24 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

935 46 2
                                    

Amiya terjaga dari tidurnya. Amiya menoleh memandang Ivan yang masih lena disebelah. Amiya menyentuh pipi Ivan dan tersenyum. Suami siapa lah yang kacak sangat ni.

Amiya turun dari katil sambil memegang perutnya. Amiya keluar dari bilik dan menuruni tangga untuk ke dapur.

"Joy Oren~ Joy Epal~ Manggis dan Jambu batu~ tententententententen~"

Sesampai sahaja di dapur, Amiya berkerut apabila terdengar suara perempuan menyanyi. Amiya menjenguk melihat seorang perempuan yang tinggi lampai dengan pakaian yang tidak cukup kain dan rambutnya cantik beralun sehingga mencecah pinggang.

Siapa dia?

Amiya menghampiri wanita yang membelakanginya. Apabila Amiya sudah berdiri tegak di belakang Wanita itu, Wanita itu terus memusingkan tubuh kebelakang.

"AAAAAAAGHHHHHH!!! HANTU!!!! HANTU!!!!!" Viu menjerit kuat lalu terus memecut laju sehingga tiba di tangga.

"Viu?! Apahal kau menjerit? Bila kau sampai ni?!" Ivan menyoal dengan wajah cemas. Cemas kerana terdengar bunyi jeritan dan isterinya tiada disebelah sewaktu dia bangun tidur.

Ken juga turut tiba disitu dengan wajah tidak puas hati kerana tidurnya diganggu.

"HANTU!! AKU NAMPAK HANTU!!!" Viu menunding jari ke arah dapur dengan wajah cuak.

Ivan dan Ken berkerut.

"Kau sedar tak sekarang ni kau yang hantu?" Ivan bersuara dengan mata melilau mencari Amiya.

Apabila kelibat Amiya keluar dari dapur, Ivan terus memeluk tubuh Amiya. Amiya berkerut.

"Sayang okey?" Ivan menyoal lalu mencium pipi Amiya berkali-kali.

"Ish apa abang ni! Miya okey ajelah. Cara abang ni macam Miya hilang setahun."

Viu masih memandang ke arah Amiya dengan wajah berkerut.

"Kalau kau nak tahu, itu Amiya. Isteri Ivan."

Belum sempat Viu mahu menjerit kerana terkejut, Mulut Viu sudah ditekup Ken.

"Kau jangan terkejut lagi. Kau nak tahu lagi tak pasal Isteri Ivan?" Ken menyoal dengan wajah series.

Viu pantas mengangguk laju.

"Dia manusia."

Mata Viu membulat. Viu merentap kasar lengan Ken yang menekup mulutnya.

"WHAT?!!"

"Haaaa tanjat tak???" Ken menyoal dengan senyuman lebar di wajah.

"Sayang, perkenalkan. Ini Viu. Kawan abang juga." Ivan memperkenalkan Viu kepada Amiya. Amiya memandang wajah Viu yang masih terkejut.

"Hai. Nama saya Amiya. Awak boleh panggil saya Miya." Amiya mengukir senyuman. Berapa banyak hantu yang berkawan dengan suami aku ni?"

"Nama aku Viu. Boleh panggil aku Viu." Viu besuara lalu terus membuka langkah menuju ke dapur. Haihh mimpi apa setan ni kahwin dengan manusia.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now