanti kalau ada ular ke..harimau ke..haa mati kau nanti." Ujar Lucas.

"Biar lah. Kalau aku mati, aku boleh jumpa Ivan." Amiya langsung tidak rasa takut dengan ular dan harimau yang dicerita Lucas.

"Ish kau ni. Kau kena lah teruskan hidup. Kau tak fikir ke fasal mama kau kalau kau nak bunuh diri macam ni? Kesian mama kau. Dia tu ada kau seorang aje, Miya." Kata Liwiya.

"Kau balik lah rumah kau. Mama kau tengah tunggu tu." Lucas bersuara.

Amiya menghela nafas berat sebelum dia bangun dari duduk di atas tanah. Liwiya, Adam, dan Lucas juga turut bangun berdiri.

"Korang ni tak bahagia ke?" Soal Amiya kepada mereka bertiga. Bukannya Amiya tidak suka apabila dapat berjumpa kawan-kawannya, cuma Amiya berasa pelik. Mengapa pula kawan-kawannya itu berada di sini?

Mereka bertiga berpandangan sebelum menggelengkan kepala.

Beberapa saat kemudian, angin kuat datang melanda. Pokok-pokok di sekeliling mereka menari-nari mengikut rentak angin bertiup. Amiya menutup matanya menggunakan lengan supaya pasir-pasir halus tidak masuk ke dalam matanya. Angin kuat itu hanya sekejap sebelum suasana di hutan itu kembali normal.

"Kenapa tiba-tiba ada angin kuat?" Soal Amiya kepada kawan-kawannya itu. Mereka bertiga hanya menjongketkan bahu.

"Kau bila nak kahwin?" Liwiya menyoal dengan keningnya dijongket berkali-kali.

Amiya mencebik. "Kau ni dah mati pun, masih nak tanya hal tu."

"Kau tak nak kahwin ke, Miya?" Soal Lucas pula dengan soalan yang sama sahaja dengan Liwiya. Amiya menghela nafas berat.

"Aku nak Ivan." Amiya berkata mendatar.

"Jom. Kita pergi hospital nak? Suruh doktor check otak kau! Kau gila ke, Miya? Ivan tu bukan manusia!" Marah Adam sambil menepuk kuat bahu Lucas. Lucas mengerutkan kening sambil menggosok bahunya. Apasal aku pula yang kena pukul?

"Aku tak kira. Aku tetap nak Ivan." Amiya masih berdegil mahukan Ivan.

Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Sekarang dia dah pergi. Kau nak kahwin dengan dia macam mana?"

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now