23 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

985 52 0
                                    

Selepas melempang wajah Ken, Amiya pergi ke bilik bawah tanah. Apabila melihat Ivan yang sedang mencangkung memberi Pico makan usus, Amiya terus menghampiri mereka.

"Pico memang selalu makan usus aje ke?"

Ivan mengangkat wajah memandang Amiya. Serta merta mata Ivan membulat.

"Sayang! Kan abang dah kata jangan banyak bergerak! Kenapa degil ni sayang?" Ivan bangun menghampiri Amiya.

Amiya tersengih. "Saya bosan lah asyik duduk aje. Abang pula takde dekat dalam bilik. Sunyi..."

Ivan memandang Amiya dengan mata mengecil.

Amiya mengangkat kening memandang Ivan. "Apa? Abang jangan fikir bukan-bukan erh.."

Ivan melepaskan tawa. "Eh abang takde fikir apa-apa pun. Kenapa? Sayang ada fikir apa?" Ivan mengangkat keningnya berkali-kali.

Wajah Amiya terus membahang. Ivan melepaskan tawa lagi.

"Sayang pergi duduk dekat ruang tamu dulu, nanti abang datang."

Amiya menggelengkan kepalanya. "Saya bosan lah asyik duduk.."

"Habistu? Sayang nak berlari?"

Amiya mencebik geram. "Ini saya nak tanya. Ken tu sampai bila nak duduk sini?"

Ivan mengangkat bahunya. "Terpulang pada dia lah nak duduk sampai bila."

"Dia tu semak lah! Tak habis-habis k-"

"AKU DENGAR!!!!!!!"

Kedengaran suara Ken di luar bilik bawah tanah.

"Haa tengok lah tu! Semalam saya dengan Lolo mengumpat dia pun, dia boleh dengar."

Ivan berkerut. "Siapa Lolo?"

Amiya tersentak. Alamak! Ini semua salah Ken lah! Tak pasal-pasal aku terpanggil anak aku Lolo! Nasib baik aku tak terpanggil Setan Ana Marisa. Kalau tak, mahunya suami aku merajuk.

"Sayang namakan anak kita Lolo?" Ivan menyoal lagi.

"Bukan Miya yang namakan, Ken tu yang namakan. Haa Miya sampai terikut tau! Harap lepas anak kita lahir, Ken tak panggil anak kita dengan gelaran mengarut." Amiya berkata.

Ivan ketawa dan mencubit pipi Amiya. "Sayang sabar ajelah dengan setan OKU tu. Nanti abang ingat nak hantar dia pergi taska."

Amiya berkerut. "Taska? Tempat asuhan tu? Tetapi Ken ni dah besar panjang. Sepatutnya abang hantar aje Ken tu dekat rumah orang tua."

"Good idea sayang. Nanti kita bincang dengan dia." Ivan menarik lengan Amiya sehingga tiba di ruang tamu.

Ivan dan Amiya duduk di atas sofa ruang tamu dengan mata mereka memandang Ken yang sedang menyapu lantai.

Pasti Ken dengar apa yang dibincangkan mereka, sebab itu lah Ken berpura-pura rajin.

"Aihh, Rajin kau harini." Ivan berkata dengan senyuman senget.

Ken menjeling Ivan tajam. "Suka hati aku lah nak rajin bila pun." Ken berkata perlahan.

"Kau ingat aku ni pekak ke?" Ivan menyoal dengan kening dijongket.

"Eh, kenapa kau tanya aku macam tu? Astaghfirullah...tak baik tau." Ken berkata lalu mengusap dadanya.

"Ken. Duduk. Kitorang ada benda nak bincang dengan kau." Ivan berkata dengan suara sengaja dibuat series.

Ken menelan air liur.

"AKU SURUH KAU DUDUK!" Ivan menengking kuat sehingga Amiya pula yang terkejut.

Ken mencebikkan bibirnya lalu Ken pantas menerpa ke arah Ivan dan memegang kaki Ivan.

"TOLONG!!! JANGAN HANTAR AKU KE RUMAH ORANG TUA!!! AKU TAK KAHWIN LAGIIIIII! CUCU PUN TAKDE!!!! TOLONG JANGAN SEKSA AKU MACAM NIII...." Ken merengek dengan tangan memeluk kemas kaki Ivan.

Amiya sudah menggemamkan bibir.

"Ken. Sila lepaskan kaki aku sekarang." Ivan bersuara mendatar.

Ken menggelengkan kepalanya. "TAKNAKK!! AKU TAKNAKK PERGI RUMAH ORANG TUAAA! NANTI NENEK DEKAT SANA GODA AKUUUU!"

Ivan dan Amiya berpandangan lalu mereka tersenyum.

Ken berkerut apabila mereka berdua tersenyum. Ken terus meleraikan pelukan di kaki Ivan lalu Ken memandang Ivan dan Amiya silih berganti.

"DASAR MANUSIA DAN SETAN!!! BERANI KORANG PERMAINKAN AKU!! JANGAN SAMPAI AKU BERUBAH JADI SERIGALA!" Ken berdiri tegak lalu terus menghampiri tangga dengan tangan menepuk-nepuk dadanya.

Sudah seperti gorila.

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now