42 [PROSES MENGEDIT SEMULA]

777 31 1
                                    

Pintu bilik Wad dibuka oleh Liwiya lalu Liwiya, Adam, dan Lucas masuk ke dalam bilik Wad Amiya dengan senyuman.

Amiya menoleh memandang mereka dengan pandangan kosong.

"Nah, Ini hoodie untuk kau." Liwiya menghulurkan baju hoodie itu ke arah Amiya. Amiya mengambil lalu Amiya menghidu. Bau ini tidak sama dengan abang!

Amiya mencampak kasar Hoodie itu ke lantai. Terbutang mata mereka bertiga melihat hoodie yang baru dibeli itu sudah dicampak.

"Bau dia tak sama dengan Ivan." Amiya bersuara dingin.

"Dah kau fikir- Umph!" Adam terhenti dari bercakap apabila mulutnya ditekup Lucas.

Amiya menoleh memandang tikus yang berada di dalam sangkar. Amiya perlahan-lahan mengukir senyuman.

Mereka bertiga berpandangan dengan wajah berkerut apabila Amiya senyum dekat tikus.

"Aku rasa suami dia memang tikus." Lucas berbisik di telinga Adam. Adam mengangguk setuju dengan mulutnya masih ditekup Lucas.

"Aku nak baju lain. Baju tu takde bau Ivan." Senyuman Amiya serta merta mati.

"Mana kitorang nak cari baju yang sama bau macam Ivan?" Lucas menyoal.

"Korang kata, aku boleh minta aje apa-apa asalkan aku happy." Amiya memandang tajam ke arah mereka.

Adam merentap kasar tangan Lucas.

"Memang lah. Tetapi kalau kau nak bau macam Ivan, kepala hotak kau lah! Mana nak cari?!" Adam bersuara tidak puas hati.

"Lain kali. Tak perlu nak beria kata macam tu dekat aku semalam." Amiya bersuara tenang.

"Bagi aku tikus tu." Amiya memandang ke arah sangkar yang berada di tepi kaki Lucas. Lucas mengambil sangkar itu dan meletakkan di atas katil.

Amiya mengukir senyuman dan mengeluarkan tikus di dalam sangkar. Amiya mengusap lembut badan tikus itu.

Terbeliak mata mereka melihat Amiya dengan tenang mengusap tikus seperti mengusap kepala kucing!

"Keluar." Amiya menghalau.

"Sekejap. Sebelum tu aku nak bagi kau ni. Mp3 Mini. Dekat dalam tu ada lagu bertajuk Sial. Haa sesuai lah dengan kau yang berperangai Sial ni."

PAK!!

"Aduh!" Adam menggosok kepalanya.

"Jangan cakap macam tu boleh tak? Karang ada juga aku terajang kau ikut tingkap tu. Haaa nanti kau pula yang koma. Lepastu kau kahwin dengan sajat. Lepastu meraung, Sajat~ sajat~ huwaaa nak sajat~" Liwiya berkata.

"AHAHAHAHAHAH!" Liwiya dan Lucas serentak ketawakan Adam. Adam mencebik. Takkan lah aku nak kahwin dengan sajat..

Amiya hanya memandang mereka dengan pandangan kosong.

"Eh lupa pula ada orang tengah tunggu kita keluar dari sini." Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kitorang keluar dulu, Miya." Liwiya yang mahu memeluk Amiya, terus terhenti apabila melihat tikus di tangan Amiya.

"Kau jangan lupa dengar lagu s-"

"Sebelum aku siat kau lebih baik kau diam." Amiya bersuara tenang.

Adam menggemamkan bibirnya dan mengangguk.

Apabila mereka sudah keluar, Amiya menghela nafas. Amiya memang rasa bersalah kerana melayan sahabatnya begitu. Tetapi dalam masa yang sama Amiya rasa sedih dan langsung tiada mood.

Amiya mengusap badan tikus itu dengan lembut lalu Amiya mengambil MP3 MINI pemberian Adam. Amiya memakai earphone. Butang start ditekan.

Amiya menyandarkan tubuhnya di kepala katil dan merenung ke hadapan. Musik mula kedengaran. Amiya mendengar lagu yang dinyanyi mahalini. Sambil mendengar, Amiya juga mengingat kembali pertemuannya dengan Ivan. Si lelaki misteri.

Apabila sudah sampai dibahagian akhir lagu, Air mata Amiya menitis.

Bagaimana dengan aku terlanjur mencintaimu? (Cintaimu) ~

Yang datang beri harapan, lalu pergi dan menghilang ~

Tak terpikirkan olehmu, hatiku hancur kar'namu ~

Tanpa sedikit alasan, pergi tanpa berpamitan ~

Takkan kut'rima cinta sesaatmu ~

Amiya memandang tikus di tangan.

"Abang..Miya ada tikus ni. Abang taknak makan ke? Kalau abang taknak, Miya akan makan. Abang jangan menyesal tau. Siapa lambat, dia yang rugi." Amiya menjilat sedikit badan tikus itu lalu Amiya memandang mata tikus. Anak mata Amiya membesar. Amiya mengukir senyuman senget.

CIIIIITTTTTTTTT!!!!!!!


BAM!!

Mereka membuka pintu bilik Wad dengan kasar apabila terdengar bunyi tikus yang sangat kuat!

Terbeliak mata mereka melihat Amiya memasukkan kepala tikus di dalam mulut. Tangan Liwiya terketar-ketar menekup mulut. Langkah juga perlahan sahaja menghampiri Amiya. Adam dan Lucas pantas berlari menghampiri Amiya dan Adam memegang badan tikus itu lalu menarik supaya kepala tikus itu keluar dari mulut Amiya.

"MIYA! KAU GILA KE MIYA?!" Adam menepik kuat.

CIT!! CIT!!

"MIYA KAU JANGAN BUAT KERJA BOD*H!" Lucas memegang erat kedua-dua tangan Amiya. Amiya meronta-ronta. Amiya menggigit kuat kepala tikus itu apabila Adam hampir berjaya menarik tikus itu keluar dari mulut Amiya.

"MIYA! MAAFKAN AKU, TAPI AKU TERPAKSA!" Liwiya berdiri disebelah Adam lalu Liwiya menggeletek perut Amiya.

Amiya berasa geli lalu serta merta mulut Amiya terbuka. Adam pula pantas menjauhkan tikus itu dari Amiya.

Amiya memandang Adam dengan mata membulat. "KAU JANGAN BUNUH MAKANAN AKU!!!!!"

"AMIYA!!! ITU TIKUS!! KAU JANGAN SAMPAI AKU LEMPANG KAU!" Liwiya juga turut menepik.

"LEPASKAN TANGAN AKU LAH!!" Amiya meronta-rontakan tangannya yang dipegang Lucas.

"ADAM! BUNUH TIKUS TU NOW!!!"

Setelah mendapat arahan dari Lucas, Adam terus mencampakkan tikus itu ke luar tingkap.

Amiya terbungkam memandang tingkap. Apabila tangan Amiya sudah dilepaskan Lucas, Lucas terus menjauh dari Amiya. Risau kalau Amiya membalingnya ke luar tingkap.

"Kau dah hancurkan makanan aku. Sebagai ganti.." Amiya memandang Adam.

"Bagi aku badan kau."

Mereka bertiga terkejut. Liwiya menepuk-nepuk perlahan pipi Amiya.

"Amiya, ini bukan diri kau yang sebenar. Bangun, Amiya. Bangun.."

[C] Mrs.Ivan Qarl "Obsessed" || 1.0Where stories live. Discover now