9

1.8K 70 4
                                    


                 Amiya melabuhkan punggung di atas sofa dengan nafas dihela. Sudah banyak kali Amiya mencuba untuk membuka pintu ruang tamu itu tetapi entah mengapa pintu itu tidak boleh buka pula. Bukannya Amiya mahu melarikan diri dari Ivan, tetapi Amiya risau kalau mama mencarinya.

Amiya menoleh ke arah Ivan yang sudah duduk di sebelahnya.

"Kau kenapa?" Ivan menyoal.

Amiya berfikir sejenak.

"Awak ni siapa sebenarnya? Kenapa awak gila?"

Ivan berkerut tidak puas hati dengan soalan terakhir Amiya. "Boleh tak jangan panggil aku gila? Tak macho."

Amiya melopong. Boleh ke macam tu?

"Cepat lah awak bagitahu saya." Desak Amiya.

"Aku tak akan bagitahu. Nanti kau nak buat report polis lah, itu lah, ini lah." Ivan menyandarkan badannya di sofa. Amiya tersengih sesaat.

"Tak. Saya janji saya tak akan report polis." Amiya mengangkat sebelah tangannya tanda berjanji.

"Aku dah muak dengan janji kau."

Amiya menghela nafas hampa. Amiya sedar akan kesilapannya.

"Ye, saya tahu saya dah mungkir janji. Saya minta maaf sangat-sangat. Lagipun semalam saya terlampau takut dan terkejut."

"Kalau kau dengar cerita aku ni, dan kalau kau tahu siapa aku yang sebenar, lagi lah kau akan rasa takut."

"Sebab itu saya nak tahu, awak ni siapa. Mungkin saya boleh tolong awak?" Amiya berkata dengan senyuman lebar.

Ivan menjongketkan sebelah keningnya. "Kau nak tolong apa?"

"Err..tolong sembuhkan penyakit gila awak?"

Ivan menjegilkan mata ke arah Amiya. Amiya melepaskan tawa apabila Ivan menjegilkan mata. Bagi Amiya, tak nampak menakutkan pun, tetapi nampak comel.

Ivan turut tersenyum apabila Amiya ketawa.

"Kau takut hantu?"

Soalan Ivan membuatkan Amiya henti ketawa.

"Mestilah saya takut!" Amiya berkata dengan bersungguh.

"Kalau kau kahwin dengan hantu. Kau suka?"

Amiya sudah terpinga-pinga. "Apa awak merepek ni? Saya tak suka hantu. Jadi mestilah saya tak suka kahwin dengan hantu."

"Kalau hantu tu aku, kau suka?"

"Hah? Awak jangan buat lawak ye." Amiya menayangkan wajah series tetapi wajah Ivan lebih series.

"Kau nampak aku tengah ketawa ke sekarang ni?" Ivan menyoal dengan kening dijongket sebelah.

Amiya menelan air liurnya kelat.

"Aku bukan manusia."

Amiya melopong dengan mata membulat.

"Awak syaitan?!!"

"Hey! Jangan panggil syaitan boleh tak? Nampak tak macho."

Amiya menepuk dahinya. Tak habis-habis dengan macho dia tu.

"Tetapi macam mana saya boleh nampak awak? Sebelum ni saya tak pernah pun nampak hantu." Amiya mengerutkan kening.

Ivan mengangkat bahunya.

"Jadi sekarang ni saya tengah bercakap dengan hantu?"

"Berapa kali aku nak cakap?"

"Jadi sekarang ni saya tengah duduk di sebelah hantu?" Soal Amiya lagi.

"Berapa kali aku nak ulang?" Ivan menggulingkan anak matanya dengan kepala tergeleng-geleng.

"Jadi sekarang ni saya duduk di dalam rumah setan, jin, iblis?"

Ivan memandang Amiya dengan pandangan tajam. Amiya hanya tersengih.

"Macam mana awak boleh jadi hantu ni? Awak mampos tak aman ke?"

"Aku mati dekat dalam rumah ni. Mama, papa aku bakar badan aku. Dan betullah tu, aku mati tak aman. Aku bunuh keluarga aku. Lepastu aku masih tak rasa aman. Dan lama kelamaan, tiba-tiba aje setiap malam, mesti aku akan nampak manusia dekat depan rumah aku. Diorang ambil gambar. Dan sampailah, ada empat manusia yang berani masuk ke dalam rumah ni."

Amiya terdiam seketika. Terasa jap dengan ayat akhir tu.

"Jadi? Selamanya awak akan jadi macam ni ke?" Soal Amiya ingin tahu.

Ivan menggelengkan kepalanya. "Bila aku dah bahagia, aku akan pergi."

Amiya terdiam lagi. Pergi? Ivan akan pergi?

Air mata Amiya mula bertakung di tubir mata. Tiba-tiba rasa sebak menerkam dada. Amiya berasa sedih pula kerana Ivan akan pergi. Amiya tidak dapat menahan air matanya. Air matanya terus mengalir laju membasahi pipi.

"Hey, kenapa kau menangis?" Ivan menarik lengan Amiya supaya Amiya rapat dengannya. Amiya terus menyembamkan wajahnya di dada Ivan dan Amiya mengangkat kembali kepalanya.

"Awak..jangan lah tinggalkan saya..." Amiya mengongoi.

Ivan memandang Amiya dengan pandangan redup lalu Ivan memeluk erat tubuh Amiya.

"Awak jangan lah pergi....awak jangan lah bahagia...saya tak nak kehilangan awak...." Amiya meraung di dalam dakapan Ivan.

"Kau nak tahu? Sekarang ni aku rasa lebih dari bahagia."

Amiya menolak perlahan tubuh Ivan sehingga pelukan Ivan terlerai.

"Apa maksud awak?" Amiya menyoal dengan tangisan masih tidak henti.

"Aku bahagia bila tengok kau. Aku dah jatuh cinta dengan kau, Amiya."

Amiya menggelengkan kepalanya. "Tak! Jangan! Nanti awak akan pergi! S..saya kena balik.."

Belum sempat Amiya mahu bangkit dari sofa, Ivan pantas memegang lengan Amiya

"Lepaskan saya...awak kata kalau awak tengok saya, awak akan bahagia. Jadi saya kena keluar dari rumah ni dan...dan..saya tak akan datang sini lagi. Nanti awak tak akan bahagia sebab tak dapat tengok saya. Dan awak tak akan pergi..." Lirih Amiya dengan tangan masih meronta-ronta untuk lepas dari pegangan Ivan.

Ivan memeluk Amiya erat.

"Tidur, Amiya. Kau kepenatan."

Amiya tidak tahu mengapa matanya terasa memberat. Amiya mencuba untuk tidak memejamkan mata tetapi usaha Amiya itu tidak berhasil. Mata Amiya perlahan-lahan terkatup rapat.


[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now