20 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

1.1K 44 0
                                    

Apabila sudah sampai di rumah Mama, Amiya terus turun dari kereta dan menghampiri Mama yang sedang menunggu mereka di pintu utama.

"Waahhh. Tak sampai seminggu duduk dekat sana, terus dah balik sini. Rindu mama ye?" Mama menyoal dengan senyuman dibibir.

Amiya tersengih dan mengangguk. "Tetapi bukan setakat rindu Mama aje, Miya sebenarnya nak bagitahu Mama berita gembira!"

"Mamaaaaaaaa..."

Mama dan Amiya serentak menoleh ke arah Ken yang sedang menghampiri mereka dengan tangannya didepakan.

"Eh orang gila mana yang Miya pungut ni?" Mama menyoal dengan wajah berkerut. Tanpa mama sedar, hati Ken terasa dicucuk-cucuk.

Amiya ketawa sambil menepuk-nepuk perutnya.

"Mama." Ivan menyalam tangan Mama. Mama tersenyum memandang menantunya yang kacak.

"Perkenalkan, ini kawan Ivan. Ken namanya." Ivan memperkenalkan Ken kepada Mama.

Mama memandang Ken dengan mata membulat. Takkan mamat ni pun hantu?

"Mama, jom lah kita masuk. Miya ada something nak bagitahu Mama ni." Amiya menarik lengan Mama. Mama hanya mengikut sehingga tiba di ruang tamu.

"Haa benda something apa yang kamu nak cakap?" Mama dan Amiya duduk di atas sofa.

Amiya tersengih dengan tangan kanan memegang perut kempisnya. Mama memandang perut Amiya.

"Kamu sakit perut ke?"

Amiya tercengang. "Ish bukan lah mama. Amiya nak bagitahu yang tak lama lagi mama akan jadi nenek!!" Amiya bersorak gembira.

Mama menekup mulut dengan wajah terkejut. "Kamu series??" Mama menyoal.

"Iya dong. Soalnya kini, kemarin dede mimpi..."

Mama Berkerut dengan ayat Amiya yang berubah menjadi bahasa indonesia.

"Sarange jungkook, sarange cute girl, sarange jungkook, sarange cute girl. Haa gitu dong mimpinya.."

Mama masih terkebil-kebil memandang Amiya. Apa yang anak aku ni nak sampaikan sebenarnya?

Amiya menepuk dahinya.

"Mama ni mesti tak tengok si nopal."

"Hah? Apa tu?" Mama menyoal.

"Si nopal tu animasi cute girl bersama abangnya yang bernama nopal."

"Miya...Kita pergi klinik ye nanti?"

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now