15

1.3K 56 9
                                    

Beberapa hari sudah berlalu,

Di dalam hutan yang tebal, terdapat sebuah rumah banglo yang dikelilingi pokok-pokok tinggi.

Bunyi jeritan dan rayuan manusia di dalam rumah banglo itu membuatkan hutan itu tidak lagi berasa sunyi.

Eddy meronta-ronta apabila seorang lelaki yang berpakaian hoodie sedang menghampirinya dengan sebelah tangan mengheret cangkul.

"Kau siapa hah?! Kenapa kau culik aku?!" Soal Eddy dengan jeritan kuat hingga menyebabkan badannya menggigil ketakutan.

"Aku bukan culik. Aku cuma pinjam aje." Ujar Ivan mendatar. Anak mata Ivan yang berwarna merah gelap itu merenung tajam ke arah Eddy.

Eddy menelan air liur kelat. "Siapa kau sebenarnya? Kau nak buat apa dengan cangkul tu?" Terketar-ketar nada suara Eddy menyoal.

Satu senyuman sinis terukir di bibir Ivan. "Kau nak tahu aku nak buat apa dengan cangkul ni?" Soalan Ivan itu membuatkan Eddy teragak-agak menggelengkan kepala.

Ivan merapatkan mulutnya di telinga Eddy untuk membisik sesuatu. Nafas Eddy sudah tidak teratur. Suara garau milik Ivan mula kedengaran di sebelah telinga Eddy.

"Cangkul ni untuk aku tanam mayat kau nanti."

Mata Eddy terus terbeliak luas. Eddy perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

"Tak..jangan...tolong jangan bunuh aku..." Rayu Eddy dengan nada suara terketar-ketar.

"Apa salah aku? Kenapa kau nak bunuh aku?" Soal Eddy dengan bebola matanya sudah berkaca-kaca. Ivan melepaskan tawa sinis.

"Kau nak tahu apa salah kau?" Soalan yang penuh dingin itu membuatkan Eddy tidak menggeleng dan tidak mengangguk.

"Kau nak tahu ke tidak apa salah kau?!!' Suara Ivan sudah naik seoktaf. Terhinjut bahu Eddy mendengar pekikan Ivan itu. Eddy terus menggelengkan kepalanya dengan laju.

"Kau dah rampas hak aku!!!" Tengking Ivan dengan anak mata berwarna merah gelap itu mencerlung tajam wajah Eddy.

Eddy mengerutkan kening tanda dia tidak faham. "A..aku rampas apa dari kau? Kau nak cakap yang aku dah rampas kesucian kau ke?!" Soal Eddy dengan mata membulat.

Ivan menghela nafas berat. Terasa ringan aje tangannya yang memegang cangkul itu mahu memotong kaki Eddy.

"Mana ada aku rampas kesucian kau!! I'm not gay, okey!!" Marah Eddy sambil menghentak-hentakkan kakinya di atas lantai.

"Kau nampak ni?" Ivan menunjukkan cangkul yang berkilat itu dihadapan Eddy.

Eddy tidak teragak-agak untuk menganggukkan kepala.

"Kau tahu ni apa?" Ivan menyoal lagi.

"Cangkul lah. Kau ni tak akan lah benda basic macam tu pun tak tahu? Kesian kau, muka aje handsome. Tetapi otak cetek." Herdik Eddy dengan kepala tergeleng-geleng. Wajahnya turut mempamerkan reaksi simpati.

Ivan mendengus geram. "Boleh sakit jiwa aku melayan kau ni!" Ivan mengangkat tinggi cangkul itu seolah-olah mahu memukul Eddy.

"Nanti pergi hospital ye?"

"Aaghh!" Ivan menjerit kuat untuk melepaskan amarah. Dadanya sudah berombak turun naik menahan amarah.

"Kau ni sihat ke tidak? Aku yang kena culik, kau pula yang stress." Eddy mengerutkan kening.

"Kau nak tahu apa yang kau dah rampas dari aku?" Soal Ivan dengan gigi terketap-ketap. Hatinya sudah berapi dengan perangai Eddy yang minta kaki.

"Kalau nak kata aku rampas kesucian kau-"

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now