16

1.3K 55 4
                                    

Sebaik sahaja Amiya bangun dari tidur, Amiya terus menoleh ke arah sebelahnya. Nafas lega dihembus apabila melihat Ivan masih tidur lena di sebelah.

Amiya turun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu subuh.

Selesai menunai solat subuh, Amiya menoleh ke arah Ivan yang masih lena. Hantu boleh solat ke erh?

Amiya memanjat katilnya dan menatap wajah Ivan. Wajah Ivan sewaktu tidur kelihatan tenang. Tetapi bila anak mata berwarna merah gelap itu terserlah....Aum!

"Awak..bangun." Amiya menepuk-nepuk pipi Ivan. Ivan mencelikkan matanya. Amiya tersenyum. Comellah pulak dia ni lepas bangun tidur.

"Dah pukul berapa?" Ivan menyoal dengan sebelah tangannya merangkul pinggang ramping Amiya.

"Pukul 7 dah. Bangun lah, kita keluar bilik jom. Saya nak perkenalkan awak dekat mama.." Amiya menggoncang pula lengan Ivan.

Ivan mengherotkan bibirnya. "Sebelum tu..cium aku dulu."

Amiya mengerutkan kening. "Cium dekat mana?"

"Sini." Ivan mengetuk-ngetuk pipinya menggunakan jari telunjuk. Amiya ketawa kecil sebelum dia menampar pipi Ivan. Tamparan itu tidak lah kuat, cuma akan rasa pedih sikit.

"Aduh! Apa ni? Aku suruh kau cium. Bukannya tampar." Ivan menjeling tajam dengan reaksi wajah tidak puas hati.

"Boleh. Tunggu halal." Amiya mengenyitkan sebelah matanya sebelum dia Amiya turun dari katil. Amiya mengambil tuala yang masih berlipat di dalam almari lalu Amiya melemparkan tuala itu ke wajah Ivan.

Ivan terkebil-kebil. Tak reti bagi elok-elok ke?

"Awak pergi mandi. Lepastu kita ke dapur. Mama mesti tengah siapkan sarapan."

Ivan turun dari katil dan masuk ke dalam bilik air. Amiya menunggu Ivan sehingga Ivan siap mandi.

Mereka berdua menuju ke dapur. Mama masih leka mencari bahan di dalam peti ais untuk memasak.

"Mama.."

Mama menoleh memandang Amiya dengan senyuman. Namun senyuman itu serta merta mati apabila melihat ada lelaki asing di sebelah Amiya. Haa sudah..... anak aku bawa anak teruna siapa ni?

"Mama. Ini Amiya nak perkenalkan. Ivan."

"Hah?!" Ternganga luas mulut mama. Ini ke hantunya? Zaman sekarang hantu pun goodlooking.

Ivan mengukir senyuman ke arah Mama.

"M..macam mana? Macam mana...kamu..Ivan...hah?"

Amiya melepaskan tawa melihat mama masih terpinga-pinga. "Mama ni jangan lah terkejut sangat. Sepatutnya mama kena gembira sebab bakal menantu mama dah balik."

Mama terus menelan air liurnya. "Bakal menantu?"

Jangan kata anak aku nak kahwin dengan hantu ni.

Amiya mengangguk. "Iye lah. Ivan ni bakal suami Miya. Jadi Ivan ni pun bakal menantu mama lah."

Mama perlahan-lahan mengukir senyuman. Senyuman kelat. Nak buat macam mana, dah anak aku memang gila.

"Miya dengan Ivan pergi lah ruang tamu dulu. Mama baru nak siapkan sarapan." Arah mama.

Amiya menganggukkan kepala dan dia terus menarik lengan Ivan sehingga tiba di ruang tamu.

Sedang leka Ivan dan Amiya berbual, mama datang ke ruang tamu dengan wajah gelisah.

Amiya mengerutkan kening melihat mama gelisah semacam. "Kenapa mama?" Soal Amiya ingin tahu.

"Eddy dah meninggal dunia. Mayat Eddy ditemui di dalam bilik. Tetapi ada cangkul di kepala Eddy tu!"

Berita yang diberitahu mama itu membuatkan Amiya menekup mulut kerana terkejut. Innalillah.

"Macam mana boleh ada cangkul tu?!" Soal Amiya curiga. Mama menggeleng kepala tanda tidak tahu.

"Makcik Merry syak Eddy bunuh diri. Mungkin Eddy sebenarnya tertekan. Iyelah, kamu pun tahu kan Eddy tu selalu menyendiri."

Amiya mengangguk setuju.

"Sudah lah, mama nak sambung masak." Mama terus beredar dari ruang tamu itu.

"Kesian kan diorang." Amiya mengalih pandangan ke arah wajah Ivan. Ivan hanya diam memandang Amiya.

"Kenapa awak diam?" Amiya menyoal curiga. Jangan kata...

Amiya terus menekup mulut apabila sudah syak sesuatu.

"Entah-entah...awak yang...bunuh Eddy?" Amiya memperlahankan suaranya supaya mama yang berada di dapur tidak dapat mendengar.

"Apa salahnya kalau aku bunuh dia?" Ivan bersuara mendatar.

Mata Amiya membulat. "Awak? Kenapa awak bunuh dia?" Amiya berbisik lagi dengan nada sedikit menengking.

"Aku cemburu."

Amiya melopong. "Awak. Awak nak cemburu buat apa pula? Dia tu sepupu saya aje lah." Amiya mencubit perut Ivan. Ivan mendesis lalu pantas Ivan memegang lengan Amiya.

"Aku cemburu, kau tak faham bahasa ke?" Ivan menjegilkan matanya ke arah Amiya. Mahu mengacah garang.

Amiya menghela nafas berat sebelum dia tersenyum melihat jegilan mata Ivan itu. Seperti yang Amiya kata sebelum ini, Ivan langsung tidak nampak menyeramkan apabila menjegilkan mata.

Ivan juga turut tersenyum melihat Amiya tersenyum.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now