25 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

934 41 3
                                    

Di awal pagi, Amiya turun ke dapur untuk masak. Amiya tahu, pasti Ivan akan marah kerana kalau diikutkan, Amiya sedang bersarat sekarang ini.

Tetapi entah mengapa, Amiya rasa bersemangat aje. Mungkin Bayi di dalam kandungan Amiya aktif orangnya.

"Eh. Anak aku ni manusia ke setan? Yelah, kan bapak anak aku ni setan. Jadi..anak aku pun setan lah kan?" Amiya menyoal sendirian di tengah-tengah dapur itu.

"Sebab tu aku suruh namakan anak kau tu Setan Ana Marisa! Sebab anak kau tu keturunan setan!" Ken datang ke dapur dengan mulutnya sudah mula bersuara entah apa-apa.

"Haaaa korang mengumpat Ivan erh?" Viu pula muncul ke dapur dengan rambutnya diikat toncang.

"Miya. Kau ni telinga letak dekat mana? Jubo? Kan Ivan suruh kau berehat! Ni kau nak buat apa ni? Masak? Kau takpayah masak! Biar aku aje masak! Apa kau ingat aku ni tak reti masak ke? Haa jangan pandang aku sebelah mata! Aku ni walaupun nampak cantik, tetapi reti tau memasak! Dah tepi-tepi, kau berambus dari dapur ni. Kau sepatutnya berehat, kau tu sarat mengandung! Kau manusia ke alien? Tak reti nak rasa penat? Tak reti nak rasa lelah? Tak reti nak duduk diam? Kesian lah dekat anak jin dalam perut tu, belum lahir lagi dah rasa penat disebabkan mama dia tak reti nak berehat."

Viu melepaskan nafas apabila sudah puas bersuara.

"Dah habis cakap?" Ken menyoal.

"Belum. Ni aku nak nasihatkan kau pula, Ken. Ka-"

"PAPA!!!!!" Ken malambaikan tangannya ke arah Ivan yang baru tiba di dapur.

Amiya berkerut memandang Ken. Sejak bila pula kau tu anak aku dengan Ivan?

"Sayang....." Ivan memandang Amiya dengan wajah penat. Penat kerana sudah banyak kali Ivan pesan supaya jangan banyak bergerak.

Amiya tersengih memandang Ivan.

"Come sayang. Sayang memang tak reti nak penat kan? Meh abang buatkan sayang rasa penat." Ivan menarik lengan Amiya. Amiya sudah meronta-rontakan tangannya kerana tahu sangat apa maksud ayat abang buatkan sayang rasa penat.

"Haaa kalau taknak, sayang pergi naik atas dan berehat." Ivan bersuara lagi.

Amiya menghela nafas dan keluar dari dapur itu dengan langkah longlai.

"Mari abang dukung sayang."

Amiya terjerit kecil apabila secara mengejut Ivan menggendongnya. Amiya merangkul erat leher Ivan dengan mata memandang wajah Ivan. Ivan juga turut memandang Amiya.

Ivan perlahan-lahan mengukir senyuman. "Kenapa abang rasa abang rindu sayang sangat-sangat?"

Amiya juga turut tersenyum.

Beberapa minit kemudian,

Ken berkerut melihat sesuatu yang hitam di dalam kuali.

"Taik ke tu?" Ken menyoal.

"BUKAN LAH! Ini namanya, ikan goreng!" Viu menutup api gas apabila melihat ikan itu sudah seperti ikan hangus. Bukan seperti, tetapi memang hangus.

"Macam rangup aje." Ken sudah kecur air liur melihat Ikan itu. Viu mengangguk setuju.

"Memang rangup! Dan pasti rasanya lebih sedap! Bila kita gigit, rasa macam....krup krap krup krap aje tau!" Viu meletakkan ikan itu ke dalam pinggan dan meletakkan di atas meja.

"Haa rasalah. Ikan yang lebih tu, Aku nak bagi Miya."

Ken sudah tersenyum lebar melihat ikan rangup itu. Ken mengambil sudu dan mula memotong sedikit badan Ikan itu. Tetapi badan Ikan itu masih tidak terbelah.

Ken berkerut dan menguatkan lagi pegangan disudu lalu menekan badan Ikan itu dengan kuat.

Badan ikan itu masih tidak terbelah.

Ken mendengus.

KTANG! KTANG! KTANG!

Ken memukul-mukul badan ikan itu dengan sudu yang dipegang. Sekali dengan pakej gigi diketap.

"WOY! WOY! MAMPOS LAH IKAN TU NANTI!" Viu merampas kasar sudu yang dipegang Ken.

Ken berkerut pula memandang Viu. "Ikan ni kan memang dah mampos. Kau sendiri yang goreng dia tadi."

Mata Viu terus terbutang. "WHAT?! DAH MAMPOS?! OH NOOO!! PATUTLAH BILA AKU TANYA AKU NI CANTIK KE TIDAK, DIA TAK MENJAWAB! RUPANYA DIA....DIA...DIAA DAH MAAAATIIIIIII!!"

Viu mencengkam rambutnya dan terduduk lemah di atas lantai.

"IIIKAAAAAANNNN...WHY YOU PERGI TINGGALKAN AKUUUUUU..."

Ken berkerut melihat Viu. Nampaknya bukan Ken sahaja yang Setan OKU...

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now